LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label Homemade. Show all posts
Showing posts with label Homemade. Show all posts

Sunday, July 3, 2022

Asam Keping



Assamualaikum, Salam di hujung minggu. Jika saya ke Pasar tani atau pasar pagi dan ada orang jual buah asam gelugur saya pasti akan beli beberapa biji untuk di keringkan. Selalunya yang menjual ni makcik-makcik yang jual sayur kampung. Hari tu saya beli 6 biji.



Balik rumah saya cuci buah asam gelugur bersih dan di hiris nipis.Cuaca pulak panas terik jadi jemur dalam 2 hari ianya sudah kering dengan cantik. Bila kering saya simpan dalam peti sejuk untuk mengelakkan ianya bertukar warna jadi hitam. 


Tuesday, June 28, 2022

Apom Lenggang.

Apom Lenggang. Bancuh malam tadi, pagi ini melenggang.


Bahan2nya:


1 1/2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan nasi sejuk*

1 1/2 cawan air*

1/2 cawan gula

1 sudu teh yis 

1 sudu teh garam

1 biji telur

1 cawan santan


Kisar bahan yang bertanda *sehingga halus.

Masukkan semua bahan -bahan di atas kecuali santan. Gaul sehingga sebati. Simpan dalam peti sejuk.


Esok pagi keluarkan adunan apom dari peti sejuk. Masukkan santan dan biarkan sekejap.


Bolehlah melenggang Apom kita. Saya guna kuali non stick saiz kecil.


Semoga bermanafaat.

Thursday, May 2, 2019

Homemade kuey teow

Homemade kuey teaw dari Kebun Mini Saya

Bahan-bahannya:

2 3/4 cawan tepung gandum.*

1 cawan tepung pulut.*

1/2 cawan tepung beras."

2 biji putih telur*

1 cawan air*

Sedikit garam*

Sedikit minyak untuk rebus kuey teaw

Tepung ubi untuk tabur ke atas kuey teaw semasa proses menggeleknya.

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan bahan yang bertanda *.

Uli sehingga boleh di bentuk menjadi tiga ketul doh.

Perap sekejap dalam 10 minit sementara siapkan meja tempat kerja.

Leperkan doh agar senang untuk di mesin.Mesen macam mesin getah keping zaman dulu tu 😅.

Lakukan beberapa kali dengan memulakan no yg paling besar..7,pastu kecilkan ke no 5 dan seterusnya no 4,sehingga doh menjadi kepingan nipis untuk kuey teaw.Akhir sekali mesin dengan bahagian untuk kuey teaw.

Taburkan dengan tepung ubi semasa proses memesin dan setelah siap mesin.

Panaskan air ,masukkan sedikit minyak masak.Bila air mendidih baru masukkan kuey teaw dan masak sehingga timbul di permukaan.

Last sekali masukkan kuey teaw ke dalam bekas air sejuk dan alirkan air paip ke atasnya.

Toskan kan dan gaulkan dengan sedikit minyak masak.

Siap untuk di masak menu kesukaan masing masing.Hari ini saya nak masak kuey teaw sup😅

**Sumber :fb Tahrunisah Jali.

Friday, March 31, 2017

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lama sungguh saya tidak buat posting dalam blog saya ini.Kali ini saya hendak berkongsi resipi kek yang sungguh simple dan senang nak buat.Jom kita tengok resipinya :)


Soft chocolate walnut cake.

5 biji telur dari peti sejuk.
6 ozs gula kaster.
6 ozs tepung gandum.
7 ozs butter.*
1 tsp esen vanilla *
1 ozs air ais.
2 ozs walnut...cincang.*
2 ozs scraped chocolate.*
2 ozs chocolate rice.*
1 tsp ovallete.
1 tsp baking powder.

Cara-caranya:)

Satukan semua bahan-bahan di atas dan pukul  kecuali yg bertanda * sehingga thick and fluffy ketepikan.

Pukul butter dan vanilla sehingga putih.Kemudian satukan sehingga sebati kedua2 bahan tadi.

Akhir sekali masukkan coklat..coklat rice dan walnut .Gaul perlahan-lahan.

Sapukan loyang bulat 9 inci dgn butter.Alas dgn baking paper.

Tuangkan adunan ke dalam loyang.Tabur lebihan chocolate rice atas permukaannya.

Jgn lupa panaskan oven terlebih dahulu sebelum memulakan persiapan nak buat kek ya.170 darjah celcius.

Bakar sehingga masak.



Selamat mencuba .Harap anda suka dengan kek ini.

Tuesday, September 27, 2016

Sourdough Bagels

Assalamualaikum dan selamat sejahera.

Inilah perama kali saya buat bagel dengan sourdough starter.Alhamdulillah kejadiannya sungguh menarik sekali.Sebelum ini saya beranggapan untuk membuat roti sourdough adalah sangat sukar terutama setelah beberapa kali gagal untuk  menghasilkan sourdough starter yang betul.

Beberapa kali roti saya jadi "batu" dan terlampau masam.Natural yeast saya buat pula berbau sangat busuk dan sebagainya.

Roti sourdough sangat baik untuk kesihatan  tetapi orang Malaysia belum biasa lagi dengan roti sourdough yang agak keras dan berat.Kita di biasakan dengan roti yang gebu dengan di tambah dengan macam-macam bahan pelembut serta penaik roti yang bukan semula jadi.Untuk roti bertahan lama bahan
 pengawet pula di tambah.Dalam kepala kita telah di "set" roti mesti gebu dan lembut.Satu anggapan yang tidak tepat.insyallah nanti kita bincangkan lagi tentang tajuk ini di lain posting ya...

Jom kita lihat bahan-bahan untuk menghasilkan Bagels.

Sourdough bagels.

400 g tepung roti.
250 g sourdough starter-fed.
180 ml air.
1 tbsp susu tepung.
1 tsp garam.
1 tbsp chia seed -optional.

Hiasan..Chia seed dan bijan.
1 tbsp semolina untuk di taburkan rata pada dulang agar bagel tidak melekat.


Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan dan uli sehingga sekata.
  • Bulat-bulatkan doh menjadi 8 biji atau seberat 100 g setiap satu.
  • Rehatkan sekejap kira-kira 10 minit.
  • Kemudian bentukkan doh tadi menjadi bentuk bagels.
  • Biarkan doh naik menjadi dua kali ganda dari saiz asal.
  • Sementara itu panaskan ketuhar 220 darjah celcius.
  • Didihkan air dalam periuk dan masukkan 2 tbsp madu.
  • Kecilkan api dan biarkan air mendidih perlahan-lahan.
  • Masukkan bagels 2-3 biji sekali masuk bergantung pada periuk yg di gunakan.masukkan selama 15 ke 30 saat.
  • Keluarkan dari periuk dan taburkan dengan chia seed sertabijan pada permukaannya.
  • Susun ke dalam dulang pembakar.
  • Lakukan proses yang sama sehingga selesai.
  • Masukkan ke dalam oven.Kurangkan kepanasan oven ke 200 darjah celcius.
  • Bakar sehingga masak atau warna perang keemasan.Lebih kurang 30 ke 45 minit.
  • Keluarkan darioven dan biarkan sejuk selama 20 minit baru di pindahkan ke atas wire rack .





Sunday, September 25, 2016

Sambal Kicap


Assalamualaikum dan selamat sejahtera;


Pagi tadi saya letak gambar sambal kicap ini di FB dan ada kawan-kawan yang bertanyakan bagaimana cara-cara nak buat sambal ini.Sebenarnya tiada resipi hanya pakai campak-campak saja atau agak-agak.Orang dulu-dulu tiada sukatan yang tepat jika memasak tapi hanya agak-agak mengikut pengalaman atau trial and error .
Tetapi jangan risau untuk membuat sambal kicap ni tak susah insyallah jadi dan sedap.

Bahan-bahan yang di perlukan...

6-7 biji cili api-terpulang pada selera masing-masing jika suka pedas letaklah lebih.

1 ketul kecil gula Melaka.

1 sudu makan gula pasir.

1 sudu teh garam.

1 ketul kecil..agak2 sebesar ibu jari belacan-panggang sekejap.

4 sudu makan cuka

4 sudu makan kicap manis.

Cara-caranya:)


  • Tumbuk cili api sehingga hancur.
  • Masukkan gula melaka,garam,gula pasir,kicap serta cuka.Lenyek sehingga semua bahan-bahan sebati.
  • Siap untuk di hidangkan  dengan keropok lekor,mangga muda ,soto dll.Selamat mencuba ya.





Cili Api Jeruk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bahan-bahan yang di perlukan...
Cili api.
Garam.
Gula.
Cuka makan.
Botol kaca yang sesuai.


Kali ini  saya ingin berkongsi cara-cara untuk menjeruk cili api agar ia bertahan lama.Selalunya jika kita simpan dalam peti ais dalam tempoh yang lama cili akan reput atau rosak dan jika   kita simpan dalam freezer pun cili akan jadi lebam dan akhirnya rosak juga.Jalan paling selamat adalah dengan di jadikan jeruk.
Saya ada menanam 5 pasu pokok cili api dan semuanya berbuah serentak.Alhamdulillah seronok sangat apabila melihat pokok_pokok itu berbuah dengan lebatnya.Tak habis untuk kegunaan harian kerana kami sekeluarga bukan pemakan cili tegar  jadi saya mengambil keputusan untuk menjeruk lebihan cili api yang saya petik petang tadi agar bertahan lama.


Inilah hasil tuaian petang tadi.Saya cuci bersih dan keringkan betul-betul sebelum di jeruk.

Cili api yang sudah di keringkan airnya tadi perlu di gaul dengan garam serta gula.

Kemudian cili api tadi di isikan kedalam botol yang telah di rendam dengan air mendidih dan keringkan sebelum di gunakan.Akhir sekali tuangkan cuka makan kedalam botol cili sehingga penuh.

Sekarang jeruk cili api kita sudah siap.Dalam masa empat lima hari lagi boleh lah di makan bersama bihun sup,sup tulang ,mee goreng atau apa-apa saja yang di sukai.Ada juga yang makan dengan nasi panas atau dengan ikan pekasam.Selamat mencuba...






Friday, January 15, 2016

Green Smoothi

Bahan-bahanya:

1 batang celery.
1 biji peria katak.
1 biji epal hijau.
1 hirisan limau nipis.

Cara-caranya:

Bersihkan sayur sayuran serta buah epal.Buang biji peria.Masukkan kedalam mesin pemerah jus.Tuang jus ke dalam bekas yang sesuai.

Campurkan dengan ketulan ais.Siap untuk di minum.
Kepada yang tak tahan rasa pahit boleh campurkan dengan air sejuk....cairkan sedikit.Dapat satu jug kecik.

Alhamdulillah setelah seminggu saya minum jus ini kandungan gula dalam darah saya semakin menurun daripada 6 (puasa) ke 5.5 (tak puasa)


Wednesday, November 18, 2015

Sarapan Pagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mee Wantan.
3 ulas bawang putih.
1 peket mee wantan.Peket kecil ada 5 ketul(boleh di dapati di Jaya groccer)
Sedikit kicap pekat.
sedikit sos tiram.
sedikit minyak bijan.

Telur mata.
Ayam garam(lebihan lauk semalam)
Sup Sayur.
Sos cili /sos cili nasi ayam.

hiasan
Daun bawang
cili potong

Satu menu yang sungguh ringkas dan cepat serta amat mengenyangkan.Celur mee wantan dan toskan.Ketuk bawang putih dan tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak masak.Bila wangi masukkan kicap pekat dan sos tiram.Gaul sebati baru di masukkan mee wantan.Gaul sehingga mesra dan renjis sedikit minyak bijan dan balik balikkan agar sebati.Siap.

Hidangkan dengan telur mata atau jika ada lebihan lauk ayam boleh di potong kecil dan dihidangkan bersama sup sayur serta sos cili....senangkan...
Minuman Homemade yogurt.

Lepas makan mee wantan teringat kat yogurt dalam peti ais..bab makan teringat saja hehe.

Potong kiub buah betik.Masukkan ke dalam gelas yogurt yang telah di campurkan dengan sedikit yakult sebagai perisa.Alhamdulillah.





Saturday, November 14, 2015

Homemade Yogurt.

Assalamualaukum dan selamat sejahtera.

Seorang sahabat saya Puan Sarah telah mengajar saya cara-cara membuat fresh yogurt sendiri.Alhamdulillah setelah berjaya saya merasa sungguh seronok dan tidak perlu lagi beli dari pasaraya seperti sebelumnya.

Banyak khasiat yogurt ni terutama untuk sistem penghadhaman kita.Baik untuk usus.Jika yang sedang berdiet tu memang sesuai sekali kerana yogurt dapat membuatkan kita rasa kenyang.Potong buah-buahan kegemaran kita dan curahkan yogurt.Memang sedap.
Yogurt juga dapat mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan kita....
Apa yang kita perlukan untuk memulakan pembuatan yogurt adalah fresh yogurt dari kedai India.Jangan gunakan yogurt dari pasaraya tu..tak jadi.Saya pernah mencubanya tetapi gagal.

Saya ke pasar besar Seremban minggu lepas dan beli 3 bungkus fresh yogurt .Sebungkus harga 1rm.Sangat murah dan kita boleh kembangkan yogurt berkali-kali ganda.

Apa yang di perlukan hanyalah susu segar,fresh yogurt dan bekas plastik yang boleh di tutup kedap.
Panaskan susu segar suam-suam kuku.Jangan terlampau panas nanti bakteria dalam yogurt mati.
Kemudian masukkan 3-4 tbsp yogurt ke dalam susu dan kacau sehingga sebati.Tutup rapat dan biarkan di dalam suhu bilik selama 10jam.
Sukatanya adalah bekas plastik seperti dalam gambar di atas.Insyallah .Satu bekas plastik susu segar yang suam-suam kuku dengan 3-4 tbsp fresh yogurt.Selamat mencuba.


Thursday, August 27, 2015

Homemade Golden Syrup.

Golden Syrup.

Bahan-bahannya:

3 sudu makan gula pasir.
2 sudu makan air.
4 hirisan lemon.


400g gula pasir.
200ml air.
50ml jus lemon.

Periuk stainless steel
Cara-caranya:

  • Masukkan 3 sudu makan gula pasir,2sudu makan air dan hirisan lemon.
  • Masak dan kacau perlahan-lahan sehingga gula bertukar menjadi coklat gula hangus.
  • Masukkan air,gula dan jus lemon.
  • Masak sehingga semuanya larut.
  • Kecilkan api dan masak selama 45 minit atau sehingga sirap jadi seperti madu kepekatannya.
  • Tapis dan simpan dalam botol kaca yg bersih yang telah di rebus dengan air mendidih.
  • Ketika masih panas sirap ni tidak terlalu pekat tetapi setelah sejuk ianya seperti golden syrup yang kita beli dari kedai.
Alhamdulillah saya rasa sungguh seronok kerana akhirnya saya dapat buat mooncake dan yang bestnya golden syrup tu homemade.Rasa cam tak percaya.

Beginilah di zaman moden ini segalanya di hujung jari.Google je insyallah dapat resipinya.Selamat mencuba.

Wednesday, August 26, 2015

Donat

Donat.


Bahan-bahannya:

A
300g tepung roti.
200g tepung gandum
10g garam halus.
60g brown sugar
1/2 sudu makan baking powder.
3 1/2 sudu teh yis segera.

B
2 biji kuning telur.
280ml susu segar (sejuk)
C
50g shortening.
Cara-caranya:


  • Adun (A) sehingga sebati.Campur (B) dan uli sehingga menjadi doh.
  • Tambah (C) dan uli doh sehingga lembut.
  • Tutup doh dengan kain lembab dan biar doh naik dua kali ganda dari saiz asal.
  • Bentukkan doh menjadi bebola seberat lebih kurang 50g setiap satu.Bentukkan menjadi bebola yg kemas dan licin.
  • Biarkan doh kembang lebih kurang 25-30 minit.
  • Buatkan lubang di tengah-tengahnya.Berhati hati agar terbentuk lubang yg elok dan menghasilkan donat yg cantik.Saya tekan dengan kayu bulat sebesar ibu jari.
  • Panaskan minyak sederhana suhunya dan goreng sehingga perang atau kuning keemasan.
  • Balik-balikkan semasa menggoreng agar warna sekata.
  • Tos minyak dengan menggunakan tissu dapur.
Cara-cara nak salutkan gula pada donat agar tidak bersepah gulanya .

Masukkan gula halus ke dalam plastik beg.Masukkan donat dan goncang-goncang plastik agar gula mensaluti donat dengan sekata.Dengan cara ini dapat menjimatkan penggunaan gula dan ianya lebih cantik.
Jika anda ingin menggunakan acuan donat pun okay tapi donatnya tidak" gempal "seperti ini 

Oh ya jangan lupa jaga apinya agar tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.Jika api besar bahagian dalam belum masak sedangkan luarannya dah nak hangus.Tambahan jika donat "gempal" seperti yang saya buat ini.Jika api terlampau kecil donat akan serap minyak.Tentunya tak sedapkan....
Tadi saya uli dengan menggunakan mixer jadi kerja lebih senang dan masa pun lebih jimat . Saya dapat 17 biji donat dengan satu adunan ini.

Sementara menunggu mixer siap menguli dapatlah kita buat kerja kerja dapur yg lain.....

Selamat mencuba ya.Resipi asal dari Alex Goh tapi saya ubah suai sikit ikut cita rasa sendiri.

Tuesday, August 25, 2015

Tart Buah Campuran.

Tart Buah-buahan Campuran.

Kulit

Bahan-bahanya:

250g tepung gandum.
150g butter.
45g tepung jagung.
2 biji kuning telur.
75g gula ising.
Secubit garam.
Sedikit essen vanilla.


Cara_caranya:


  • Satukan tepung gandum,gula,garam serta tepung jagung.Gaul hingga sebati.
  • Masukkan butter dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan telur dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Balutkan dengan cling wrap dan simpan dlm peti sejuk selama 15 hingga 20 minit.
  • Keluarkan doh dari peti sejuk dan bentukkan dengan menggunakan acuan tart.
  • Cucuk-cucuk dengan garfu di permukaan kulit tart sebelum di bakar.
  • Balutkan kacang hijau atau beras dengan alluminium foil dan letakkan dalam kulit tart agar bahagian kulitnya tidak kembung semasa membakarnya.
  • Bakar sehingga kuning keemasan.Sejukkan sebelum di isi dgn adunan kastad.
Kastad

Bahan-bahanya:

1 sudu makan tepung gandum.
1 sudu makan tepung kastad.
4 sudu makan gula halus.
1 1/2 cawan susu segar.
1 sudu makan butter.

Cara-caranya:

  • Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali butter dalam kuali dengan menggunakan whisk sehingga sebati.

  • Nyalakan api dapur ,masukkan butter kacau dengan menggunalan whisk sehingga naik wap.
  • Sudukan ke dalam kulit tart.
  • Susun aturkan buah-buahan kegemaran anda.Selalunya saya gunakan potongan buah strawberry,kiwi dan anggur.Jika ada buah blueberry lagi bagus kerana nampak meriah warnanya.
  • Jika nak cantik dan berkilat  potongan buah buahan tadi boleh dicelupkan dalam larutan agar -agar segera yg di bancuh cair.
Dah banyak kali saya gunakan resipi ini untuk buat tart telur,tart cheese dan tart buah.Kulitnya sungguh ranggup dan sgt berbeza dengan kulit tart yg di beli dari kedai.

Untuk lebih sedap guna butter yg berkualiti.Memang berbaloi-baloi jika buat sendiri.Satu adunan ni sudah cukup untuk buat kuih minum petang seisi keluarga.Saya suka makan dengan teh O panas tanpa gula.

Monday, August 24, 2015

Roti Sandwich

Roti Sandwich.
Saiz loyang 28cm × 9cm×10cm

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung roti
2 cawan tepung wholemeal
1biji telur +susu segar=1 cawan.
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil yis segera.
3 sudu makan plain yogurt.
3 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan gula perang.
Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas ke dalam mixer dan uli sehingga elastik.
  • Rehat kan doh sehingga ia naik dua kali ganda dari saiz asal.
  • Tumbuk doh buang anginnya.Timbang doh 210 gm setiap satu sebanyak 3 ketul.Ketepikan yg bakinya.
  • Bulat-bulatkan doh seperti bebola dan aturkan dalam acuan roti pullman yg ada penutup.Rehatkan sehingga doh kembang .
  • Panaskan ketuhar 180darjah celsius.
  • Tutupkan loyang dgn penutupnya.
  • Bakar selama lebih kurang 30-40 minit.
  • Keluarkan roti dan sejukkan di atas redai besi.
  • Potong mengikut saiz yg di kehendaki.
Balut roti dengan aluminium foil dan simpan di dalam peti sejuk  jika tidak di gunakan insyallah roti tetap lembut sehingga beberapa hari.

Roti homemade ini tidak tahan lama jika di simpan di luar kerana ianya tidak mengandungi sebarang ubat penahan.
Lebihan doh tadi saya bulat bulatkan sebanyak 3 biji  dan bakar sehingga masak .Saya guna mini loaf pan yg saya beli di Daiso.

Saya sungguh berpuas hati dengan resipi yang saya dapat dari biras saya Dr.Low seorang yg sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat.Walaupun beliau seorang isteri yang mempunyai kerjaya dan sangat sibuk tetapi memilih untuk menyediakan sendiri roti makanan kegemaran keluarganya.

Kebersihan terjamin dan tidak mengandungi bahan-bahan yang terlarang yang membahayakan kesihatan.





Wednesday, December 24, 2014

Keropok Lekor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Homemade Keropok Lekor.

Bahan-bahannya:

750 gm isi ikan selayang.
250 gm tepung ubi.
2 ketul kiub ikan bilis.
Garam secukup rasa.
6 ketul kiub air batu (air batu kiub yang kita buat menggunakan acuan biasa )

Cara-caranya:


  • Ikan selayang disiang dan buang kepalanya. Kemudian ambil isinya sahaja.
  • Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam food processor dan kisar hingga sebati.
  • Keluarkan dari pengisar dan bahagikan doh ikan  kepada beberapa bebola  mengikut saiz keropok yang dikehendaki.
  • Kemudian bentukkan memanjang seperti keropok lekor
  • Sebelum itu panaskan air dalam periuk yang tidak melekat sehingga mendidih.
  • Masukkan keropok lekor yang telah siap dibentuk kedalam air mendidih.
  • Masak sehingga keropok timbul di permukaan air,tanda  ianya telak masak.
  • keluarkan dan masukkan  ke dalam penapis dan toskan airnya.
  • Sapukan dengan sedikit minyak masak.
  • Sedia untuk di goreng atau dimakan begitu saja.
Keropok lekor yang belum di rebus.Jangan lupa taburkan sedikit tepung ubi ke atas papan pencanai sebelum membentuk doh ikan menjadi bentuk keropok lekor.


Masak sehingga keropok timbul ke permukaan macam kita masak kuih buah melaka .
Sapukan dengan sedikit minyak masak untuk elakkan ianya melekat.


Nota: Sedap di makan ketika masih panas.

Wednesday, August 27, 2014

Lemon Curd

Lemon Curd.

Resipi asal : Allrecipes.com.
                   Azie kitchen.

Bahan-bahannya:

3 biji telur.
3/4 cawan gula pasir.
1/2 cawan fresh lemon juice.
2 tbsp butter.
1 tbsp parutan kulit lemon.

Cara-caranya:


  • Masukkan telur dan gula  ke dalam mangkuk yang tahan panas ,(Cm guna mangkuk Pyrex.).Kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
  • Didihkan  air dalam kuali dan alaskan dengan pelapik seperti kayu atau besi agar mangkuk tidak bersentuh secara langsung dengan kuali.
  • Letakkan mangkuk dalam kuali dan kacau bancuhan telur serta gula tadi dengan whisk sekejap.Kemudian masukkan jus lemon dan parutan kulit lemon.Teruskan mengacau agar adunan tidak berketul-ketul.
  • Kemudian masukkan butter.Sentiasa mengacau sehingga adunan mula pekat.Pastikan adunan tidak mendidih supaya lemon curd yang kita hasilkan cantik,licin dan tidak berketul-ketul.
  • Tadi... Cm masak lebih kurang 15 ke 20 minit.Jangan risau jika kita nampak Lemon Curd yang dimasak tidak cukup pekat sebab apabila sejuk ia akan menjadi  lebih pekat.Insyallah.
  • Biarkan Lemon Curd sejuk baru dimasukkan  kedalam bekas yang sesuai ,tutup dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di gunakan.(Boleh di masak seminggu lebih awal.)
  • Selamat mencuba :)