LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, August 24, 2015

Roti Sandwich

Roti Sandwich.
Saiz loyang 28cm × 9cm×10cm

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung roti
2 cawan tepung wholemeal
1biji telur +susu segar=1 cawan.
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil yis segera.
3 sudu makan plain yogurt.
3 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan gula perang.
Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas ke dalam mixer dan uli sehingga elastik.
  • Rehat kan doh sehingga ia naik dua kali ganda dari saiz asal.
  • Tumbuk doh buang anginnya.Timbang doh 210 gm setiap satu sebanyak 3 ketul.Ketepikan yg bakinya.
  • Bulat-bulatkan doh seperti bebola dan aturkan dalam acuan roti pullman yg ada penutup.Rehatkan sehingga doh kembang .
  • Panaskan ketuhar 180darjah celsius.
  • Tutupkan loyang dgn penutupnya.
  • Bakar selama lebih kurang 30-40 minit.
  • Keluarkan roti dan sejukkan di atas redai besi.
  • Potong mengikut saiz yg di kehendaki.
Balut roti dengan aluminium foil dan simpan di dalam peti sejuk  jika tidak di gunakan insyallah roti tetap lembut sehingga beberapa hari.

Roti homemade ini tidak tahan lama jika di simpan di luar kerana ianya tidak mengandungi sebarang ubat penahan.
Lebihan doh tadi saya bulat bulatkan sebanyak 3 biji  dan bakar sehingga masak .Saya guna mini loaf pan yg saya beli di Daiso.

Saya sungguh berpuas hati dengan resipi yang saya dapat dari biras saya Dr.Low seorang yg sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat.Walaupun beliau seorang isteri yang mempunyai kerjaya dan sangat sibuk tetapi memilih untuk menyediakan sendiri roti makanan kegemaran keluarganya.

Kebersihan terjamin dan tidak mengandungi bahan-bahan yang terlarang yang membahayakan kesihatan.





1 comment:

  1. Salam CM ,
    cantik kejadian roti tu ...nampak lembut dan gebuss.

    ReplyDelete