LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, August 23, 2015

Rendang Hijau

Rendang hijau.

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam.
250 gm santan pekat.
3 tbsp kerisik.
9 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau jika suka pedas boleh tambah.
3 hirisan lengkuas.
10 ulas bawang merah.

1 labu bawang besar.
3 hirisan halia.
2 hirisan kunyit hidup.
2 batang serai.
1 helai daun kunyit.
Sedikit air asam jawa.
Gula melaka dan garam secukup rasa.

Cara-caranya:

  • Ayam di potong ikut citarasa sendiri.Bersihkan.
  • Kisar cili hijau,cili api,bawang,halia,kunyit ,serai dan lengkuas.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam dan gaul rata.
  • Apabila ayam dah kecut masukkan  santan,garam,gula melaka,air asam jawa serta kerisik.Akhir sekali siat-siatkan daun kunyit dan masukkan kedalam rendang.
  • Kecilkan api dan reneh sehingga kuahnys pekat.Jangan lupa sentiasa kacau agar rendang kita tak hangus.

Alhamdulillah rendang ini sungguh sedap pada selera saya serta anak dan suami.Makan bersama nasi karot,jelatah serta puyuh goreng berempah.kombinasi cili hijau serta cili api hijau membangkitkan satu aroma rendang yg agak berbeza dari rendang biasa.Saya tidak letakkan bawang putih dalam bahan bahannya.Selamat mencuba πŸ˜‰




1 comment: