LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, June 17, 2015

Kuih Bom

Resipi kuih bom ini saya dapat dari blog AlongRoz dan inilah resipi yg selalu saya guna.Gerenti tidak meletup dan sungguh sedap.Rasa kenyal-kenyal memang best.Terima kasih AlongRoz

Bahan-bahannya:

80g keledek di kukus dan lenyek halus.
120g tepung pulut.
20g tepung gandum.
35g gula halus.
secubit garam.
100ml air.

Inti kacang merah secukupnya.
Minyak untuk menggoreng.
Bijan secukupnya.


Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali bijan,minyak masak dan inti kacang merah.

Uli sehingga sebati.Bahagikan doh kepada 13 biji bebola kecil.

Isikan inti secukupnya dan tutup kemas dan bulat-bulatkan.Golek dengan bijan sehingga rata.Lakukan sehingga selesai.

Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng hingga perang.

Letak kuih bom atas kitchen paper agar minyak di toskan.Sedia untuk di hidangkan.Enjoy 😃

9 comments:

  1. Sedapnya kuih bom ..
    Lama tak buat :)
    Selamat berpuasa cikmanggis..

    ReplyDelete
  2. saya pun suka makan kuih bom ..best!

    ReplyDelete
  3. Salam.Selamat menyambut bulan Ramadhan & selamat berpuasa utk Cik manggis sekluarga.Nampak sedap kuih bom tu... :D

    ReplyDelete
  4. makasih infonya,,
    sangat menarik dan bermanfaat,,
    mantap

    ReplyDelete
  5. sedapnya kuih bom..kat ganu kuih bom ni inti ikan kelapa:-)nyum2..

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak makan sebab banyak gerai dah tak jual....terasa nak makan la pula kuih bom ni....

    ReplyDelete
  7. wah sedapnya...saya tengah mengidam ni ingat nanti nak buatlah kuih bom ni hehe

    ReplyDelete