LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label brownies. Show all posts
Showing posts with label brownies. Show all posts

Friday, September 4, 2015

Brownies

Brownies.

Bahan-bahanya:

400g coklat masakan.
150g unsalted butter.
100g gula perang.
100g gula castor.
4 biji telur-grade A.
1 tsp esen vanilla.
100g tepung naik sendiri.
30g serbuk koko.
Kekacang pilihan anda untuk di tabur.

Cara-caranya:


  • Cairkan coklat masakan dan butter dengan kaedah double boiler sehingga sebati
  • Kacau dengan menggunakan whisk gula perang,gula kastor,telur serta esen vanilla .Kacau rata je tak perlu pukul.
  • Tuangkan bancuhan tadi  ke dalam adunan coklat dan kacau sehingga rata.
  • Ayak tepung dan serbuk koko dan masukkan ke dalam adunan tadi.Gaul sehingga sebati.
  • Alaskan dulang dengan baking paper.Tuangkan adunan ke dalam dulang.
  • Taburkan kekacang pilihan anda.Saya letak hirisan badan serta biji bunga matahari.
  • Tabur biar sekata.
  • Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu 280 darjah celcius.
  • Bakar sehingga masak atau selama lebih kurang 25-30 minit(bergantung pada jenis oven yang di gunakan)
  • Sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong
Sebenarnya resipi asal saya ambil dari blog Masam Manis.Azlita Aziz.Brownies berkedut tapi apa bila saya tabur kekacang di permukaannya  tidak nampak kedut lagi.Terima kasih Puan Azlita.

Jika kawan-kawan ingin memasak Brownies berkedut jangan tabur kekacang ya.Tetapi saya sangat suka jika brownies saya banyak kekacang terutamanya kacang badam.Kombinasi coklat dalam brownies serta badam memang "ngam" sangat sedap .Selamat mencuba.


Tuesday, July 24, 2012

Brownies Dan Biskut @ Not So Checkerdboard Brownies.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Pertama kali melihat brownies yang digandingkan dengan biskut hati terus tertarik dan jatuh cinta pada pandang pertama hehe.Terima kasih Cm ucapkan pada Vivian Phang Kitchen:) kerana sudi berkongsi recipe yang sungguh menarik ini.Minta izin Cm ambil recipenya ya..dan minta izin & minta maaf  banyak banyak kerana  nak beri nama manja agar senang Cm nak menyebutnya :)p.


Bahan-bahannya:)
Brownies.

A

85 gm unsalted butter.
115 gm coklat masakan.

B

2 biji telur grade A dalam suhu bilik.
60 gm gula perang.

C

70 gm tepung gandum.
1 tbsp serbuk koko.
1/2 tsp esen vanilla.
Secubit garam.
1/2 tsp baking powder.


Bahan-bahannya:)

Doh biskut.
A

120 gm butter dalam suhu bilik.

35 gm gula icing-Cm guna gula perang.
1/2 tsp vanilla esen.

100 gm tepung gandum.

Cara-caranya:

Brownies.



  • Masukkan coklat dan butter ke dalam bekas yang sesuai.Cairkan menggunakan kaedah double boil hingga sebati.
  • Kemudian masukkan gula,esen vanilla dan tepung,koko,garam,dan baking powder.Kacau rata,
  • Akhir sekali masukkan telur.Gaul hingga sebati.
  • Alas dulang 8 inci square dengan kertas minyak.Tuangkan adunan kedalamnya.ratakan.Simpan dalam peti ais selama 15 minit.

Biskut.

  • Pukul butter hingg ringan.
  • Masukkan gula & essen vanilla dan pukul lagi hingga gebu.
  • Akhir sekali masukkan tepung dan gaul hingga doh sekata,
  • Masukkan doh ke dalam pipping beg.
Cara-cara untuk pipe biskut ke atas brownies.

Keluarkan brownies dari peti sejuk.Pipekan doh biskut secara memanjang .Agak -agak jaraknya yang  sesuai.Kemudian pipekan secara melintang (Cross) agar terbentuk petak petak dipermukaan brownies.Basahkan hujung jari dan tekan agar doh biskut leper sedikit.Akhir sekali bakar hingga masak.





Tuesday, July 3, 2012

Chewy Gooey Yummy Brownies

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tiba-tiba rasa nak makan Brownies yang Chewy Gooey....bila check dalam peti sejuk semua bahan-bahan ada.....lagi pun nak clearkan stok sebelum tiba bulan Ramadhan ni....banyak bahan-bahan untuk baking yang hampir luput tarikh gunanya.Jadi terhasilnya Brownies yang memang sungguh Yummy dan Chewy...betul..tak tipu..jika tak percaya..cuba lah:)
Terima kasih pada Kzai  dari Teratak Impian kerana Cm ambil resepi dari dapurnya.Memang puas hati.Terima kasih juga pada Jee .


Bahan-bahannya:

125 gm butter,
200 gm dark coklat.
3 biji telur.
1 3/4 cawan gula .
1/3 cawan koko.
1 1/2 cawan tepung gandum-ayak.
1 tsp esen vanilla.
2 cawan badam cincang.



Cara-caranya:

Satukan butter dan coklat di dalam satu bekas.Cairkan guna kaedah double boil .Ketepikan.sementara itu satukan gula dan telur dalam satu mangkuk yang sesuai.Guna whisk,kacau hingga sekata.Kemudian masukkan tepung,vanilla,serbuk koko , butter dan  coklat yang telah dicaikan tadi.Kacau hingga sebati.Akhir sekali masukkan badam dan digaul hingga rata.

Tuangkan kedalam bekas yang sesuai dan bakar hingga masak.Potong ketika brownies masih panas kerana apabila sejuk agak sukar di potong sebab dia agak liat.


Thursday, April 14, 2011

Brownies

Salam dan selamat pagi semua!!pagi yang sangat ceria buat Cikmanggis..kena ceria-ceriakan hidup anda selalu baru hati rasa lapang dan dapat tersenyum dengan penuh keikhlasan.Alhamdulillah setelah mendapat tidur yang sempurna badan rasa lebih segar dan sihat.
Semasa berborak borak dengan Angah malam tadi,katanya nak  order brownies untuk majlis akad nikahnya nanti kerana tak mahu sibuk sibuk masak ,tak mahu dapur berselerak dan sebagainya.Tapi Cm rasa buat brownies sangat senang kerana tak perlu pukul telur atau sebagainya.Masukkan bahan-bahan kedalam mangkuk kacau je...jadi Cm demo malam tadi..alhamdulillah cepat dan sedap pulak tu brownies yang kami buat sendiri ni.

Bahan-bahannya:
A
250 gm butter
400 gm coklat masakan-potong kecil.

B
5biji telur grade A
1 tsp esen vanilla.
1 tbsp coklat emulco
290 gm gula perang(lain kali kena kurangkan lagi gula)

C
Ayak:
90 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko.

D
100 gm badam  -panggang.

Cara-caranya:
  • Cairkan A dgn kaedah double boil.
  • Panaskan oven 160C.
  • Dalam mangkuk yang lain pukul guna whisk gula perang,coklat emulco,esen vanilla dan telur hingga sekata.
  • Masukkan A dan kacau lagi hingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung dan koko yang telah diayak.Gaul hingga sebati.
  • Masukkan badam.Gaul rata.
  • Alaskan dulang 9X12 inci dengan kertas minyak.Tuangkan adunan kedalam dulang dan tabur dengan sedikit badam jika suka.
  • Bakar selama 45 minit atau hingga brownies masak.
  • Biarkan brownies sejuk sedikit barulah di potong mengikut selera yang anda mahu.Siap:)
Pagi ini kami dapat sebiji lagi timun dari kebun mini kami.Buahnya tak banyak tapi saiznya kali ini 1/2 kg lebih.Orang yang paling semangat nak petik timun ni adalah suami cm....

Sunday, February 27, 2011

Chewy Gooey Yummy Brownies.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Memang dah lama tak makan dan tak masak brownies.Maklumlah nak jaga kandungan gula yang perlu di ambil setiap hari.Dalam usia yang dah masuk warga emas ni semuanya mesti dijaga dengan baik...jaga pemakanan kerana semua penyakit berpunca dari apa yang kita makan.Brownieas ni Cm masak atas permintaan Atiqa.Cm hanya ambil berkat je rasa sebesar ibu jari...sedap!! Beliau minta kek coklat tapi Cm buat brownies kerana ianya sangat senang dan rasanya lebih kurang je..adik beradik.
Bahan-bahannya:
A
250 gm butter
400 gm coklat masakan-potong kecil.

B
5biji telur grade A
1 tsp esen vanilla.
1 tbsp coklat emulco
290 gm gula perang(lain kali kena kurangkan lagi gula)

C
Ayak:
90 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko.

D
100 gm badam  -panggang.

Cara-caranya:
  • Cairkan A dgn kaedah double boil.
  • Panaskan oven 160C.
  • Dalam mangkuk yang lain pukul guna whisk gula perang,coklat emulco,esen vanilla dan telur hingga sekata.
  • Masukkan A dan kacau lagi hingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung dan koko yang telah diayak.Gaul hingga sebati.
  • Masukkan badam.Gaul rata.
  • Alaskan dulang 9X12 inci dengan kertas minyak.Tuangkan adunan kedalam dulang dan tabur dengan sedikit badam jika suka.
  • Bakar selama 45 minit atau hingga brownies masak.
  • Biarkan brownies sejuk sedikit barulah di potong mengikut selera yang anda mahu.Siap:)
Terima kasih pada Along Roz kerana Cm ambik resepi dari blog Along.dan Blog Sesedap Rasa .Terima kasih banyak banyak.Minta dihalalkan ya.