LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label Thai. Show all posts
Showing posts with label Thai. Show all posts

Friday, April 5, 2019

Serbuk Colek Ala Thai






Bahan-bahannya:

1cawan udang kering *
Belacan..ikut selera masing masing.*
20 biji cili kering*

1/2 cawan gula..sesuaikan dgn selera.Boleh tambah jika suka.

Garam secukup rasa.

Cara-caranya:)

Sangai bahan-bahan yang bertanda *sehingga garing.

Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.

Simpan di dalam bekas kedap udara...selamat mencuba.

Friday, February 21, 2014

Thai Son-In-Law Eggs / Khai Luk Khoei

Menu yang murah dan ringkas.Rasanya  masin ,manis,pedas  dan masam.Ratah  begitu saja pun sedap.Itulah gambaran yang  dapat saya  bayangkan..... saya peminat telur tegar hehe.. .masa saya kecik kecik dulu saya suka makan nasi berlaukkan   telur mata kerbau dengan budu atau kicap ,hiris cili api..Masyallah sedap sungguh makan nasi bertambah-tambah dan tak perlu lauk lain lagi :)

Resipi asal saya ambil dari dapur Tummy...mana lah Tummy ni lama betul tak dengar berita.Terima kasih banyak-banyak  dan minta maaf lah sebab makcik ubahsuai sikit resipinya .

Khai Luk khoei.

Resipi asal : Tummy

Bahan-bahannya:

6 biji telur-rebus hingga masak dan kupas kulinya.
3 ulas bawang merah-mayang halus.-jadikan bawang goreng.
3 ulas bawang putih-tumbuk halus.
3 tbsp gula melaka.
3 tabsp sos ikan.
5 tbsp air asam jawa.
1 tbsp kacang tumbuk.
1 biji cili masak .(jika suka pedas ganti denga 5-6 biji cili api)-cincang halus.
Sedikit tepung gandum.

Tabur.

Daun ketumbar .(tak letak sb tak ada)
Daun bawang.(ganti)


Cara-caranya:


  • Kupas telur dan golekkan ke atas tepung gandum ketika telur masih basah.Goreng telur sehingga perang (golden brown)-Telur dibelah dua dan susun dalam pinggan yang sesuai.
  • Satukan air asam jawa,sos ikan dan gula melaka.Kacau sehingga sebati.Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga perang.
  • Masukkan campuran air asam jawa  serta cili  dan kacau rata.
  • Masukkan kacang tanah dan gaul sebati .
  • Tuangkan ke atas telur tadi dan tabur dengan daun ketumbar ,daun bawang serta bawang goreng.

Sunday, June 30, 2013

Tako ( Thai Pudding With Coconut Topping)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat petang semua :) Cm dah siap masak kuih Tako,satu lagi kuih dari negara jiran.Pertama kali Cm mencuba kuih kegemaran kami sekeluarga.Dulu pernah cuba buat casing /kotak dari daun pandan tetapi gagal kerana Cm main taram je ikut suka sendiri,Ada lobang di tengah-tengahnya serta bentuk yang herot merot :(.

Kali ini Cm belajar dengan berpandukan step by step dari beberapa buah blog Thai.Alhamdulillah berjaya akhirnya walaupun tak berapa cantik.Nak cantik nampak gayanya botak lah pokok pandan kat tepi rumah ni.Terima kasih pada Puan Neo kerana bawakan daun pandan untuk Cm tengahari tadi.Alhamdulillah.Rezeki.
Thanks to  Wendy kerana berkongsi resipi kuih Tako ini.Cm selalu singgah ke  dapur Wendy jika ingin mencari resipi masakan Cina tetapi kali ini dapat pulak resipi  masakan Thai .

Bahan-bahannya:

Lapisan Pandan:

25 gm tepung Hong kwee.
250 ml air perahan daun pandan.
40 gm gula pasir.
3 biji sengkuang Cina-cincang kasar.


Lapisan Santan:

15 gm tepung hong Kwee
125 ml air.
125 ml santan.
Secubit garam.
40 gm gula pasir.


Cara-caranya:


  • Sediakan bekas /casing dari daun pandan.Cm bentukkan dengan menggunakan daun pandan yang berukuran  7 inci.Jadi saiz kuih Tako ini agak kecil.
  • Satukan semua bahan-bahan untuk adunan pandan ke dalam periuk non stick.Masak dengan api yang perlahan dan hendaklah sentiasa kacau sehingga adunan likat dan berkilat.
  • Sudukan ke dalam  bekas daun pandan agak-agak 1/2 bahagian.
  • Kemudian satukan bahan-bahan bahagian santannya pula.Kacau atas api sehingga pekat dan berkilat,
  • Tuangkan ke atas permukaan adunan pandan tadi .Biarkan adunan sejuk baru masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Siap untuk di hidangkan.



Kali ini  sambutan yang diterima sungguh baik,hilang dalam beberapa minit je jadi Insyallah Cm tanda resipi ini untuk Ramadhan yang akan datang  tidak lama lagi :) pening la makan Tako hari-hari .

Friday, June 28, 2013

Khao Tom Mad (Sweet Sticky Rice Parcels)

Assalamualaikum dan selamat petang.


Cm adalah penggemar masakan Thai.Tak kira lah lauk pauk atau kuih muih.Masakan Thai banyak persamaan dengan masakan Kelantan tanah kelahiran Cm, mungkin kerana  berjiran.Atau mungkin juga sebab Kelantan pernah di jajah oleh Siam pada satu ketika dahulu jadi banyak terdapat pengaruh masakan Thai dalam masakan  Kelantan.

Salah satu  kuih yang di kenali dengan nama Khao Tom Mad.Bila masuk negeri Kelantan nama bertukar jadi    Pulut Dakap :)..Untuk melihat resipi asal Thai sila ke SINI.

Bahan-bahannya:

500 gm beras pulut-cuci dan rendam selama 2-3 jam.
2 cawan santan pekat.
1/2 tsp garam.
4 tbsp gula pasir.
6- 7 biji pisang -belah dua.(pisang awak,pisang berangan atau pisang abu)
Kacang merah secukupnya di rebus sehingga empuk,

Tali untuk pengikat.
Daun pisang secukupnya.

Cara-caranya:


  • Satukan gula ,garam dan santan dalam periuk nonstick.
  • Masak sehingga gula larut.
  • Masukkan beras pulut jangan lupa toskan terlebih dahulu ya.
  • Dengan api yang perlahan kacau pulut sehingga agak kering.Sejukkan.
  • Lapik dua helai dau pisang .Letakkan kacang merah kemudian sudukan sedikit pulut.Lepas itu letakkan pisang dan  sekali lagi  sudukan sedikit pulut untuk melindungi pisang.Akhirnya letakkan beberapa biji kacang diatasnya.
  • Balut seperti membalut kuih lepat .Tangkupkan dua bungkusan pulut dan ikat sehingga kemas.Pastikan balutan kemas agar pulut tidak terkeluar semasa merebusnya nanti.
  • Aturkan bungkusan pulut dalam periuk.Isikan air anggaran paras bungkusan pulut tu.Masak sehingga air hampir kering.
  • Toskan dalam tapis.Siap untuk dihidang :)
Selamat berhujung minggu :)

Tuesday, June 11, 2013

Tom Yam -Ala Cik manggis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Cm memang suka masakan Thai terutamanya Tom Yam tetapi anak-anak dan suami tak boleh makan jika menggunakan paste segera yang di jual kat kedai tu.Pastinya ada  yang  sakit perut jadi terpaksalah Cm buat paste "sendiri punya" :)..Cm merayau rayau kat dapur kawan -kawan bloggers dan terjumpa yang serasi dengan selera kami selepas di ubah suai sana sini.Terima kasih Azie. dan minta maaf sebab "derhaka" pada resipi asalnya.Pinjam kata-kata Cik Mat Gebu 

Bahan-bahannya:

Paste Tom Yam.

10 ulas bawang merah.
1 labu bawang besar.
1 tbsp udang kering.
Sedikit belacan-sangai sekejap.
1 inci lengkuas.
4 helai daun limau purut.
3 batang serai.
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit air asam jawa.

Cara-caranya:


  • Kisar semua bahan-bahan di atas.
  • Panaskan minyak dan tumis sehingga pekat.
  • Seimbangkan rasa masin,manis dan masam.
  • Sedia untuk di gunakan.Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk.

Bahan-bahan Sup Tom Yam.

Ayam-di potong kecil.
Udang -bersih dan kopek kulitnya.
1 labu bawang besar-potong 6
2 batang serai-ketuk
1 inci lengkuas -ketuk.
5 ulas bawang putih-ketuk.
5 helai daun limau purut.
2 biji buah tomato-belah 4.
1 ketul kiub ayam.
1 tbsp sos nampla
2 biji limau nipis-ambil jusnya.
Garam secukup rasa.
Daun ketumbar secukupnya.
Cili api-masuk sebiji sebiji-bila nak makan baru picit :)


Sayur:

Kobis
Karot.
Jagung muda.
Cendawan.
Bunga kobis.


Cara-caranya:


  • Rebus ayam sekejap.
  • Masukkan kiub ayam,serai,bawang putih,bawang besar,daun limau purut  dan lengkuas.
  • Kemudian masukkan udang.
  • Apabila telah mendidih baru masukkan pes tom yam ,tadi Cm masukkan 2 tbsp sebab kuahnya sedikit je.Adjust mengikut kesesuaian.
  • Masukkan sos nampla.garam,jus limau nipis ,sayur sayuran dan daun ketumbar.
  • Akhir sekali masukkan Cili padi.
  • Siap untuk di hidangkan.
Setelah di hidangkan Cm akan asingkan satu mangkuk kecik untuk diri sendiri dan picit cili api biar betul betul kaw kaw gitu,Jika tak cukup masam Cm akan tambah extra jus limau.Baru berpeluh-peluh hidung di buatnya.Tak cukup nasi nak ditambah tau hehe.Selamat mencuba :)

Thursday, March 14, 2013

Mieng Kham

Aroy mak mak...Sedapnya rasa tak boleh berhenti mengunyah "sireh" special ni tetapi anak-anak dan suami tak menggemarinya.Tak apa ....sekadar mencuba sesuatu yang baru.Lain kali tukar dengan daun salad sebab dorang tak suka rasa daun kadok...
Akibat kesedapan Mieng Kham ni...hampir botak pokok kaduk ku hehe.....
Bahan-bahannya:(Filling)

Cili padi-potong kecik.
Kacang tanah-goreng tanpa minyak.
Isi kelapa (warna merah dan putih tu ada  jual dikedai)
Halia muda-potong kecik.
Limau kasturi-potong kecik-dengan kulitnya.
Bawang merah-cincang (Cm guna bawang besar)
Udang kering-goreng tanpa minyak.
\
Bahan-bahan untuk Sos:

1 tbsp serbuk belacan.
2 inci lengkuas-hiris nipis dan goreng tanpa minyak.
2 inci halia-hiris nipis dan goreng tanpa minyak.
1/3 cawan kelapa-goreng tanpa minyak hingga perang.
2 tbsp udang kering-goreng tanpa minyak.
5 ulas bawang merah-kupas dan potong kasar dan goreng tanpa minyak.
1/2 ketul gula melaka.

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan kedalam food processor dan kisar hingga sebati.Masukkan kedalam periuk dengan sedikit air dan masak hingga pekat.

Cara-cara menghidang:

Ambil sehelai daun kaduk.Masukkan baha-bahan fillingnya dan last sekali letak sos.Balut kemas-kemas dan sedia untuk di makan.Balutannya seakan-akan nak balut sireh pinang gitu :)..Selamat mencuba.