LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, June 11, 2013

Tom Yam -Ala Cik manggis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Cm memang suka masakan Thai terutamanya Tom Yam tetapi anak-anak dan suami tak boleh makan jika menggunakan paste segera yang di jual kat kedai tu.Pastinya ada  yang  sakit perut jadi terpaksalah Cm buat paste "sendiri punya" :)..Cm merayau rayau kat dapur kawan -kawan bloggers dan terjumpa yang serasi dengan selera kami selepas di ubah suai sana sini.Terima kasih Azie. dan minta maaf sebab "derhaka" pada resipi asalnya.Pinjam kata-kata Cik Mat Gebu 

Bahan-bahannya:

Paste Tom Yam.

10 ulas bawang merah.
1 labu bawang besar.
1 tbsp udang kering.
Sedikit belacan-sangai sekejap.
1 inci lengkuas.
4 helai daun limau purut.
3 batang serai.
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit air asam jawa.

Cara-caranya:


  • Kisar semua bahan-bahan di atas.
  • Panaskan minyak dan tumis sehingga pekat.
  • Seimbangkan rasa masin,manis dan masam.
  • Sedia untuk di gunakan.Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk.

Bahan-bahan Sup Tom Yam.

Ayam-di potong kecil.
Udang -bersih dan kopek kulitnya.
1 labu bawang besar-potong 6
2 batang serai-ketuk
1 inci lengkuas -ketuk.
5 ulas bawang putih-ketuk.
5 helai daun limau purut.
2 biji buah tomato-belah 4.
1 ketul kiub ayam.
1 tbsp sos nampla
2 biji limau nipis-ambil jusnya.
Garam secukup rasa.
Daun ketumbar secukupnya.
Cili api-masuk sebiji sebiji-bila nak makan baru picit :)


Sayur:

Kobis
Karot.
Jagung muda.
Cendawan.
Bunga kobis.


Cara-caranya:


  • Rebus ayam sekejap.
  • Masukkan kiub ayam,serai,bawang putih,bawang besar,daun limau purut  dan lengkuas.
  • Kemudian masukkan udang.
  • Apabila telah mendidih baru masukkan pes tom yam ,tadi Cm masukkan 2 tbsp sebab kuahnya sedikit je.Adjust mengikut kesesuaian.
  • Masukkan sos nampla.garam,jus limau nipis ,sayur sayuran dan daun ketumbar.
  • Akhir sekali masukkan Cili padi.
  • Siap untuk di hidangkan.
Setelah di hidangkan Cm akan asingkan satu mangkuk kecik untuk diri sendiri dan picit cili api biar betul betul kaw kaw gitu,Jika tak cukup masam Cm akan tambah extra jus limau.Baru berpeluh-peluh hidung di buatnya.Tak cukup nasi nak ditambah tau hehe.Selamat mencuba :)

19 comments:

  1. meleleh air liur tgk tomyam kaknah ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala hirup sup tom yam ni berselera betul.Berpeluh peluh ,

      Delete
  2. sedapnya...adda pun masak ikan gerang asam jer ari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak rebus rebus sesuai di musim panas ni

      Delete
  3. Sedapnya, CM! Terasa masam-masam masin sup tomyam, terliur...

    ReplyDelete
  4. Salam cm...saya pun suka makan tomyam.Selalu masak sebab anak2 pun suka.Yang lebih beruntung menantu asal orang siam hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..oh menantu zai asal orang Thai tentu pandai masak masakan Thai ni.

      Delete
  5. sedapnye lama xmkn tomyam..masam2 pedas..nyummy

    ReplyDelete
  6. Ini lagi hebat! Rasa nak habiskan semua sup tu. haha...
    Kristy

    ReplyDelete
  7. geram tengok udang mengerekot tu.. mesti sedap rasa kuah nya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. che mid Cm baru baca tulisan Che mid yang lama-lama kat blog che mid..wah hebatnya Che mid..mesti sedap suara Che mid ni.Lain kali jika kenduri boleh lah jemput Che mid..Psstt kasi diskaun la ya :)

      Delete
  8. hi kak cm, i tengok gambar pun sudah mahu berpeluh ni! haha. terima kasih on your comment, i baru baca artikel dekat nst, congrats! pertama kali i nampak muka cm and family, so glad! kak, you sudah expert buat chang! i hampir mahu nangis balut chang tu semua :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lena sebab sudi baca.nanti Cm nak cuba buat versi berempah pulak.Nampak sungguh sedap.Teritama rasa cekurnya tu :)

      Delete