Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Lama betul Cm tidak update dapur Cm ni kerana masalah yang tak dapat dielakkan.Kesibukan yang memanjang..temujanji dengan othopedik,temujanji untuk fisio dan beberapa temujanji lagi....orang veteran macam ni lah ya......sakit sana sini......Petang semalam sempat buat kek Strawberi Roll atas permintaan Si adik setelah Cm tunjukkan kek yang terdapat kat blog kak 1 yang femes tu:)...tapi strawberi Cm ni cam cacat je ...sebab tak ada coklat emulco untuk buat bintik-bintik tu:(.. dan...semasa nak ambil gambarnya kamera pulak padam jadi maaf lah ya kerana gambar yang kurang memuaskan...Ini je yang sempat di ambil.......Insyallah lain kali kena buat sekali lagi.Terima kasih Kak 1 kerana sentiasa berkongsi dengan kami resepi yang terkini:)
Bahan-bahannya:
A
3 biji kuning telur( Cm guna telur saiz AA)
75 gm gula halus.
50 ml air.
40 ml minyak jagung.
80 gm tepung gandum -ayak.
1 tsp esen vanila.
B
3 biji putih telur.
2 tsp gula halus.
1/2 tsp cream of tartar.
C
Buah strawberi secukupnya.
Pewarna pink & hijau.
Coklat umulco dan lidi.(tak letak)
150 ml whip cream.-non diary.-pukul hingga kental.
Cara-caranya:
- Pukul B hingga kembang dan bertanduk.
- Pukul kuning telur dan gula sehingga kembang.Masukkan minyak dan air serta tepung dan pukul sehingga kembang .Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kental.
- Kaup baik dengan B hingga rata.
- Ketepikan 2 1/2 tbsp untuk warna pink dan 2 1/2 tbsp untuk di warnakan hijau.
- Masukkan kedua dua kedalam dua piping beg .
- Alaskan dulang dengan kertas dan bentukkan buah strawberi seperti gambar diatas dan bakar selama 1 minit dengan kepanasan oven 170 darjah celcius.
- Tuang baki adunan keatas kek bentuk strawberi tadi dan ratakan.Bakar hingga masak.
- Sejukkan kek sekejap kemudian buang kertas alas yang asal dan ganti dengan yang lebih besar agar senang untuk menggulungnya nanti.
- Sapukan dengan whip cream dan aturkan dengan beberapa biji buah strawberi.Gulung perlahan-lahan.
- Siap untuk dihidangkan.



