Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Biasanya pulut hitam digunakan untuk membuat kuih koci tapi kali ini Cm cuba guna tepung pulut hitam untuk buat bahulu.Mulanya tawakkal saja..jadi jadilah..kalau tak jadi memang tak ada rezeki..Tapi..Alhamdulillah jadi juga akhirnya...rasanya agak unik . Lembut ..Senang untuk kita menggulungnya dan tidak mudah pecah atau merekah.Terima kasih pada Ayin kerana berkongsi resepi ini dengan kita.Semoga Ayin akan kembali aktif menghasilkan resepi resepi yang menarik...
Bahan-bahannya:
120 gm kuning telur.
60 gm gula halus.
1/2 tsp vanilla essence.
180 gm putih telur
80 gm tepung pulut hitam.
90 gm gula halus
1/2 tsp garam.
35 gm tepung gandum.
2 tbsp minyak jagung.105 gm santan kara.
Cara-caranya:
- Satukan kuning telur,santan,60gm gula halus,vanilla,garam,tepung gandum dan minyak masak.Kacau hingga sebati.Ketepikan.
- Pukul putih telur dan 90gm gula halus hingga kental.
- Kemudian masukkan adunan pulut hitam kedalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan-lahan hingga sebati.Lakukan sehingga habis.Jangan masukkan sekali gus kerana ini akan menyebabkan bahulu akan jadi mendap.
- Sapukan dulang dengan sedikit minyak dan alas dengan kertas,Tuangkan adunan dan bakar hingga masak.
- Cairkan sedikit jem(apa-apa perasa) dan sapukan pada permukaan bahulu.
- Gulung kemas-kemas.
sll gak tgk indo bt kuih guna ketan itam ni..nmpak sedap..mesti rasa dia unik kan..mmm yummy! :p~
ReplyDeleteselalu yg wat kuih camni org seberang Indonesia..tapi kalau sedap apasalah kita mencuba gak...
ReplyDeletefirst time dengar dan tengok..mesti sedap...nk rasa sikit !!!
ReplyDeleteKak CM,
ReplyDeleteI likeeee!I got 2 packet of the tepung pulut hitam since last year but tak terbuat lagi the kuih koci.I'll bookmark ya this recipe...thank you!
Cikmanggis apa kabar...ini ayin,lama tak jumpa...tapi beberapa hari ini ayin sering mampir disini...
ReplyDeleteliat2 resepi dari blog cikmanggis,hmm..yummy yummy semua...
ayin sekarang ada blog baru nih,senang sekali kalau cikmanggis mau mampir hehe...
Salam kak Cm yg manissss... unik sekali ya, masuk list jugak! sbb kita pun mcm sheeren ada lagi stock tepung pulut hitam hihihi... jgn ada penghuni dlmnyer sudah! kikiki...
ReplyDeleteSalam cm...nampak sedap dah tu senang cara membuatnya.
ReplyDeleteUniknya...teringin nak buat kuih keria tapi tak berapa mahir selalu terlembik.
ReplyDeleteDI MANA BELI TEPUNG PULUT HITAM..IA SPTM TEPUNG BIASA YANG HALUS @ BERBIJI SIKIT?
ReplyDeleteWhoa, the swiss roll looks very tempting. Lazat betul-lah. Sampaikan salam.
ReplyDeleteRegards, Kristy
cantiknyer bahulu gulung ni.. tambah unik bila guna tepong pulut hitam...
ReplyDelete