LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, May 25, 2011

Sambal Tempoyak Buah Kuini,Tenggiri Goreng dan Sayur Lemak Petola

assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Apa salahnya sekali sekala kita layan selera sendiri kan?selalunya bila memikirkan menu untuk masak makan tengahari Cm dahulukan selera anak dan suami tapi hari ini Cm nak hadiahkan Menu ni untuk diri sendiri:).Sejak pagi lagi kerja mengemas dan mendobi pakaian hingga berpeluh-peluh dan perut pun terasa tersangat lapar ...jadi  Cm masak makanan kegemaran Cm....kebetulan anak(suka kuah je)  dan suami suka sayur petola dan ikan tenggiri goreng minus sambal tempoyak tu:)....

Nak buat sambal tempoyak ni sungguh senang..

Cili api jika suka pedas bubuh le lebih ya.
Garam secukup rasa.
Tempoyak secukupnya.
1 biji buah kuini yang masak.
Ikan bilis secukupnya
Cara-caranya:
Tumbuk cili api dan garam.Kemudian masukkan tempoyak.Gaul hingga rata.Kemudian buah kuini di kupas kulitnya danracik halus-halus.Masukkan kedalam sambal tempoyak dan gaul hingga sebati.Last sekali goreng ikan bilis garing-garing letak disebelahnya.Bila nak makan colek je ikan bilis dgn tempoyak dan makan dengan nasi panas..Cm jamin boleh pengsan ni hehe.

Jika tak ada kuah kan tercekik pulak jadi untuk partner lauk kat atas ni adalah masak lemak Petola dengan udang,suun serta fucuk.Mesti makan tak hinggat dunia punya....

Akhir sekali adalah ikan Tenggiri Goreng.Ikan diperap dengan serbuk kari ,garam dan kunyit.Taburkan sedikit tepung dan goreng hingga garing.Kemudian goreng daun kari dan tabur keatas ikan goreng,Siap:)..selamat makan tengahari ya.

16 comments:

  1. salam CM...

    saya dah bersila ni CM... air basuh tangannya mana? hehehee...

    sedap betul tgk sajian t'hari CM... memang makan tak hingat dunia kalau dpt lauk camni...

    ReplyDelete
  2. Gabungan yang mantap!
    Kena masak 2 periuk besar ni kalau ajak saya haha

    ReplyDelete
  3. aaahaa laa ratna kita dah sampai ni air basuh tgan tak dak ni huhuuu.. kak cm ilah kalu dpt mcm ni punya hidangan mau 4 kali tambah niiii naik laaa kg nii hahaha..kena selera ilah ni kak..

    ReplyDelete
  4. Salam Cikmanggis,
    Gerammmmm tgk masakan tu, fuhhhhh....!!!!!

    ReplyDelete
  5. aduh..sedapnye sambal tempoyak tuuu..

    feveret!

    ReplyDelete
  6. dah lama tak makan sambal tempoyak...
    kalau buat sambal tempoyak udang pun sedap jugak kan....

    ReplyDelete
  7. Kak CM,
    Lauk Petola tu if tak bagi saya, tak apa..saya tak merajuk.Tapi, sambal tempoyak tu,siap saya ta-pau nanti..lol!

    ReplyDelete
  8. Salam CM,
    lauk gini memang membuka selera ni... saya suka benar tempoyak. kat sini makan sikit2 takut cepat habis. hehe. bestnye buat sambal dengan buah kuini tu.
    Ijan

    ReplyDelete
  9. Fucuk tu apa CM? Wah terliur tengok tempoyak kegemaran sambil makan nasi segera baru panaskan kat microwave di sekolah ni. Merangkap lunch dan dinner. Semenjak bertapa beberapa hari kat sekolah ni.

    ReplyDelete
  10. fuhh.. mau tak hengat duniya makan tempoyak tu. petang tadi kakpah buat sambal belacan campur nanas. bekipas sebab pedas hii..

    ReplyDelete
  11. salam. makcik.. terliur saya tengok lauk niii.. tak sabar nak balik msia summer nanti .

    ReplyDelete
  12. Uihhh...sodap ehhh.. terliur dah den ni haaaa...

    ReplyDelete
  13. CM,
    Kecur liur makcik tgk lauk tu tapikan, makcikpandai makan durian je.....tempoyak tak jalan, tak tau apasal

    ReplyDelete
  14. nampak sedap tempoyak tu... terliur akak ni

    ReplyDelete
  15. Salam cm...sambal tempoyak menggoda saya hehehe....

    ReplyDelete
  16. Oh ada ke resipi petola tu. Udang kesukaan si Rayyan dan Ilhan senang sikit nak suruh makan. Mamanya baru minggu ni mula masak perlahan-lahan setelah off duty lama.

    ReplyDelete