Apa khabar kawan kawan Cm yang disayangi :) semoga ceria-ceria selalu ya...beberapa hari tiada posting masak masak...bukan tak masak ya tapi terlalu sibuk hingga tiada masa nak ambik gambar makanan yang dimasak.Bila siap makan baru teringat hehe..Jom lihat menu Cm untuk makan tengahari nanti..dah siap.....sebelum tu nak ucapkan ribuan terima kasih pada sahabat baik Cm Puan Neo kerana banyak membantu,memberi semangat dan motivasi ketika Cm sangat sangat memerlukannya.Allah sajalah yang dapat membalasnya....
Bahan-bahannya:
1/2 ekor sotong potong bulat.(sotong besar ni Cm beli sekor rm8/
6 ekor udang-buang kulit.
1 batang pokok sawi.
1/2 batang celery
3 ulas bawang putih-ketuk
1/2 batang karot-potong bulat.
Sedikit daun sup
1 cawan macaroni
Sedikit bawang goreng.
1 ketul kiub ayam
1 tsp serbuk lada hitam.
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-caranya:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik baunya.
- Masukkan 3 cawan air .Biarkan mendidih baru masukkan sotong,udang,kiub ayam,serbuk lada hitam ,garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan macaroni(yg direbus terlebih dahulu).
- Akhir sekali masukkan sayur sayuran tadi.
- Hidang bersama potongan daun bawang dan bawang goreng
10 minit =5 rm













