LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Tuesday, September 27, 2016

Sourdough Bagels

Assalamualaikum dan selamat sejahera.

Inilah perama kali saya buat bagel dengan sourdough starter.Alhamdulillah kejadiannya sungguh menarik sekali.Sebelum ini saya beranggapan untuk membuat roti sourdough adalah sangat sukar terutama setelah beberapa kali gagal untuk  menghasilkan sourdough starter yang betul.

Beberapa kali roti saya jadi "batu" dan terlampau masam.Natural yeast saya buat pula berbau sangat busuk dan sebagainya.

Roti sourdough sangat baik untuk kesihatan  tetapi orang Malaysia belum biasa lagi dengan roti sourdough yang agak keras dan berat.Kita di biasakan dengan roti yang gebu dengan di tambah dengan macam-macam bahan pelembut serta penaik roti yang bukan semula jadi.Untuk roti bertahan lama bahan
 pengawet pula di tambah.Dalam kepala kita telah di "set" roti mesti gebu dan lembut.Satu anggapan yang tidak tepat.insyallah nanti kita bincangkan lagi tentang tajuk ini di lain posting ya...

Jom kita lihat bahan-bahan untuk menghasilkan Bagels.

Sourdough bagels.

400 g tepung roti.
250 g sourdough starter-fed.
180 ml air.
1 tbsp susu tepung.
1 tsp garam.
1 tbsp chia seed -optional.

Hiasan..Chia seed dan bijan.
1 tbsp semolina untuk di taburkan rata pada dulang agar bagel tidak melekat.


Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan dan uli sehingga sekata.
  • Bulat-bulatkan doh menjadi 8 biji atau seberat 100 g setiap satu.
  • Rehatkan sekejap kira-kira 10 minit.
  • Kemudian bentukkan doh tadi menjadi bentuk bagels.
  • Biarkan doh naik menjadi dua kali ganda dari saiz asal.
  • Sementara itu panaskan ketuhar 220 darjah celcius.
  • Didihkan air dalam periuk dan masukkan 2 tbsp madu.
  • Kecilkan api dan biarkan air mendidih perlahan-lahan.
  • Masukkan bagels 2-3 biji sekali masuk bergantung pada periuk yg di gunakan.masukkan selama 15 ke 30 saat.
  • Keluarkan dari periuk dan taburkan dengan chia seed sertabijan pada permukaannya.
  • Susun ke dalam dulang pembakar.
  • Lakukan proses yang sama sehingga selesai.
  • Masukkan ke dalam oven.Kurangkan kepanasan oven ke 200 darjah celcius.
  • Bakar sehingga masak atau warna perang keemasan.Lebih kurang 30 ke 45 minit.
  • Keluarkan darioven dan biarkan sejuk selama 20 minit baru di pindahkan ke atas wire rack .





Thursday, September 22, 2016

Roti Benggali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebelum saya lupa resipinya saya perlu letak resipi Roti Benggali yang saya buat dua hari lepas.Pertama kali saya guna yis segera dan sourdough starter serentak.Kami sekeluarga amat menyukai rasa roti ini.Ranggup di bahagian keraknya dan lembut dan kenyal-kenyal di dalamnya.
Terima kasih pada tuan punya resipinya.Puan Nurul .Instagram:Nurpian.Minta di halalkan ya.

Roti Benggali.

Bahan-bahannya:)


300gm tepung roti.
1 sudu teh garam.
2 sudu teh gula.

1 1/2 sudu teh yis segera.
400gm sourdough starter.
100 gm air.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas dalam mangkuk pengadun.
  • Uli sehingga elastik.Saya guna mixer selama lebih kurang 10 minit.Jika guna tangan rasanya memakan masa 20 minit atau lebih.
  • Apabila selesai menguli doh,keluarkan dan perap dalam bekas yang telah di sapukan dengan sedikit minyak masak/butter
  • Tutup dengan cling wrap dan biarkan kembang dua kali ganda dari saiz asal.
  • Kemudian sapukan minyak pada tin pullman.
  • Bahagikan doh kepada 3 bahagian.Lakukan dengan perlahan-lahan.Doh ini sangat lembut.Sapukan tangan dengan sedikit tepung gandum sebelum memegang doh ya ...

  • Bulat-bulatkan dan susun ke dalam loyang .
  • Tutup dengan cling wrap dan tunggu  sehingga doh naik  ke paras  permukaan bekas tadi.
  • Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu..180-190 darjah celcius .Bakar sehingga masak.Lebih kurang 50 minit ke 1 jam.Bergantung pada jenis oven masing-masing)



Wednesday, September 21, 2016

Kacang Panggang Ala Ala Kacang Pool

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari ini tiba-tiba terasa nak makan baked beans yang di masak ala ala kacang pool.Kebetulan pagi-pagi lagi saya telah uli roti dan tunggu roti naik untuk di bakar dalam oven.Jadi saya keluarkan bahan-bahan untuk masak baked beans...jom kita tengok resipinya ya :)


Bahan-bahannya:)

1 tin besar kacang panggang.
1 labu besar bawang bombay.
3 ulas bawang putih.*
1 inci halia*
5 ulas bawang merah.*
1 sudu kecil serbuk jintan manis.
1 sudu kecil serbukketumbar,
1 sudu makan serbuk kari daging.
2 tangkai akar pokok ketumbar.*
200 gm daging kisar.
Garam secukup rasa.
Sedikit serbuk lada putih.

Cili hijau /merah-potong.
Limau kasturi di belah dua.
Telur mata.
Daun ketumbar  dan daun bawabg potong halus.
sedikit bawang besar -cincang.

Cara-caranya :)

  • Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  • Masukkan serbuk ketumbar,kari dan jintan manis.masak sehingga wangi.
  • Kemudian masukkan daging kisar dan sedikit air.Biarkan daging empuk.
  • Masukkan baked beans dan lenyek-lenyekkan dengan sudip agar kacang hancur.
  • Akhir sekali masukkan garam serta serbuk lada hitam.
  • Masak sehingga agak pekat.
  • Hidang bersama telur mata,hirisan cili masak dan cili hijau serta potongan limau kasturi dan hirisan daun bawang & daun ketumbar.
  • Jangan lupa roti bakar ya...Enjoy


Tuesday, November 17, 2015

Roti Buah-buahan Campuran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hasil kerja membaking larut malam.Resipi asal dari chef @kh4irulh4kimin tetapi saya telah ubah suai mengikut selera sendiri yang tidak berapa boleh makan benda benda manis sangat.Terima kasih pada chef dan mohon maaf kerana "derhaka"pada resipi asal.

Roti ini agak padat dan bukan roti yang jenis gebu .Malam tadi semasa masih panas saya makan sekeping dengan teh herba  dan terasa kenyang hingga ke pagi.

Resipi asal menggunakan 3 cawan tepung roti tetapi saya hanya ada ngam ngam 2 cawan tepung protein tinggi dan terpaksa campur dengan tepung biasa 1 cawan.

Roti Buah-buahan Campuran.

Bahan-bahanya.

2 cawan tepung roti.
1 cawan tepung gandum.
1/2 cawan gula halus.
3 tbsp butter
1 cawan buah buahan campuran.(resipi asal 2 cups)
1 1/2 cawan air suam.(resipi asal 2 cups)
11gm yis segera.
1 tbsp oren zes
2 tsp serbuk kulit 


Panaskan butter.Masukkan buah buahan campuran dan serbuk kulit kayu manis.
Gaul sehingga sebati.ketepikan.

Satukan bahan2 kering dalam mangkuk yg sesuai.
Masukkan air sedikit demi sedikit.Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.

Masukkan buah buahan campuran serta oren zes dan uli sehingga sebati.

Bahagikan doh kepada 3 bahagian.

Bulat bulatkan.

Susun didalam bekas loaf pan.

Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda dari saiz asal.

Panaskan oven 180darjah celcius.

Bakar sehingga masak. 

Wednesday, August 26, 2015

Donat

Donat.


Bahan-bahannya:

A
300g tepung roti.
200g tepung gandum
10g garam halus.
60g brown sugar
1/2 sudu makan baking powder.
3 1/2 sudu teh yis segera.

B
2 biji kuning telur.
280ml susu segar (sejuk)
C
50g shortening.
Cara-caranya:


  • Adun (A) sehingga sebati.Campur (B) dan uli sehingga menjadi doh.
  • Tambah (C) dan uli doh sehingga lembut.
  • Tutup doh dengan kain lembab dan biar doh naik dua kali ganda dari saiz asal.
  • Bentukkan doh menjadi bebola seberat lebih kurang 50g setiap satu.Bentukkan menjadi bebola yg kemas dan licin.
  • Biarkan doh kembang lebih kurang 25-30 minit.
  • Buatkan lubang di tengah-tengahnya.Berhati hati agar terbentuk lubang yg elok dan menghasilkan donat yg cantik.Saya tekan dengan kayu bulat sebesar ibu jari.
  • Panaskan minyak sederhana suhunya dan goreng sehingga perang atau kuning keemasan.
  • Balik-balikkan semasa menggoreng agar warna sekata.
  • Tos minyak dengan menggunakan tissu dapur.
Cara-cara nak salutkan gula pada donat agar tidak bersepah gulanya .

Masukkan gula halus ke dalam plastik beg.Masukkan donat dan goncang-goncang plastik agar gula mensaluti donat dengan sekata.Dengan cara ini dapat menjimatkan penggunaan gula dan ianya lebih cantik.
Jika anda ingin menggunakan acuan donat pun okay tapi donatnya tidak" gempal "seperti ini 

Oh ya jangan lupa jaga apinya agar tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.Jika api besar bahagian dalam belum masak sedangkan luarannya dah nak hangus.Tambahan jika donat "gempal" seperti yang saya buat ini.Jika api terlampau kecil donat akan serap minyak.Tentunya tak sedapkan....
Tadi saya uli dengan menggunakan mixer jadi kerja lebih senang dan masa pun lebih jimat . Saya dapat 17 biji donat dengan satu adunan ini.

Sementara menunggu mixer siap menguli dapatlah kita buat kerja kerja dapur yg lain.....

Selamat mencuba ya.Resipi asal dari Alex Goh tapi saya ubah suai sikit ikut cita rasa sendiri.

Monday, August 24, 2015

Roti Sandwich

Roti Sandwich.
Saiz loyang 28cm × 9cm×10cm

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung roti
2 cawan tepung wholemeal
1biji telur +susu segar=1 cawan.
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil yis segera.
3 sudu makan plain yogurt.
3 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan gula perang.
Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas ke dalam mixer dan uli sehingga elastik.
  • Rehat kan doh sehingga ia naik dua kali ganda dari saiz asal.
  • Tumbuk doh buang anginnya.Timbang doh 210 gm setiap satu sebanyak 3 ketul.Ketepikan yg bakinya.
  • Bulat-bulatkan doh seperti bebola dan aturkan dalam acuan roti pullman yg ada penutup.Rehatkan sehingga doh kembang .
  • Panaskan ketuhar 180darjah celsius.
  • Tutupkan loyang dgn penutupnya.
  • Bakar selama lebih kurang 30-40 minit.
  • Keluarkan roti dan sejukkan di atas redai besi.
  • Potong mengikut saiz yg di kehendaki.
Balut roti dengan aluminium foil dan simpan di dalam peti sejuk  jika tidak di gunakan insyallah roti tetap lembut sehingga beberapa hari.

Roti homemade ini tidak tahan lama jika di simpan di luar kerana ianya tidak mengandungi sebarang ubat penahan.
Lebihan doh tadi saya bulat bulatkan sebanyak 3 biji  dan bakar sehingga masak .Saya guna mini loaf pan yg saya beli di Daiso.

Saya sungguh berpuas hati dengan resipi yang saya dapat dari biras saya Dr.Low seorang yg sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat.Walaupun beliau seorang isteri yang mempunyai kerjaya dan sangat sibuk tetapi memilih untuk menyediakan sendiri roti makanan kegemaran keluarganya.

Kebersihan terjamin dan tidak mengandungi bahan-bahan yang terlarang yang membahayakan kesihatan.





Tuesday, September 9, 2014

Chicken Sausage Rolls.




Chicken Sausage Rolls.

Bahan-bahannya:

A- 2 tsp yis segera,
      125 gm air.

B-  225 gm tepung pau -ayak.
      40 gm gula kastor.
       20 gm lemak sayuran.


Filling

10 batang sosej  ayam-kerat dua.

Bahan salut.

Serbuk roti secukupnya.

Cara-caranya:


  • Masukkan semua bahan-bahan A dan B ke dalam mangkuk pengadun dan uli sehingga lembut dan berkilat.
  • Perap doh selama 30 minit(.Tutup dengan cling wrap.)
  • Bahagikan doh kepada 20 bahagian yang sama besar lebih kurang 22g setiap satu.
  • Bentukkan doh seperti tali dan lilit pada sosej .
  • Lakukan sehingga selesai dan rehatkan selama 30 minit sehingga doh naik.
  • Akhir sekali sapukan doh dengan sedikit air dan salut dengan serbuk roti,
  • Goreng sehingga masak atau kuning keemasan.
  • Hidang dengan sos cili atau di makan begitu sahaja.

Thursday, May 8, 2014

Ban Kelapa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Roti yang dimasak sendiri di rumah adalah roti yang paling sedap.Makan ketika masih panas.Setiap kali saya masak roti terasa seolah-olah rumah saya seperti  sebuah bakery.Baunya rotinya  sungguh harum sehingga ke luar rumah.Hari ini saya teringin sangat hendak makan roti yang berintikan kelapa.Apabila cari  resipi  saya berkenan dengan resipi DISINI. Saya ubah suai sedikit resipinya mengikut selera sendiri.
Ban Kelapa.

Resipi asal : Jun-Blog.

Bahan-bahannya:

11 gm yis.
1/3 cawan air suam.
1 tsp gula.
1/2 cawan susu segar.
1/3 cawan melted butter (unsalted)
2 biji telur.
3 1/2 cawan tepung roti.
1/3 cawan gula.
1 tsp garam.

Bahan sapu:

1 biji telur.
2 tbsp air.

Topping
Chia seeds.

Inti Kelapa.

1 biji kelapa parut.(ambil bahagian putihnya)
1 ketul gula Melaka(adjust mengikut selera masing-masing)
1 helai daun pandan.
Secubit garam
1/2 cawan air.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahannya dan masak sehingga kering.
  • Boleh di sediakan lebih awal dan simpan dalam peti sejuk.


Cara-caranya:

(Saya uli dengan menggunakan mixer)


  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk pengadun dan uli sehingga kenyal atau elastik.
  • Perap selama 30 minit atau sehingga doh kembang menjadi dua kali ganda dari  saiz asal.
  • Tumbuk doh untuk keluarkan udara di dalamnya.
  • Ambil doh mengikut saiz yang anda suka(saya agak-agak saja tidak timbang).Bulat-bulatkan.Kemudian gelek sehingga jadi  bentuk bujur.
  • Isikan inti kelapa dan tutup dengan kemas agar inti tidak bocor ketika membakarnya nanti.
  • Lakukan sehingga selesai.
  • Rehatkan agar doh kembang selama 20 minit (lebih kurang)
  • Sapukan dengan egg wash.Taburkan dengan chia seeds.
  • Bakar sehingga perang atau sehingga roti masak.


Monday, April 21, 2014

Pizza Malaysia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kenapa saya panggil Pizza Malaysia?....sebab saya buat mengikut selera saya yang suka rasa pedas.Selera orang Malaysia .Memasak untuk keluarga sendiri tak perlu terikat sangat dengan resipi tetapi kita kena sesuaikan dengan selera mereka.Hasilnya tidak mengecewakan ....

Pizza Malaysia.

Inti:

Bahan-bahanya:

1 tbsp minyak masak.
1 biji bawang besar-cincang.
2 ulas bawang putih-tumbuk.
1 biji buah tomato -cincang.
1 tsp oregano (saya cincang beberapa helai daun oregano dari kebun saya)
1 tsp basil (saya cincang beberapa helai daun basil dari kebun saya)
2 tsp gula.
Sedikit garam dan lada sulah.
1/2 botol kecil sos pasta.
5 keping cendawan tiram-siat-siatkan.

Cara-caranya:


  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga wangi.
  • Tuangkan sos pasta,buah tomato,daun oregano,daun basil  serta cendawan.Gaul rata.
  • Kemudian masukkan gula,garam serta lada sulah.Masak sehingga pekat.Ketepikan.

Topping.

Bahan-bahannya:

250 gm cheese mozzarella.(jika suka keju lebih tambahkan keju)
1 tin kecil tuna dalam air.-toskan air dan hancurkan isi tuna dengan garfu.
1 potongan kecil  nenas-potong kiub.
Beberapa tangkai daun basil.
Beberapa helai daun oregano-hiris.
1 biji buah tomato-hiris.
Beberapa biji cili api.





Bahan-bahanya:

Doh

3 cawan tepung gandum.
2 tsp yis segera.
1 cawan air suam.
1/2 tsp garam.
4 tbsp minyak(saya guna minyak zaitun)

250 gm keju mozzarella jika mahukan stuffed crust.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan dalam mangkuk mixer dan uli sehingga sebati .
  • Biarkan doh naik kembang dan bahagikan kepada dua bahagian.
  • Bulat-bulatkan.Gelekkan mengikut ketebalan yang anda suka
  • Letakkan keju parut di bahagian tepi doh dan gulung doh ke bahagian dalam.Kemaskan.(untuk dapatkan stuffed crust)
  • Letakkan  tuna,nenas,buah tomato,daun oregano,basil .
  • Aturkan cili api sebiji-sebiji (jgn potong)
  • Akhir sekali taburkan  keju parut dan biarkan doh rehat sekejap sebelum di bakar.



Thursday, April 10, 2014

Bee Hives Mini Buns With Butterscotch Sauce.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Yum yum!!!! inilah roti yang paling sedap yang pernah Cm makan.Bahaya.....lepas sebiji..sebiji..macam tak boleh berhenti.Rasa badam dan kuaci sangat ngam dengan roti dan sos butterscotch....Sedap!!Terima kasih sekali lagi pada kelab roti fb.Terima kasih geng yang tak kedekut ilmu ...Cm doakan agar kalian ditambahkan ilmu dan dimurahkan rezeki.....

Roti Sarang Lebah.

Resipi Asal:Kelab Roti Fb.

Doh Roti.

Baha-bahannya:

2 cawan tepung gandum.
1/2 tsp yis serbuk.
1/4 tsp garam halus.
1/2 tsp baking powder.
1 tbsp gula halus.
1/4 cawan plain yogurt-suhu bilik.
1/4 cawan minyak jagung.
1/2 cawan air suam.+-

Sapu-1 biji kuning telur.
Tabur_badam dan kuaci serta bijan.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan kecuali air ke dalam mangkuk pengadun.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga elastik.
  • Perap sehingga kembang dua kali ganda dari saiz asal.
  • Tumbuk doh buang anginnya.Bentukkan menjadi bebola kecil dan aturkan ke dalam loyang yang sesuai.
  • Tunggu sehingga doh kembang dua kali ganda dari saiz asal.
  • Sapukan dengan kuning telur.Taburkan dengan badam,kuaci dan bijan.
  • Bakar sehingga masak.
Butterscotch Sos.

Bahan-bahannya:

1/2 cawan brown sugar.
1/2 cawan whipping ccream.
Secubit garam.
1/2 tsp essen vanila.
25 gm butter.

Cara-caranya:

  • Cairkan butter.Masukkan gula perang.Kacau sehingga gula larut dan berbuih.
  • Masukkan cream dan garam.Kacau perlahan-lahan.
  • Akhir sekali masukkan essen vanila.Padamkan api.Kacau sehingga rata.Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat.
  • Tuangkan ke atas permukaan roti.
  Foto di bawah ...Cm buat resipi yang sama seperti di atas tetapi Cm letak serbuk koko ke dalam satu adunan.



Kepada kawan-kawan yang ingin mencuba..rasa nak cuba..niat nak cuba resipi ini ,jangan teragak-agak ya..cuba lah insyallah anda pasti gembira dengan hasilnya.Selamat mencuba..cuba jangan tak cuba...

Friday, April 4, 2014

Roti Labu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bekalan labu berterusan  di dapur Cm ini sejak Along menetap di Kuantan.Setiap kali balik dia akan bertanya samada mahu labu atau tidak.Macam macam boleh dimasak dengan labu.Masak lemak,masak bening,cucur,lepat,kek ,bingka,talam dan roti.Cm suka labu sebab ianya tahan lama.Tak perlu risau atau bimbang takut ianya busuk walaupun tidak di letak dalam peti sejuk.
Kali ini Cm mencuba resipi dari geng kelab roti fb Puan Isma Maisarah.Alhamdulillah gebu tapi sayangnya Cm terlebih bakar.Semasa roti dalam oven ada orang datang menghantar barang asyik berborak   hampir terlupa pada roti ini.Nasib baik tidak terbakar.

Roti Labu.

Sumber : Isma Maisarah.

Bahan-bahannya:

100 gm labu-kukus dan lecek halus.
250 gm tepung gandum.
1 1/2 tsp yis serbuk.
1/2 tsp bread improver.
4 tbsp gula (+/-)
2 tbsp susu tepung.
1 biji kuning telur.
50-60 ml air sejuk.
50 ml minyak masak.
Secubit garam.
Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan dalam mangkuk pengadun kecuali air.Saya guna mixer .
  • Uli dan masukkan air sedikit demi sedikit.Saya tidak habiskan semua air tadi kerana labu pun dan lembik dan ada cecair.
  • Uli sehingga elastik.Perapkan sekejap sehingga doh naik dua kali ganda dari saiz asal.
  • Tumbuk doh untuk buang udara  di dalamnya.
  • Bentukkan bulat bulat mengikut saiz yang dikehendaki.Tadi saya dapat 13 ketul semuanya.
  • Susun di dalam loyang dan bakar hingga masak.
  • Semasa masih panas  sapukan dengan sedikit butter pada permukaan roti.
Hitam manis..si hitam manis.
Pandang tak jemu ..pandang tak jemu...

Hehe inilah roti yang hampir terbakar  tp memang gebu sangat dan bahagian yang hampir hangus itu yang paling sedap,

Wednesday, April 2, 2014

Donat Kentang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Masyallah terkial kial hampir tak dapat nak masuk kerana hampir terlupa password sendiri.Lama sungguh tak kemaskini dapur maya Cm ini.Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi singgah dan menyapa Cm.Insyallah jika ada kesempatan Cm akan datang buat kunjungan balas ya.

Pertama kali Cm mencuba buat  Donat Kentang hasil daripada menjadi ahli kelab roti di fb.Banyak yang Cm belajar secara tak langsung.Geng kelab roti sungguh baik hati dan tidak kedekut ilmu terutama Ustaz Abdullah yang lebih dikenali dengan panggilan abah.Beliau sungguh kreatif dan selalu berkongsi jika berjaya dalam ujikajinya hehe.Dapur tu kira makmal roti ustaz Abdullah.

Donat Kentang.

Resipi asal :Taharunisa Jali
                  Kelab Roti.
                  Ustaz Abdullah.

Bahan-bahannya:

250 gm tepung gandum.
1 biji kentang-kupas kulit dan rebus.Lenyek hingga halus.
1 biji telur + 1/2 tsp garam-pukul dengan garfu.
2 tbsp susu tepung.
70-100 ml air ais.
1 1/2 tbsp sgortening.
2 tbsp gula halus.
1 tsp baking powder.
1 3/4 tsp yis mauripan.

Cara-caranya:


  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer kecuali air.
  • Uli perlahan-lahan dan masukkan air sedikit demi sedikit.Jangan masukkan semua jika nampak ok tak perlulah habiskan air tu ya.
  • Uli sehingga sebati.Akhir sekali masukkan shortening.Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
  • Rehatkan doh sehingga kembang  dan double dari saiz asalnya.
  • Tumbuk doh dan gelek mengikut ketebalan yang di sukai.
  • Terap dendan acuan donat dan rehatkan sekejap agar doh kembali kembang.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga perang.
  • Taburkan dengan sedikit gula halus.
Kena berhati-hati semasa menggoreng donat kentang ini kerana dohnya agak lembut jika tersalah  pegang doh akan tercedera dan akan tiba-tiba penyek jadi bila di goreng donat tak kembang seperti yang sepatutnya.

Selepas diterap saya letak donat yang belum di goreng di atas sekeping plastik yang di tabur dengan sedikit tepung.Jadi semasa nak menggorengnya saya angkat bersama plastik dan perlahan-lahan turunkan donat ke dalam kuali.Pastikan plastik tidak termasuk ke dalam minyak panas pulak ya :)

Lain kali saya akan kurangkan lagi sukatan untuk airnya sebab jika doh terlalu lembik ,bila di goreng ianya akan serap minyak.Inilah yang terjadi pada donat kentang saya pada kali ini.Insyallah akan cuba lagi.

Oh ya donat kentang ni rasanya seperti donat yang di jual kat Giant tu :) pada mereka yang nak buat bisnis memang sesuai lah kerana hasilnya sungguh lumayan .Lupa pulak nak kira berapa biji yang saya dapat tadi tapi memang banyak dari satu adunan ini...selamat mencuba ya ....

Sunday, December 22, 2013

Sourdough Bread

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Saja nak berkongsi pengalaman pertama kali buat roti sourdough dengan menggunakan homemade sourdough starter.Saya amat suka makan roti jenis ini.Keras dan ranggup bahagian luar dan lembut di bahagian dalamnya.Kebanyak roti yang kita selalu buat adalah yang jenis gebu dan lembut.Roti orang Malayasia hehe
Kejadian roti ini dikira ok.Rupanya pun dan molek tetapi rasanya agak sedikit masam.Jadi saya tak mahu berkongsi resipinya kerana tidak menepati rasa roti sourdough yang sebenar.Saya tak rasa kecewa kerana ianya kali pertama.Ini satu pengalaman  yang baru buat saya .
Inilah rupanya sourdough starter yang saya sediakan sendiri.Ia mengambil masa selama 7 hari.Mungkin terlalu lama menyebabkan rotinya rasa sedikit masam .Mungkin juga garam dan gula dalam doh roti ini tak cukup.Jika ada sesiapa yang pernah buat roti sourdough sudilah kiranya dapat berkongsi pengalaman dan ilmu.
Doh yang telah siap di uli.
Selepas direhatkan selama 8 jam.


Saya berpuas hati dengan kejadiannya.Ranggup dibahagian luar dan sungguh lembut didalam.Cuma rasanya  yang gagal.....