Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hasil kerja membaking larut malam.Resipi asal dari chef @kh4irulh4kimin tetapi saya telah ubah suai mengikut selera sendiri yang tidak berapa boleh makan benda benda manis sangat.Terima kasih pada chef dan mohon maaf kerana "derhaka"pada resipi asal.
Roti ini agak padat dan bukan roti yang jenis gebu .Malam tadi semasa masih panas saya makan sekeping dengan teh herba dan terasa kenyang hingga ke pagi.
Resipi asal menggunakan 3 cawan tepung roti tetapi saya hanya ada ngam ngam 2 cawan tepung protein tinggi dan terpaksa campur dengan tepung biasa 1 cawan.
Roti Buah-buahan Campuran.
Bahan-bahanya.
2 cawan tepung roti.
1 cawan tepung gandum.
1/2 cawan gula halus.
3 tbsp butter
1 cawan buah buahan campuran.(resipi asal 2 cups)
1 1/2 cawan air suam.(resipi asal 2 cups)
11gm yis segera.
1 tbsp oren zes
2 tsp serbuk kulit
Panaskan butter.Masukkan buah buahan campuran dan serbuk kulit kayu manis.
Gaul sehingga sebati.ketepikan.
Satukan bahan2 kering dalam mangkuk yg sesuai.
Masukkan air sedikit demi sedikit.Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
Masukkan buah buahan campuran serta oren zes dan uli sehingga sebati.
Bahagikan doh kepada 3 bahagian.
Bulat bulatkan.
Susun didalam bekas loaf pan.
Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda dari saiz asal.
Panaskan oven 180darjah celcius.
Bakar sehingga masak.
sedap tu wat cicah teh o....
ReplyDeleteNampak gaya hari ni makan roti je la kami suami istetiπππ
ReplyDeleteTentu sedap rasa dia dengan adanya buah2 campuran.
ReplyDelete