Kali ini tiada masak-masak atau resipi tetapi saya hendak berkongsi dengan kawan-kawan tentang tanaman di kebun mini saya.Saya tinggal di rumah teres yang mempunyai kawasan yang sangat terhad untuk bercucuk tanam tapi itu tidak menghalang saya menanam pokok-pokok untuk kegunaan dapur saya setiap hari.Kebanyakan tanaman saya dalam pasu.
Pokok kunyit merupakan pokok yang ke
Pokok gajus untuk buat ulam (pucuknya)
Pokok Tenggek Burung untuk buat ulam pucuknya.
Pokok puding salah satu bahan untuk memasak rendang ayam kampung.Rendang Ayam dengan daun puding masakan orang Negeri Sembilan
Pokok Kaduk.Satu lagi pokok kegemaran saya untuk di jadikan ulam dan bahan-bahan untuk masakan saya.Contohnya untuk masak botok-botok 'ulam nasi kerabu dan sebagainya.Selain untuk bahan masakan ianya juga untuk hiasan laman.
Pandan serani.Pokok pandan serani ini hasil pemberian dari seorang rakan di fb.Alhamdulillah banyak kegunaannya.Daunnya kekuningan kerana semasa musim kemarau hari itu saya jarang ada di rumah dan ditinggalkan tanpa di siram.Nasib baik tidak mati.Sejak hujan seminggu dua ini nampak bertambah baik.
Pokok Pandan.Salah satu pokok yang terlalu kerap saya guna sehingga tidak sempat untuk merimbun.Di bulan puasa yang lepas pokok pandan ini hampir botak saya kerjakan.
Cuban Oregano atau pokok bangun bangun ini banyak kegunaannya.Selain di gunakan untuk masakan harian ianya baik untuk melegakan batuk dengan meminum air rebusannya.
Cekur di gunakan untuk masak pecal dan urap atau kerabu.
Pokok kesing.Ini merupakan pokok yang agak unik dan istimewa di Kebun Mini Saya.Rasanya orang Pahang tahu kegunaan pokok ini.Untuk bahan masak tempoyak .
Pokok Kari.
Pokok Kesom.
Rosemary.
Inilah sebahagian tanaman di kebun mini saya.Insyallah nanti saya akan letak gambar pokok poķok lain di posting yang akan datang.Insyallah.
As salam CM ,
ReplyDeleterajinnya CM , saya pon mengidamkan kebun mini /taman herba tp belum berkesempatan lg..
Salam Makcik.
ReplyDeleteJimatkan tak perlu nak langkah kaki keluar mencari di kedai.
Lama tak nampak dapur makcik hehehe....
bulan 12 ni lagi sibukkan.
Kak nah.. tabik ilah kat kak... wpon dlm pasuuu semua mghijau petik depan umh jeee.. thn depan ilah pun nk petik dpn umh chalet comeiii tuuu...
ReplyDeletenak kena start buat taman mini gak la.. .sekarang ni nak beli daun2 ni pun dah mahal sekarang..padahal nak pakai sikit ajer
ReplyDeleteWow herbal garden! you got green fingers!
ReplyDelete