LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Award & Kebun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat pagi semua:) Cm baru selesai mandikan Maryam ..fuh lega kerana lepas mandi Maryam tidur dengan nyenyak sekali.dapatlah ibu dan ayahnya tidur selepas berjaga malam tadi...dan Cm dapat mengadap komputer sekejap.

Thank you Kristy sebab bagi award pada Cm pagi pagi ni ...rasa glemer pulak bila dapat Award begini.Hari ini tak ada acara masak-masak untuk dimuatkan kedalam blog Makcik Manggis...masak biasa biasa je.Sekejap lagi Datuk dan Nenek Maryam sebelah ayahnya  akan datang menziarahi cucu pertama mereka ...jadi agak sibuk sikit mengemas apa yang patut.

Ok sebelum  Cm masuk "ofis" balik Cm nak tunjukkan hasil dari kebun kami pagi tadi..2 biji timun dan sepohon  sawi,tak tahu nak masak  apa dengan sayur sayur ni.....mungkin timun buat ulam dan sawi dimasak dengan bihun:)

Sunday, June 6, 2010

Selamat bercuti

Terima kasih buat Love2cook kerana bagi award ni...selamat bercuti buat anak- anak dan ibu-ibu semua.Cuti sekolah begini dapatlah ibu bapa membawa anak-aanak makan angin atau melakukan aktiviti keluarga bersama-sama untuk mengeratkan kasih sayang:) Cikmanggis pun akan gantung periuk buat sementara waktu ,terima kasih pada kawan-kawan yang sudi singgah dan tinggalkan jejak.Insyallah Jumpa lagi:)

Monday, May 10, 2010

Awards

Dari love Dari madiha..maaf kerja sekolah tak siap ni:) Dari Inahar Dari Love Salam dan selamat sejahtera.Pertamanya cm nak pohon ribuan kemaafan pada rakan2 bloggers yg bagi awards pada cm sebab cm dok simpan lama sangat Awards tu hingga lupa siapa nama org yang hadiahkan tu..maaf banyak-banyak.Dan jutaan terima kasih ya kerana sudi memberi awards pada cm..maklum lah blog cm ni tak seberapanya....tidak ada apa-apa yang istimewanya.Cm menulis dalam blog ni sebab terlalu minat dalam bidang masakan dan mengambil gambar makanan dan ingin berkongsi pengalaman serta ingin menambah ilmu masakan :) dari rakan-rakan bloggers yang cm kasihi. Blog ini juga untuk cm tuliskan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian cm agar dapat dilihat kembali dan dibaca oleh anak-anak cm dan diri sendiri serta kawan-kawan semua.Jika terdapat salah dan silap harap dapatlah dimaafi ya...... Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Cm umpama baru belajar Jika salah tolong tunjukkan.

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari ibu!

Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya (ibu bapa) sebagaimana mereka berdua telah memelihara aku pada waktu kecil"
- [al-Isra 17:24]


Salam buat Mak & Wan.Kita doakan agar Mak berdua sihat sihat selalu.Kita nak ucapkan selamat hari ibu buat mak..walaupun mak tak kesah apa itu hari ibu tapi kita nak juga cakap selamat hari ibu.Terima kasih kerana membesarkan kita menjaga kita dari kecil hingga lah dah tua camni..mak tetap jaga kita............mak selalu berdoa untuk kita.....selamat hari ibu buat mak!

Selamat hari ibu buat mama...ibu mertua ku... semoga sihat sejahtera selalu....walaupun kita mempunyai banyak perbezaan...berbeza dari segi agama,bahasa dan budaya tapi Mama tetap terima saya seadanya.Terima kasih banyak-banyak... ...selamat hari ibu buat mama!

Friday, May 7, 2010

selamat hari ibu






Selamat petang.Ini kad hari ibu yang cm baru dapat.Setiap kali hari ibu pasti kad yang comel ni akan muncul hehe.Terima kasih buat adik yang disayangi oleh semua kat rumah ni..mama,abah,along,angah,qah dan abang zuri.Terima kasih..Muaahhh!!!

Friday, September 18, 2009

Jom punggah kad raya!!!

Kad raya dari Inahar Kad raya dari Masz73 Kad raya dari Watie Kad raya dari Soda Kad raya dari Hanna kad raya dari Ummi Salam semua,selamat hari raya untuk semua kawan-kawan,maaf zahir dan batin semoga kita sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat.jangan lupa jaga makan,berhati hati memilih makanan dimusim perayaan ni......ingat tu!!! Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi menghantar kad raya pada cikmanggis...malam ni baru sempat memunggah kad kad raya tu...terima kasih ya!!

Sunday, September 6, 2009

Terima Kasih Maria dan Moon

Terima kasih Maria atas ingatan tulus ikhlas mu itu..ni kad raya pertama yg cm terima.Cm pun nak ucapkan selamat hari raya buat maria seisi keluarga.Maaf zahir bathin Terima kasih buat Moon kerana bg award pada cm sebagai permulaan perkenalan ini.Doa cm agar perkenalan di alam cyber ni akan berkekalan.

Sunday, August 23, 2009

kad dari ijah

Terima kasih bagi kad ni pada cm..cm dok terkial-kial guna komputer bang aji ni..tak biasa,maklum lah cm suka komputer lama cm yang screennya sangat besar hehe..cam tv plasma

Saturday, August 22, 2009

salam

kad dari Cikmi Kad dari Aymy As-Salaamu 'Alaikum .Rindu pada kawan-kawan semua kerana lama cm tak dapat nak join kawan-kawan kerana masalah teknikal dan ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan........Pertamanya kerana komputer cm "sakit"dan dah "selamat dah"sementara menanti ketibaan komputer baru cm terpaksa guna mana-mana komputer yang ada kat rumah ni... Salam rindu yang teramat-amat sangat untuk sahabat-sahabat bloggers yang dikasihi and mubarak greetings to all of you and your loved ones.Let us race for the sincere pleasure of Allah Taala.Terima kasih pada kawan-kawan yang bagi kad ucapan.

Wednesday, June 24, 2009

Salam buat kawan-kawan yang sudi menziarahi blog cikmanggis yang tidak sepertinya ini.Terima kasih atas sokongan dan galakan kawan-kawanku!..Sejak mula ada blog ni banyak yang cikmanggis perolehi terutama dalam bidang masakan..... resepi baru .....tips ...dan yang penting sekali dapat kawan-kawan baru..pelbagai lapisan umur....dan rasanya cikmanggis yang paling veteran disini.....makcikmanggis hehe Cikmanggis ingin memohon maaf jika ada salah dan silap serta terkasar bahasa.- dan tersasar bicara.Cikmanggis ingin berehat dan mengundur diri buat sementara waktu.......tapi pasti kembali lagi....... Jika ada sumur diladang, Boleh kita menumpang mandi, Jika ada umurku panjang , Dapat kita berjumpa lagi. Sayang-sayang buah kepayang, Buah kepayang hendak dimakan, Manusia hanya boleh merancang, Kuasa Allah menentukan.

Monday, June 22, 2009

Hadiah dari anakanda ku yang jauh

Petang tadi semasa ketiadaan cikmanggis di rumah,posmen datang menghantar satu bungkusan yang sungguh istimewa dari anakanda ku yang jauh diperantauan.Nasib baik Atiqa ada kat rumah.Perasaan bercampur baur..terharu.....sebak.......gembira..malu pun ada.....terharu sangat kerana anakanda bersusah payah menghantar barang yang cikmanggis cari-carikan selama ini. Terima kasih banyak-banyak......rasa sebak bila anakanda mengatakan anakanda tak mau apa-apa balasan dari cikmanggis.........semoga Allah membalas kebaikan mu dengan kebaikan yang berlipat kali ganda.....dan persahabatan ini akan kekal sampai keakhir hayat..amin.

Friday, June 19, 2009

Hadiah dari inahar

Terima kasih inahar yang sangat pemurah dengan award ni!...cm suka sangat yang kucing ni...

Wednesday, June 3, 2009

Terima kasih Linda...

Baru ambik award dari rumah Linda..terima kasih banyak-banya!!!!!.eh..eh siapa kat belakang ku itu?..alamak encik Doggie la.... 2. Link / ceritakan siapa yang beri award ini . 3. Setiap blogger mesti menyatakan beberapa fakta/hobi diri sendiri seblm memilih penerima award seterusnya. a. Pastinya memasak,berkebun dan berjogging! b. Mendoakan agar tanah air ku ini sentiasa aman makmur,tak suka keganasan,tak suka perbalahan....seorang yang patriotik! c. Tak boleh tengok gusti...terasa jantung gugur atas lantai!..tak boleh tengok cerita tamil yang bertumbuk-tumbuk tu..bila dengar debus!dus!gedebam-bam tu..rasa cam penumbuk tu jatuh atas muka kita...tak suka keganasan! 4. The Blogger Freindship Award akan diberikan kepada a. datin el b. ika c. CT Delima d. manje e. Inahar Ali f. hana g.Nor Ambik,jangan tak ambik...

Thursday, April 9, 2009

Terima kasih inahar

Hadiah dari "buah hati ku" hehe...terima kasih banyak banyak ya!

Saturday, February 21, 2009

Terima kasih daun keladi

Sehari dua ni agak sibuk,tak boleh lama-lama depan komputer.Macam-macam hal yang perlu diselesaikan.Tak sempat nak ziarah rumah kawan-kawan ....inahar ni seorang yang sangat baik hati!..hehe selalu bagi awards kat akak.Terima kasih daun keladi.akak nak bagi kat ayoh wang dan datin...

Tuesday, February 3, 2009