LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, March 14, 2013

Mieng Kham

Aroy mak mak...Sedapnya rasa tak boleh berhenti mengunyah "sireh" special ni tetapi anak-anak dan suami tak menggemarinya.Tak apa ....sekadar mencuba sesuatu yang baru.Lain kali tukar dengan daun salad sebab dorang tak suka rasa daun kadok...
Akibat kesedapan Mieng Kham ni...hampir botak pokok kaduk ku hehe.....
Bahan-bahannya:(Filling)

Cili padi-potong kecik.
Kacang tanah-goreng tanpa minyak.
Isi kelapa (warna merah dan putih tu ada  jual dikedai)
Halia muda-potong kecik.
Limau kasturi-potong kecik-dengan kulitnya.
Bawang merah-cincang (Cm guna bawang besar)
Udang kering-goreng tanpa minyak.
\
Bahan-bahan untuk Sos:

1 tbsp serbuk belacan.
2 inci lengkuas-hiris nipis dan goreng tanpa minyak.
2 inci halia-hiris nipis dan goreng tanpa minyak.
1/3 cawan kelapa-goreng tanpa minyak hingga perang.
2 tbsp udang kering-goreng tanpa minyak.
5 ulas bawang merah-kupas dan potong kasar dan goreng tanpa minyak.
1/2 ketul gula melaka.

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan kedalam food processor dan kisar hingga sebati.Masukkan kedalam periuk dengan sedikit air dan masak hingga pekat.

Cara-cara menghidang:

Ambil sehelai daun kaduk.Masukkan baha-bahan fillingnya dan last sekali letak sos.Balut kemas-kemas dan sedia untuk di makan.Balutannya seakan-akan nak balut sireh pinang gitu :)..Selamat mencuba.

28 comments:

  1. Nampak sedap...tp yus pon lom ade kekuatan nk kunyah daun tu...serammmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula Yus...mula-mula tak berani tapi setelah dicuba,hmm sedap :)..cubalah Yus.

      Delete
  2. saya suka ini tapi budak-budak di rumah tak minat, nampaknya awak cuma belanja i makan lar, hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe boleh..boleh..ya la..anak-anak dan suami tak suka.Katanya rasa terlalu esotik :)

      Delete
  3. salam cm...
    ya Allah kak... kalaulah dekat dah saya mengecek mieng kam ni kak.. dah lama teringin nak rasa.. nak buat tak terbuat sbb ketidakcukupan bahan2nya tu.. mak sy pernah buat masa adik ipar mengidam nak mkn.. tp masa tu sy tak kebetulan balk kg.. jd tak dptlah merasa... owhh.. ada ye kelapa kering tu kat kedai bakeri.. senanglah kalau nk buat.. daun kadok pun ada byk tumbuh melata kat tepi2 pagar berhampiran sekolah agama anak... boleh kot ambil sikit sebab tak bertuan.. hehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah buat Madiha.Sebenarnya bila google resipinya ada macam-macam versi.ada yang letak sos ikan dam sosnya tapi akak tak suka baunya yang kuat.

      Ada juga orang letak bunga kantan dan kerisik untuk fillingnya.Kita buat mengikut selera masing-masing.

      Delete
  4. salam cm,
    bhn2nya ok...nmpk sedap...tp nak kunyah daun kaduk tu.....huhuhu....mmg x kan la...x de keberanian lagi....:-) klau sy kena mkn ngan daun salad kut...bru bole msuk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ramai yang tak punya kekuatan nak kunyah daun kaduk tu..samalah kita tetapi bila dah cuba sekali tak mau berhenti mengunyah.

      Delete
  5. daun kadok sungguh berkilat macam daun sireh... kurius juga nak tau rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. che mid...rasanya hmmm..pedas...manis..lemak..masin..susahlah nak cakap cuba Che Mid try sekali :)

      Delete
  6. Pernah makan ni raya tahun lepas memang tak boleh berhenti di buatnya...tapi sosnya masa tu anak sedara bawa...boleh gak cuba ni...kat hotel mahal harganya ni...sebagai appetizer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya khabarnya memang mahal kat hotel tapi jika buat sendiri sungguh murah dan puas memakannya.

      Delete
  7. salam makcik,
    apa kabar? semoga sehat selalu ya :)

    aku baru tau ada sirih mieng kham. sedap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Dee..ini bukan sireh yang dimakan dengan pinang tu ya..ini daun kaduk namanya.Tak tahu apa panggilan di Indonesia.

      Delete
  8. Salam cm...saya belum pernah rasa.Teringat arwah opah saya suka makan sireh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm zai..hehe kita pun teringat arwah tok sedara yang kuat makan sireh pinang..siap bergobek lagi tu .

      Delete
  9. Assalamualaikum kak hee lama dah sangat megidam mieng kham ni..daun kadut ada jumpa kat pasar tani serdang tp lupa nak beli ingat nnt nak g sana lg...kecur pipi dah ni...negok sambal manis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..eh pasar tani Serdang kat bahagian mana dan hari apa?teringin nak pi.

      Delete
  10. hi kak cm, pernah dengar mieng kham tapi tak pernah makan. daun kaduk pun tak pernah makan..ada rasa kah daun kaduk itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai lena..sebenarnya daun kaduk ni ada rasa sedikit pedas..sedikit saja tau dan baunya agak kuat bila kita mengunyahnya..ada seakan-akan bau daun cekur...

      Delete
  11. nmpk je pn da mcm bselere tgok..tp nk buat tu..ehehe ce poskan siket.. :P

    ReplyDelete
  12. sedapnyor colek kadok..feberet ni..biasa mkn kalau balik ban buketta,umah nenek..

    ReplyDelete