LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, March 22, 2013

Nasi Lemak Halba Dengan Ikan Selar Kuning Goreng.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tetiba teringin nak makan nasi lemak halba yang pernah Cm makan di Taman Air Biru Pasir Gudang semasa kami sekeluarga menetap disana dulu.Segar dalam ingatan.Bila ingatan kembali kesana ...terkenang jiran-jiran lama yang tak dapat di jejak lagi kecuali Kak Roy...kami masih berhubung....Jika ustazah Jamilah berasal dari Kelantan,Aida berasal dari ChiangMai Thailand  menetap di Perlis ...Ros Abdullah Dusa dari Negeri sembilan..dan..sekiranya dorang ada singgah di dapur maya Cm ini dapatlah menghubungi Cm...rindu sesangat pada mereka semua.


Istimewanya nasi lemak Taman Air Biru ni kerana nasinya ditanak dengan halba dan hirisan halia,sungguh harum dan dihidangkan dengan  ikan selar kuning goreng.Jadi untuk mengembalikan nostalgia lama semalam Cm masak nasi lemak seperti ini dengan bahan-bahan yang terhad yang  ada dalam peti ais...bukan nak puji la...tapi memang nak puji juga  hahha..memang sedap :) masuk bakul.angkat sendiri hikhik


Resipi untuk sambal sila klik DISINI tetapi Cm lebihkan bawang besar yang dipotong bulat.Tumis bawang besar sehimgga layu baru dimasukkan bahan-bahan kisar..jangan lupa tu ya :)

Bahan-bahan untuk Nasi:

2 cawan beras.
1/2 cawan santan pekat.
2 cawan air.
1 helai daun pandan.
2 hirisan halia.
1 tsp halba.
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:

Tanak nasi seperti biasa.Jumlah air bergantung pada jenis beras yang digunakan.Adjust mengikut keadaan.
Bahan-bahan sampingan.

Timun.
Telur rebus.
Kangkung-celur dengan sedikit garam.
Ikan selar kuning-goreng garing.
Ikan bilis goreng.
Kacang tanah-goreng.

5 comments:

  1. Yus pon cukup suka mkn nasi lemak halba...kalau time buat nasi lemak wajib letak halba...suka halba sgt

    ReplyDelete
  2. dulu ada satu reader juga ajar saya letak halba bila masak nasi lemak, saya kena cuba cepat cepat..ya, saya akan pergi Kelantan minggu depan, hehehe..

    ReplyDelete
  3. ikan selar kuning goreng ni pebret chef... terliur la tgk nasi lemak ni...

    ReplyDelete
  4. wau! nak cuba juga ni..macam senang je nak buat..bahan-bahan pun mudah... try lawat blog saya untuk pemakanan yang sihat. www.crispycrackers.my/blog

    ReplyDelete