LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, October 10, 2010

Sambal simple


Selamat petang.Sedang buat apa tu?soalan standard hehe.Tentu ada diantara kita yang telah  menghadiri upacara akad nikah Angkasawan negara  yang berlangsung di Masjid Besi hari ini.Masjid tu terletak hanya 5 minit dari rumah cm tapi bila lihat kenderaan yang begitu banyak rasanya elok sajalah tunggu depan tv...tapi semasa rancangan nona ditv3 cm tertidur pulak..hmmm tak ada rezeki hehe.

Ok untuk memenuhi permintaan seseorang yang mahukan resepi sambal nasi lemak simple Maka marilah kita lihat betapa ringkasnya bahan-bahan untuk sambal simple ni....simple tapi sedap:)

Bahan-bahannya:
200 gm ikan bilis.
1 labu bawang besar.-potong bulat
15-20 ulas bawang merah.
sedikit belacan
10 tangkai cili kering.
1/2 keping asam gelugur.
Gula melaka secukupnya.
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:
  • Cili kering dibuang biji dan di masak dengan air hingga lembut/kembang-toskan
  • Ikan bilis digoreng hingga garing-toskan.
  • Blend cili kering,bawang merah dan belacan hingga hancur.
  • Dengan menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi tumis  bawang besar hingga layu baru masukkan  bahan-bahan kisar dan masak dengan api yang perlahan..Jika perlu masukkan sedikit air dan masak lagi hingga sambal betul-betul masak.Masukkan gula pasir,gula merah secukupnya.
  • Kemudian masukkan asam keping.Rasakan masin dan manisnya biar betul-betul seimbang.
  • Siap untuk dimakan bersama nasi lemak atau bihun goreng atau untuk tumisan nasi goreng.Selamat mencuba:)

*Sambal simple ni tidak menggunakan bawang putih.Jangan takut untuk mencubanya..Walaupun bahan-bahannya sangat  minima tapi anda pasti jatuh hati padanya..sekali makan pasti nak lagi hehe.
** ikan bilis goreng tadi diketepikan untuk dimakan bersama nasi lemak secara berasingan.

10 comments:

  1. kalau nk sedap lg, masa blend cili kering, masuk sejemput ikan bilis (yg belum goreng)

    ReplyDelete
  2. salam cm...cicah roti pun sedap ni :p~

    ReplyDelete
  3. dah lama tak buat. asyik beliiiii je... :)

    ReplyDelete
  4. salam cik manggis..
    sihat ker?
    wow sedap tuh..Less is More kan?
    sy pon suka yg simple2 nieh..

    ReplyDelete
  5. wah, terliur baca resepi sambal tu...mas pun suka sambal macam tu...sedapnya..

    ReplyDelete
  6. Nuanza..terima kasih.Insyallah lain kali boleh cuba petua ni

    Deliah..btol..cicah ubi kayu rebus pun ok gak:)

    Fa*atip...buat banyak-banyak simpan dalam peti ais bila nak makan panaskan je:)

    Chemp..salam chemp.Apa khabar?

    Mas..sambal sempoi:)

    ReplyDelete
  7. yang penting sedap.. kalau complicated pun tp tak besh, tak besh gakk

    ReplyDelete
  8. Salam.. lagi simple lagi best.. yang penting SODAP ye tak kak.. tgkpun dah tau sdap...

    ReplyDelete
  9. saya sangat suka sambal, thank God I live in Malaysia.

    ReplyDelete