Salam dan selamat malam .Apabila ternampak nasi lemak di blog Tummy tadi hampir meleleh air liur ku hehe.Lama betul tak masak nasi lemak.Jadi petang tadi cm masak nasi lemak versi kukus...hmmm sedap "seghoti"anda harus mencubanya.Nasinya peroi dan biji beras masih tetap cantik ..tidak patah malah setelah di kukus ianya makin panjang....Jom kita lihat bagaimana untuk mengukus nasi lemak ni:)
2 1/2 cawan beras basmathi.
1/2 biji kelapa ambil santan pekat.
2 helai daun pandan
sedikit garam
sedikit potongan halia.
Beras dicuci dan kukus 1/2 masak
Kemudian rendam dengan air selama 2 jam...lagi lama direndam lagi baik.
Setelah direndam saiz beras jadi lebih panjang dan cantik.
Toskan air dan kukus lagi hingga nasi masak sepenuhnya.
Apabila nasi telah masak gaulkan dengan santan pekat Jika mahukan nasi lebih lemak dan lembut boleh tambahkan lagi sukatan santan dan 1/2 cawan air .Bubuhkan sedikit garam.Gaul hingga sebati dan masukkan hirisan halia serta daun pandan.Kukus lagi selama 15-20 minit.Hidangkan dengan sambal ikan bilis,telur rebus,timun dan kacang tanah goreng.Inginkan lebih mewah?.... bolehlah makan bersama rendang ayam atau daging :)..sebagai panduan resepi asalnya sila rujuk DISINI Terima kasih buat Noya dari geng Myresipi.
salam..
ReplyDeletetu dia..cantik nampak
berasnya..naik elok je..
K.CM, mas tompang sarapan kat sini..sedap tengok nasi lemak tu....mas dah try nasi lemak kukus ni, memang lembut dan peroi jer nasi tu...sedapnya..
ReplyDeleteSalam cm...Nasi lemak kukus memang sedap tapi saya tak pernah buat,mungkin lepas ni boleh cuba.
ReplyDeleteZai
mamasya.blogspot.com
wow enaknye..suka mkn nasi kukus ni cepat kenyang :)
ReplyDeletepenah buat sekali. mmg pueh ati sangat! tapi nak mengukusnya tuh alahaiii... kene tunggu rajen bebeno.. hihihi
ReplyDeletesalam cm..btul ckp hana...klu x rajen n sabar klu x,lamer dah dapor terbalik...:))))
ReplyDeleteOooooooooo yummmmy Nasi Lemak kukus!!! Just loved the way U cooked it...Feels so hungry right now..hehe! :D
ReplyDeleteHappy Sunday ya kak! ;)
salam Zul..memang sedap nasi kukus ni tapi agak rumit:)
ReplyDeleteMas..anak anak suka nasi lemak kukus ni:)
Salam Zai..masih belum pulih lagi ke blog Zai?blog cm ni pun ada masalah nak upload gambar.Semoga blog Zai dapat berfungsi seperti biasa.
el..hehe
Hana..hehe kena rajin btol baru boleh buat:)kalu maleh tanak je:)
Deliah..kena sabor:)
Love..hehe
Salam,
ReplyDeleteBoleh tak puan terangkan resepi bahan untuk Nasi Lemak Kukus berasaskan dari 5 kilo beras.
maklum balas dari puan, saya dahulukan dgn terima kasih.
semoga murah rezaki.
5kg beras basmathi.
ReplyDelete1kg santan Sawit Khalis
2 helai daun pandan
sedikit garam
sedikit potongan halia
Akak, kalau 5 kg beras boleh masak sekali semua ke dalam 1 Loyang? Saya nak belajar masak nasi lemak kukus dlm kuantiti yg bnyak, tapi xyakin Dan lebih kepada x tau.please help me!!!!
Delete