LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, August 27, 2014

Lemon Curd

Lemon Curd.

Resipi asal : Allrecipes.com.
                   Azie kitchen.

Bahan-bahannya:

3 biji telur.
3/4 cawan gula pasir.
1/2 cawan fresh lemon juice.
2 tbsp butter.
1 tbsp parutan kulit lemon.

Cara-caranya:


  • Masukkan telur dan gula  ke dalam mangkuk yang tahan panas ,(Cm guna mangkuk Pyrex.).Kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
  • Didihkan  air dalam kuali dan alaskan dengan pelapik seperti kayu atau besi agar mangkuk tidak bersentuh secara langsung dengan kuali.
  • Letakkan mangkuk dalam kuali dan kacau bancuhan telur serta gula tadi dengan whisk sekejap.Kemudian masukkan jus lemon dan parutan kulit lemon.Teruskan mengacau agar adunan tidak berketul-ketul.
  • Kemudian masukkan butter.Sentiasa mengacau sehingga adunan mula pekat.Pastikan adunan tidak mendidih supaya lemon curd yang kita hasilkan cantik,licin dan tidak berketul-ketul.
  • Tadi... Cm masak lebih kurang 15 ke 20 minit.Jangan risau jika kita nampak Lemon Curd yang dimasak tidak cukup pekat sebab apabila sejuk ia akan menjadi  lebih pekat.Insyallah.
  • Biarkan Lemon Curd sejuk baru dimasukkan  kedalam bekas yang sesuai ,tutup dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di gunakan.(Boleh di masak seminggu lebih awal.)
  • Selamat mencuba :)

6 comments:

  1. Aduh, tiba tiba teringin nak makan. Sapu dengan roti pun sedap.

    ReplyDelete
  2. wah best jugak ni buat filling macaron pun ok gak kan

    ReplyDelete
  3. buat inti puff pun sedap ni ganti kastard....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum....salam perkenalan...saya dh folo cikmanggis dkt sini dan instagm

    ReplyDelete
  5. CM, sedap ni! Makan gitu jer pun best hee..hee...

    ReplyDelete
  6. Bestnya thank you sebab sharekan.. nanti boleh try ni.

    Jom singgah blog saya untuk mendapatkan info kecantikan dan kesihatan.Penawar perokok tegar.

    http://dorajimi.blogspot.com/

    ReplyDelete