LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, February 20, 2011

Paste Segera& Jimat Masa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Sejak akhir-akhir ini  rasa tak cukup masa je.Mana nak kemas rumah,nak hantar anak sekolah,nak pi pasar,nak masak ...nak itu dan nak ini......Jadi untuk jimatkan masa dan tenaga buruh yang empat kerat ni Cm mengambil beberapa langkah yang tak berapa nak bijak  pstt puji sikit hehe .Cm siapkan awal awal bahan-bahan @ rempah ratus  yang nak digunakan .
Sebagai contohnya cili kering kat atas ni....Rendam cili kering kemudian rebus sekejap.Toskan air dan kisar hingga hancur.Kemudian masukkan sedikit garam dan masak hingga pekat.Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk.bila nak guna senduk je:)cepat...(Jimat beberapa minit nih)
Selalunya jika masakan melayu bahan bahannya lebih kurang saja.Ubah suai sikit sikit je.Contohnya paste yang Cm buat kat atas ni.Jika nak masak rendang tambahkan daun kunyit,kerisik dan  daun limau purut.Dan jika nak masak asam pedas tambahkan sedikit belacan dan daun kesom.....Jika rasa  nak masak lemak udang pun boleh jugak.Masukkan santan dan daun kunyit fresh ....pi mai pi mai tang tu jugak:)....Jom kita lihat bahan bahannya:

10 biji cili api. (jika tak suka pedas boleh kurangkan)
30 biji cili kering
80 gm halia
80 gm kunyit hidup
80 gm lengkuas.
15 batang serai.-Cm mmg suka serai
4 labu bawang besar.
30 ulas bawang merah.
10 ulas bawang putih
3 keping asam gelugur.
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis.
Cara-caranya:
  • Kisarkan semua bahan -bahan diatas kecuali asam keping hingga lumat
  • Panaskan minyak dan tumiskan hingga wangi.Masukkan garam dan gula serta asam keping.
  • Masak hingga agak pekat atau jika suka boleh masak sehingga kering.(yg kat atas ni Cm termasukkan daun kunyit awal awal)
  • Sejukkan dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan  dalam freezer.
 Bawang putih pun Cm blend banyak-banyak dan simpan dalam freezer.Bila nak masak keluarkan 1/2  jam awal .Insyallah jimat masa dan tidaklah terkejar-kejar......Sekadar ingin berkongsi pengalaman bagi yang tiada pembantu rumah.:)..

9 comments:

  1. Salam CM,
    Bagus idea CM buat paste banyak2 macam ni. Memang cepat sikit nk masak kan...
    Ijan

    ReplyDelete
  2. Kak CM,
    I pun bijak jugak la ni...hihihi...as I pun buat macam kak CM.I'll spend an afternoon mungupas bawang etc and then blend everything and masukkan dalam bekas and freeze.Bila angin lebih rajin datang,i akan tumis some and freeze so that bila nak masak lagi senang dan cepat.Bila nak masak,tak payah terhegeh-hegeh nak mengupas bagai and best of all,within 10 minutes dah boleh makan.

    ReplyDelete
  3. Kak CM

    kita totally agree wat cam ni..esp for working mom...sgtlah harus wat paste in advance..cepat sket nak masak time balik keje :)

    ReplyDelete
  4. Kak CM, eheh..you are a geniuslah,ini memang senang untuk working mum.

    ReplyDelete
  5. Bagus juga idea cm ni,cepat dan mudah.Tapi fridge saya penuh dengan makanan lebihan sampai nak muntah fridge tu dibuatnya.

    ReplyDelete
  6. Idea yang bagus ni. Hari ni saya cuba resepi butter prawn CM semua selera makan tapi saya rasa susu je yang saya terletak kurang sikit atau salah beli susu. Kaya CM tak sempat buat hari ni sebab kusyuk susun home-saved seeds bulan ni, sedar-sedar dah petang. CM sumber inspirasi Masakan! Terung tak lama lagi macam boleh petik je, nanti nak explore masakan untuk terung kat blog CM. Ingat nak goreng sambal.

    ReplyDelete
  7. I pun suka masak paste macam ni and freeze it. I put it in my nasi goreng, mee goreng, sambal ikan bilis etc..

    ReplyDelete
  8. Makcik pun walau tak kerja, buat jugak camni, cuma tak freezekan. Tapi lately, bila jarang masak, cili selalu berkulat....hmmmmm

    ReplyDelete
  9. cili tu tahan lama mana ek...

    ReplyDelete