Puding tembikai ni dah lama buat tapi tak sempat nak letak resepinya kerana kesibukan menjaga Cucu ku Maryam...atas permintaan adik Cm jadi hari ini Cm letak gambar dan resepinya..kira siaran tertunda la ya...
Bahan-bahannya(Sumber rujukan Nieza, Norma , Knor Ganu, )
15 gm agar-agar serbuk.
2 keping roti gardenia.
6 cawan air.
1 1/2 cawan gula.
1/2 tin susu pekat manis
1 cawan susu cair
2 tbsp butter.
1 tsp esen vanilla.
Cincau potong secukupnya.
Pewarna hijau dan merah.
Cara-caranya:
- Masakkan agar agar bersama air dan gula.Masaka hingga gula hancur.
- Sementara itu rendam roti dalam susu cair -carik-carikkan roti tu.Kemudian blend roti tadi dengan susu pekat manis hingga sebati.
- Masukkan kedalam adunan agar agar tadi dak kacau hingga sebati.
- Masukkan butter dan esen vanilla.Masak hingga pekat sedikit.
- Ambil satu cawan adunan agar agar tadi dan warnakan dengan pewarna hijau untuk kulit tembikai.Tuangkan kedalam bekas yang sesuai.Biarkan agak agak keras sedikit.
- Kemudian ambil 3/4 cawan warna asal dan tuang keatas adunan warna hijau dan biar sekejap agak-agak keras seperti lapisan hijau.
- Akhir sekali warnakan adunan selebihnya dengan warna merah dan tuangkan keatas lapisan kedua tadi.Taburkan dengan potongan cincau sebagai biji tembikai.Biar agar-agar sejuk baru masukkan kedalam peti sejuk .Bila telah betul-betul keras bolehlah dihidangkan.
*harap Sensei in the House berpuas hati ya..Cm dah letak resepinya ni....sori ya sb agak comot sikit potongan tembikai ni ....Omatase Shimashita:)
Maaf ya Maryam pun nak tumpang sekaki ni.....sejak rambut dah tak ada ni bukan main kuat tidurnya hehe.
Oishisou Puding CM. Baru habis presentation tergagap-gagap, rasanya mat salleh tu tak berapa faham. Tapi takpe janji settle dan nampak kita tak mengelat walaupun takde suara batuk-batuk. Roti gardenia paling best. Dah pergi macam-macam negara tapi tak pernah jumpa roti sesedap roti gardenia. Wah cepatnya Maryam dah besar....kawaiiii...
ReplyDeleteAssalam CM, alhamdulillah dah sihat yer...kena byk berehat sama tu CM..semoga sihat selalu..
ReplyDeletesedapkan puding tembikai ni...nieza pun suka rasa mcm nk buat lagi jer nanti..suka tgk maryam tido tu...kepala pun dah botak tu.
tomennya cucu akak...baju pun macam bijik tembikai..hehehe....
ReplyDeleteSalam CM...
ReplyDeleteSeronok tgk puding ni sbb emak saya rajin buat sewaktu dia muda2 dulu...
Tak pernah try buat tapi nak juga cuba suatu hari nanti. Kena balik belajar cara dia dulu....
Salam kak CM!!! kita nak pinjam bb yg pakai baju polka dot tuuu hihhi geram betulllllll!!!!!!!!!! haishhhh! mana nak carik bb niiii nak cium2 jerrr!!
ReplyDeletehihih...tembikai yg plg bawah tu paling comel...
ReplyDeletesedapnya puding ni...dah lama tak buat puding
oooo maryam ke tu. ingatkan apam pokaldot haha..
ReplyDeletecm, kita nak pegi je la rumah awak makan puding tembikai tu..
salam kenal ck manggis... wah... kur semangat dak Maryam tu ye... sedondon lak dengan puding tembikai nya... :)
ReplyDeleteAssallamualaikum CM..
ReplyDeletesibuk jaga cucu ye.. Harap dh beransur pulih ye badan yg tak sihat tu. Cantik puding tembikai tu. Naz jugak yg tak sampai seru nk buat lg ..^_^
comenya maryam
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSedapnya Nampak Puding Tembikai Tu...Cantik Berseri2..
OOooooiii, lawa~nyaaaa!!! Pasti saya akan cuba ni. Thanks alot for sharing.
ReplyDeleteKristy
Alhamdulillah cm dah sihat.
ReplyDeleteCuaca panas sedap puding ni,nak masukkan dalam list mencuba hehe...
comei puding dan cucu CM tuu...
ReplyDelete