LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, September 13, 2011

Puding Kasih Bertaut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari tu singgah kat dapur Nor ganu dan sangat tertarik nak buat agar agar Puding Kasih Bertaut.Semasa Rayyan datang berhari raya sabtu lepas Cm cuba buat puding ni tapi tak secantik yang kat dapur Nor tu.Ada masalah sikit masa nak buat Agar agar santan yang pelbagai bentuk tu.Agar agar melekat pada acuan.Jadi tak dapat lah agar agar santan yang cute seperti yang Nor buat tu:(
Lihatlah comot sikit kan....tapi tak apa lain kali kena lebih berhati hati.Sangat sedap jika makan setelah disimpan dalam peti sejuk...sejuk tekak semasa menelannya :)..Nor akak minta Izin nak C & P resepinya ya:)..terima kasih Nor...   Minta dihalalkan ya:)


Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)


Cara-cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.




Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise
2 helai daun pandan (disimpulkan)


Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

24 comments:

  1. puding kasih bertaut nie mmg dah lama teringin nak buat... tp smpi skg x terbuat2 gak... huhuu... cantik puding tu... bila ler nak rajin buat nie...

    ReplyDelete
  2. salam Kak..
    dengar nama puding ni
    saja dah membangkitkan
    selera saya..yum yum..

    ReplyDelete
  3. weila.. memang bertaut kasih kita lepas ni kihkih..
    cikmanggis, ekau tak penah datang dapur kakpah kan? Mehlah sekali sekala. Sambil minum kopi sambil makan-makan..

    ReplyDelete
  4. salam k.CM.. comel dah tu.. ada lap u lap me lagi hehe

    ReplyDelete
  5. Salam selamat Hari Raya CM wah sini pun dah ada puding kasih betaut yeee kita bila lah nak mula but ni...npk cantik siap ada love u lg tu heheheh

    ReplyDelete
  6. Salam CM mmm memang bertautlah..syanteq2 n syedap jek tgk tu mkn time sejuk nyamannyer kat tekak.. lagi bertaut kalau dapat rase.. nnggeeee...

    ReplyDelete
  7. bertaut-taut kasih sayang anak beranak kalo makan puding ni... bilalah saya nk buat???

    ReplyDelete
  8. elok dimakan seisi keluarga ni kak..biar kassih sentiasa bertaut..

    ReplyDelete
  9. Bukan saja sedap ditekak tapi sedap mata memandang hehehe...

    ReplyDelete
  10. whoaa...salam kenal kak CM..mana2 nampak puding kasih bertaut nih..hehe..sedap kan pudding nih?

    ReplyDelete
  11. cantik je sy tengok CM...
    sy yg belum buat2 lg puding ni...

    ReplyDelete
  12. Pertama kali dengar nama puding ni. Lama tak jenguk khabar CM.

    ReplyDelete
  13. Diana @ Melley Mey..nanti bila angin rajin datang boleh lah Diana buat.Bila dah buat tu rasa tak lah susah sangat.:)

    ReplyDelete
  14. zulkbo...wslm..hehe bila makan puding ni mudah mudahan kasih sayang kami sekeluarga bertaut dengan erat :)

    ReplyDelete
  15. ibundo..kak pah Cm dah follow dapur kak pah..banyak resepi yang menarik dan yang paling bestnya gambar gambar nya sangat cantik:)

    ReplyDelete
  16. k.Nor..makasih Nor sb izin aka c dan P resepinya.Masa buat n3 puding ni mmg tak larat nak type..badan tak berapa sihat.Selsema asyik dok gosok hidung je:(

    ReplyDelete
  17. Sheila Shafeareen...selamat hari raya..lap u to menyebabkan kasih bertaut ahakss:)

    ReplyDelete
  18. HALAMANKU..lepas makan puding ni mmg kasih betaut..sebab kekenyangan hehe

    ReplyDelete
  19. Zaitun..salam Zai..hehe Insyallah:)..makasih.

    ReplyDelete
  20. ninazsyafinaz..terima kasih nina selamat berkenalan.

    ReplyDelete
  21. MaDiHaA a.k.a Ratna..makasih madiha..dah ramai kawan kawan kita yang dah buat:)

    ReplyDelete
  22. Malay-Kadazan girl ..nama puding yg glemer :)..dah sihat?

    ReplyDelete