LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, September 12, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR Pada Anak anak Semua:)...Kuah Kacang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Besok bermulalah peperiksaan UPSR untuk anak anak yang berada dalam tahun enam,termasuk lah anak bongsu Cm.Semoga memperolehi ketenangan untuk menjawab semua  soalan dan mendapat keputusan yang cemerlang nanti.Insyallah.Good Luck untuk anak anak semua:)..Gambatte Kudasai!!!

"Mama ...Along beli jam untuk periksa UPSR..." anak bongsu Cm beritahu Cm beberapa hari yang lepas.Nampak sungguh seronok dan gembira dengan pemberian dari Along tu..siang malam pakai jam  kecuali mandi....sekejap sekejap tengok jam nak tahu pukul berapa........

Petang tadi Angah talipon tanya adik bongsunya nak makan apa...nak belanja makan sebab esok nak exam UPSR.....Siadik kata nak Nandos.....Alhamdulillah lega bila anak anak  menyayangi antara satu sama lain.Itulah doa Cm setiap kali selepas solat..semoga anak anak Cm sayang menyayangi antara mereka.Cm berdoa pada Allah agar Cm menjadi seorang ibu yang dapat menjadi dahan untuk anak anak berpaut....Jika memarahi anak anak tu marah dengan penuh kasih sayang...marah yang bukan dendam.....marah untuk mendidik....dan yang penting sekali  doa Cm agar Cm jadi seorang ibu yang pemaaf terhadap anak anak......Semoga anak anak ku selamat di dunia dan di akhirat nanti...amin.

Okay lah...Ni nak cerita bab kuah kacang untuk nasi himpit.Resepi ni Cm ambik dari resepi Bonda Cm.Sejak dari kecik hingga sekarang inilah resepi yang mak cm masak setiap kali raya.Bahan-bahannya tak banyak tapi rasanya inilah sambal yang "terbaik" setakat ini:)
Bahan-bahannya:

1/2 kg kacang tanah -goreng tanpa minyak dan buang kulitnya.-kisar kasar kasar.
1 biji kelapa-perah santannya.
8 biji cili kering-rebus sekejap dan toskan.
2 ulas bawang putih.
10 ulas bawang merah.
1 batang serai-ketuk.
1 inci halia
100 gm gula melaka.
Gula dan garam secukup rasa.
1 keping asam gelugur.
Sedikit minyak untuk menumis.
Cara-caranya:

  • Kisar bawang putih,bawang merah,halia dan cili kering hingga hancur.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan bahan kisar hingga naik baunya.
  • Masukkan santan dan masak hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan gula melaka,garam,gula pasir,serai dan asam keping.
  • Biarkan kuah mendidih sekejap.
  • Akhir sekali baru masukkan kacang tanah dan masak lagi hingga mendidih dan naik minyak.
  • Seimbangkan rasa masin,masam dan manis.Cm suka kuah kacang yang manis.
Kuah kacang ni sedap dimakan bersama nasi himpit atau pun cucur udang.

16 comments:

  1. salam kak cm cyg
    semoga anak bongsu kak cm mendapat kejayaan yg cemerlang... syahdunya bila baca keperihatinan kak long dan kak ngah pada adik suuu...anak ilah spm tahun ni no 3...

    ReplyDelete
  2. Salam cm...semoga anak bongsu cm berjaya dalam UPSR dengan mendapat 5A.

    Ibu memang mengharap yang terbaik untuk anak2 semoga anak2 cm dilindungi oleh Allah swt.

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum CM..
    Semoga semua anak2 yang menduduki UPSR akan mudah menghadapinya..Insyallah..
    Kak, Naz suka kuah kacang..sedap makan dgn nasi impit..

    ReplyDelete
  4. CM, begitu cepatnya masa dah berlalu ya! Pasti anak lelaki CM miss sangat masakan mama. Air liur saya sudahpun meleleh ~~ ler! :P Slurp.
    And also wishing your youngest son the best of luck.
    Kristy

    ReplyDelete
  5. semoga si adik turut cemerlang seperti kakak-abang nya!

    ReplyDelete
  6. Salam CM,
    Semoga paksu dapat jawab peperiksaan upsr dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang insyaAllah... :)

    Teringin makan satey dengan kuah kacang CM ni. kalau ada masa nanti nak cuba buat :)

    Ijan

    ReplyDelete
  7. hi cm, lena mesti simpan resepi kuah kacang ini..useful in the future kalau nak masak daging apa apa. Lena dengar cerita anak2 cm pun seronok saja, think they are really close, ya? you take care, cm!

    ReplyDelete
  8. Salam CM,
    Doa seorng ibu itu sering di makbulkan Allah...
    Tengok gambar kuah kcg CM rasa teringinlah pulak ...Nampak sedap!Selamat hari raya CM.

    ReplyDelete
  9. ilahjy..makasih ilah:)itu lah doa ibu setiap kali lepas solat...gembira jika anak anak rapat antara satu sama lain walaupun dah berkahwin..

    Good luck buat anakanda ilah yang akan menduduki SPM tak lama lagi.Semoga segalanya sentiasa dipermudahkan oleh Allah Taala.

    ReplyDelete
  10. Zaitun..wslm Zai..amin..amin...kasih ibu hingga ke syurga:)

    ReplyDelete
  11. Naz..wslam..amin..amin..itulah doa Cm semoga anak anak berjaya.Cm doakan pada anak anak diluar sana yang ambik UPSR ..semoga berjaya dengan cemerlang...

    Cm makan kuah kacang ni dengan cucur udang:)sedap

    ReplyDelete
  12. my little space..hai Kristy dear:)..pejam celik..pejam celik..anak anak dah pun dewasa.30 tahun dah usia perkahwinan Cm jadi bayangkan besar mana anak anak Cm hehe....rindu sgt kat anak lelaki Cm tu:(...baru pos bahan bahan masakan untuk zuhri sb semasa naik kapal terbang ari tu hanya 20 kg dibenarkan:(

    Thank you Kristy

    ReplyDelete
  13. eliyaezlinalias...Terima kasih banyak banyak:)

    ReplyDelete
  14. Ijan...salam Ijan..Pak busu ni ada penyakit M hehe..Cm berharap memperolehi result yang bagus agar dapat masuk ke sekolah elok:)

    Buat lah kuah ni..kuah kacang yang tak banyak bahan bahan.Jika seimbangkan rasa masin,manis,lemak dan sedikit pedas mmg sedap:)

    ReplyDelete
  15. lena..tiada apa yang paling mengembirakan hati seorang ibu jika semua anak anak rapat antara mereka..ya..yang bongsu ni sangat rapat dengan kaka kakakny..syukur.

    Bolehlah Lena try resepi ni:)..t.q

    ReplyDelete
  16. Azian..mudah-mudahan Doa para ibu akan dimakbulkanNya..nanati bolehlah buat kuah kacang dan nasi himpit untuk rumah terbuka ya:)

    ReplyDelete