Bahan-bahannya:
300 gm daging batang pinang.
4 ulas bawang merah-mayang halus.
2 ulas bawang putih.-mayang halus.
4 hiris lengkuas.(hiris nipis)
3 hiris halia-mayang halus.
1 keping asam gelugur.
1/2 tbsp ketumbar biji-tumbuk kasar.
Air secukupnya.
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-caranya:
- Daging dicuci bersih dan dihiris nipis.
- Masukkan daging ke dalam periuk tanah.Isikan dengan semua bahan-bahan yang di atas.
- Masak dengan api yang perlahan sehingga daging empuk.Jika perlu tambahkan air sehingga daging betul-betul lembut.
- Rasakan masin,manis dan masam kuahnya.
Sedap dimakan dengan nasi putih dan jangan lupa "gengnya" iaitu budu atau sambal belacan...Singgang daging jugak sedap dimakan jika dibiarkan semalaman.
sedapnya Singgang daging ni Cik Manggis....ni kalau makan nasik dgn sambal belacan/budu/ulam2 plg kurang 2 pinggan nasik ni....hehehehe
ReplyDeletesedap tu kak.. kalau sy.. hirup2 kuahnya tu..
ReplyDeleteMakcikManggis, kalau singgang guna serai acheh ngam tak?
ReplyDeleteJust wondering hehehe... :) terlintas dalam kepala.