Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bila badan kurang sihat selera pun meragam je.Makan tu tak sedap.Makan ni tak mahu.Bila masuk dapur Tummy teringin nak makan daging kambing ni...Bila singgah dapur P3chandan tekak terasa nak makan kari pulak..hai memang mengada-ngada betul orang tua ni kan :)(tahu tak apa)..last sekali Cm masak roti cicah dengan kopi O panas.Alhamdulillah.
Cm nampak resepi Soft Honey Bun ni kat dapur Ijan yang tinggal nun jauh kat negeri omputih..Finland.Resepi asalnya dari dapur Ros Jintan Manis pakar membuat roti yang femes tu:)..hasilnya Alhamdulillah.Anak-anak kata sangat sedap dan sungguh lembut.Resepi ini pastinya akan Cm buat lagi dan lagi:)Bahan-bahannya:
250 gm tepung roti
1 1/2 sudu teh yis segera.
1/2 sudu teh garam.
2 sudu besar water roux
150 ml susu segar.
1 sudu besar susu tepung.
2 sudu besar butter/shortening
2 sudu besar madu
Water Roux:
25 gram tepung
125 ml air
Bancuh tepung dan air didalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan hingga pekat.Sejukkan dulu baru digunakan.
Cara-caranya:
- Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam Mesin roti dan biarlah diuli hingga siap.
- Keluarkan dari mesin dan uli dengan tangan selama 5 minit.Kemudian bahagikan adunan kepada 14 bahagian.Bulat-bulatkan.
- Aturkan kedalam dulang pembakar yang disapukan dengan sedikit butter.Jarak-jarakkan sedikit agar roti ada ruang untuk mengembang.
- Biarkan doh naik dua kali ganda atau lebih kurang 30-45 minit.
- Panaskan oven 170-180 darjah celcius dan bakar roti hingga perang lebih kurang 20-25 minit.
- Keluarkan roti dari oven dan glis dengan sedikit butter.
- Sejukkan roti diatas rak besi.Kemudian simpan dalam bekas yang tertutup untuk mengekalkan kelembutanya.(Pstt..tak sempat nak simpan pun)
salam ziarah cik manggis...begitu gebu roti itew.....dah lama nuni x meroti ni...
ReplyDeletenuwairani ismail..terima ksih sudi singgah..ya..mmg gebu.cm pun pertama kali cuba resepi ni:)
ReplyDeletec.manggis..gebunya roti tu, boleh ke sy buat cantik camtu..
ReplyDeletesyimama..Insyallah boleh..cuba lah buat guna water roux ni.Tak payah pakai telur pun lembut.
ReplyDeleteMashaAllah. Such great loking bun, cicah milo mesti best..kuikuikui~ teringat zmn kecik2 dlu kala..
ReplyDeletewaaa... gebunya roti akak. resepi roti kak ros JM mmg semua sedap n gebu. tun pun suka..
ReplyDeleteps: kak ros JM join digiaward, tun br je gi vote =)
cm..tengok roti yang berkedut2 tu mas dah tahu lembutnya soft honey bun tu....
ReplyDeletegebunya tengok.....
mas pun dah try resepi bun ni..
memang sangat best..
cicah ngan kopi memang best kan..
in fact, this look really soft and fresh, nice with a cup of coffee, YUM!
ReplyDelete