LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, May 19, 2011

Udang Cencalok

Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera.



Makcikmanggis  dah siap masak untuk makan tengahari:)..fuh..lega !Semasa singgah ke blog Yatie pagi tadi ternampak Ayam Cencalok yang beliau masak..hmmm dapat bayangkan bagaimana bau ayam yang dicampurkan dengan cencalok,serai,daun limau purut dan rencah-rencah yang lain lain tu...Kita dapat bayangkan keenakan sesuatu masakan tu dengan melihat  bahan-bahannya....ada pedas..ada manis..ada masam dan masin....Sedapnya!!

Cm nak ubah sikit bahan utamanya tu..tak mau ayam tapi nak masak udang pulak hari ini.Kebetulan ada 3 papan petai kat dapur tu.bahan-bahan lainnya semua dah ada, jadi Jom kita lihat bahan-bahannya.....

Bahan-bahannya:

400 gm udang -buang kulit tapi biarkan ekornya:)
8 ulas bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
1 inci kunyit hidup-kisar
1/3 cawan cencalok.
2 biji cili masak.-potong bulat
1 biji cili hijau.-potong bulat
2 batang serai-.kisar
gula secukup rasa.
1 biji perahan limau nipis.
2 biji cili api-ketuk(jika suka pedas boleh tambah)
4-5 heali daun limau purut.
3 papan petai-kopek ambil isinya.
2 ulas bawang putih-mayang
4 ulas bawang merah-mayang


Cara-caranya:

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang di mayang hingga garing.ketepikan.
  • Kemudian tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik baunya .Masukkan cencalok dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan udang,petai,daun limau purut,bawang merah &putih yang digoreng tadi dan cili potong serta cili api.Gaul rata.
  • Masukkan jus limau nipis dan gula secukup rasa.seimbangkan rasa masam,manis dan masin .
  • Biarkan mendidih dan kuahnya agak pekat.Hidangkan bersama nasi panas:)
Nota:Sebenarnya Udang cencalok ni sedap jika pedas..lagi pedas lagi sedap.Terima kasih yatie kerana sudi berkongsi resepi yang exotic ni:)

    30 comments:

    1. eh boleh sign mou dgn mama Rock ni hihi..thanks ya belacan hari tu makan sikit sikit..sayang sb susah nak dapat:)

      ReplyDelete
    2. Walaaa... best ni lauk ni, Along dah cuba buat dgn ayam. Campur udang & petai tentu lagi terangkat tp malang nya kita alergi udang.

      ReplyDelete
    3. As'salam CM

      pagi tadi gi blog Yatie ada ayam masak cencalok. dtg sini pulak ada udang cencalok... hihihi. kena belajar makan cencalok lah gayanya lepas2 ni :DD

      ReplyDelete
    4. kak yat...tadi nampak kak yati buat ayam cencalok...
      akak lak buat udang cencalok....menggoda betul

      ReplyDelete
    5. aishhh kalau dah pandai masak tu, ada je menda yang nak dimasak....

      ReplyDelete
    6. kan banyak belacan tu, 5 jongkong, dok jimat-jimat kang expired pulak heheee, maunya 5 tahun baru habis :)

      ReplyDelete
    7. Semua ingredients in this recipe I pun suka, nampak sedan sangat.

      ReplyDelete
    8. Sekarang dah tahu camne nak habiskan cencaluk yg dah berbulan dalam peti ais saya. Terima kasih.

      ReplyDelete
    9. Heheheee... best yer lauk bubuh cencaluk? Bagus jugak ni..Kalau tak, tak tau cencaluk tu nak buat apa selain dimakan dgn cili + asam limau + bawang merah kan..

      ReplyDelete
    10. buh cencaluk? kena cuba ni. tak penah masak guna cencaluk.
      cm, kalau ke bangi bagi tau le. boleh kita lepak2 minum kopi hehe..

      ReplyDelete
    11. Dan dan nak pegi beli cencalok ni..nak try la resipi cikmanggis ni, mesti anak2 kata best giler! Makan ngan nasik panas2..fuuhh terangkat!

      ReplyDelete
    12. salam rindu cikmanggis..waduh udang ada cencalok ngan petai lagik..mmg ternagkat tu cikmanggis!! terliur dh ni..lapor pewut nih..adoyaai!

      ReplyDelete
    13. salam makcik..dah sihat ke? Kalau boleh dapat cencalok nanti pasti tummy akan cuba :)

      ReplyDelete
    14. woOw.. sedap je nampak.. kena cuba nie :)

      ReplyDelete
    15. Hari ni saya masak resipi CM ni. Hubby tambah nasi 3 kali...hehehe...

      ReplyDelete
    16. Along Roz..memang menambah selera terutama kepada mereka yang suka rasa-rasa exotic gitu..bau cencalok tu..ummpph:)

      ReplyDelete
    17. CT.Delima..dulu-dulu Cm hanya pandai makan budu je:) tetapi sejak merantau keseluruh pelusuk malaysia ni semua benda Cm makan asalkan halal..belacan..tempoyak dan ikan pekasam serta cencalok semuanya boleh..Malaysia boleh hehe

      ReplyDelete
    18. Mas..eh Mas salah masuk dapur ke hihi

      ReplyDelete
    19. NenekPenne..hehe kaki makan:)bukan pandai masak pun.

      ReplyDelete
    20. MamaRocks...hehe tamakla pulak Mek!!

      ReplyDelete
    21. Malay Kadazan girl...tak apa cencalok boleh simpan lama..rasanya tak ada tarikh luput..selagi boleh makan ..makan je:)

      ReplyDelete
    22. Naz..makan dengan cili-asam dan bawang pun sedap:)

      ReplyDelete
    23. kakPah..Cuba lah kakPah..nanti jika sampai seru Cm akan seru kakpah dan kita buat date kat kopitiam bangi tu ya hehe

      ReplyDelete
    24. p3chandan..hehe jika tak ada selera elok benarlah resepi ni tapi jika nak diet baik toksah ..nanti makan nasi bertambah tambah:)

      ReplyDelete
    25. inahar..kerja ke malam ni?nampak gayanya tapau je kat kedai almaju tu hehe

      ReplyDelete
    26. Tummy..terima kasih Tummy sebab tanya khabar.Alhamdulillah ..ok dah..eh Tummy pandai makan cencalok ke?

      ReplyDelete
    27. Malay-kadazan-Girl..hehe ..Alhamdulillah agaknya sesuai dengan selera hubby diana tu..orang pantai timur agaknya:)

      ReplyDelete