LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, February 19, 2014

Sup Sayur Timun Tua

Sup Timun Tua.

Bahan-bahannya:

1 biji timun tua-belah 4 dan buang bijinya & potong kecil.
4 ulas bawang pitih-ketuk.
70 gm daging-potong kecil.
Sedikit sos tiram.
Sedikit lada sulah.
Sedikit minyak jagung.

Cara-caranya:


  • Panaskan sedikit minyak jagung.Tumis bawang putih sehingga wangi.
  • Masukkan daging.Kacau rata.Tuang kan air secukupnya.Biarkan mendidih dan daging lembut.
  • Masukkan timun,sos tiram serta serbuk lada sulah.Biarkan mendidih sekejap.Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Nasi Beras Perang.

Dalam keadaan cuaca panas sekarang ,makanan bersup menjadi pilihan kami sekeluarga.Sup sayur timun tua ini menjadi kegemaran dan saya akan menyediakan 2 atau tiga kali  seminggu.

9 comments:

  1. betul tu.. timun boleh menyejukkan badan.. boleh di jadikan idea gak nak wat menu dinner nanti.. kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu menu yang berkhasiat ni jas .

      Delete
  2. PH nampak jer mangkuk yang penuh dengan nasi tu, alahai.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ph .i makan tak ingat donia..pastu alamak..nyesal hehe

      Delete
  3. rindunya nak mkn sayur timun tua tu kak nah. jarang nampak terjual.. atau mgkin juga sbb sy jarang ke pasar besar atau pasar mlm kot... dulu masa ayah berkebun.. waktu petik timun tua utk tujuan simpan benih sampai tak termakan dibuatnya... selalunya ma sedekah je kat jiran2... skrg lama tak jumpa jadi rindu pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. madiha..dulu arwah ayah kakNah pun suka tanam timun tapi agaknya orang Kelantan tak reti makan timun tua jadi terbuang je selain dari buat benih.
      Kaknah belajar dari Mak mertua.chinese suka makan sayur ni.tapi mil tak tumis.Masuk semua bahan-bahannya dan rebus hingga masak.

      Delete
  4. Kak Nah, this is my fav soup. Balik saja dah buat soup ni. Kat US tak dapat timun tua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah Gert macam kakNah ni suka sangat sayur Timun Tua ni.Tak pernah jemu.harap Gert dapat makan sepuas puasnya sebelum kembali ke Us nanti :)

      Delete
  5. Bagus kasi sejuk badan ni.
    Mmmm...nak kena pasar juga ni cari daging pinang.

    ReplyDelete