Semalam Cm janji nak melawat dapur kawan-kawan tetapi selepas solat isyak Cm terus "pengsan" hingga ke subuh.Masyallah betapa nikmatnya dapat tidur dengan lena.Sudah lama Cm mengalami masalah tidur yang tidak sempurna sehingga si Adik cakap mata Cm ni dah jadi mata panda.....Walau macamana sekali pun Cm memandang masalah ini secara positif.Mungkin Allah nak mengingatkan Cm agar lebih melakukan ibadat solat malam.....atau amalan ibadah yang lain......Insyallah.....Semoga diberikanNya kesihatan yang baik dan berpanjangan.....
Ok ....jom lihat resipi simple dari dapur Cm.Seorang teman fb nakkan resipinya.......
Bahan-bahannya:
4 biji kentang -kupas &potong kecil dan goreng hingga perang.
1 cawan bawang goreng.
1 tangkai daun ketumbar.-hiris nipis.
2 tsp serbuk rempah sup atau kurma atau pun kuzi.
200 gm daging.
Sedikit serbuk lada putih.
Garam dan gula secukup rasa.
1 biji telur untuk salut.
Minyak untuk menggoreng.
- Kisar daging hingga hancur .Cm guna food processor.
- Masukkan kentang,garam,gula dan bawang goreng.Kisar hingga hancur.
- Keluarkan dan masukkan hirisan daun ketumbar.Gaul hingga rata.
- Bentukkan adunan menjadi bebola kecil.
- Celup kedalam telur dan goreng hingga perang.
- Siap.....sedap dimakan dengan nasi atau dimakan begitu saja.
Terima kasih Ilhan kerana bawa banyak pokok benih untuk TokNah :)..opps kat belakang tu Abby sedang tidur.
salam kak..
ReplyDeletemak & adik sy yg no. 3 pun ada masalah tidor atau insomnia ni kak... kdg kesian juga sbb mereka tak dpt nak tidor spt org lain... sampai dah dengar ayam berkokok pun masih tak boleh nak lelapkan mata.. harap kesihatan kak CM tak terganggu dgn masalah tidor tu ye...
sedap nampak kak pergedil tu.. sy baru perasan malay kadazan girl ada blog kebun bahagia bersama tu... mmg seronok tgk blognya tu...
sedapnyer tgk pengedil tu...terliur rasa da lama tk mkn pengedil
ReplyDeleteSalam cm...dulu saya pun punya masaalah susah tidur tapi sekarang dah berkurangan.
ReplyDeleteSedapnya... saya suka sangat pergedil.
Cutenye tukang kebun..... Hee..hee...Best lah bergedil ni. Dah lama PH tak pekena bergedil. PH pun sejak 1 tahun kebelakangan ada masalah insomnia. Baring je mate still kelip-kelip tak boleh lelap. Bila terlelap, it's time to wake up. Susah....
ReplyDeleteCM.. wah Diana datang bertandang ya.. resipi ni insyaallah jadi rujukan.. selalu lupa apa rempahnya..
ReplyDeleteSedap Ilhan ratah masa on the way balik, penat bermain masuk kereta terus lapar.
ReplyDeleteDiana belum pernah cuba letak serbuk dulu, nanti nak try wangi baunya.
Terima kasih terima kami jemput di rumah.
Yus yang komen di atas kawan Diana kami sama-sama menimba ilmu di Jepun dulu, asal senegeri dengan CM.
As salam. Cantiknya gambar ni. Cili pun merah menyala. Teringin lah pulak nak makan begedil.
ReplyDeleteadeideiiii.... begedil daging! kalau dah namanya begedil memang kita pulun habis... sodap!!!
ReplyDelete