LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, April 24, 2012

Ayam Gamat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sahabat.

Minggu lepas Pn.Neo datang melawat Cm apabila beliau dapat tahu yang  Cm kurang sihat.Seperti biasa,beliau tidak akan datang dengan tangan kosong......mesti ada buah tangan,Kami berkawan hampir 31 tahun lamanya terasa akrab lebih dari adik beradik sendiri.Semasa Cm dalam pantang bersalinkan Mummy Maryam 27 tahun yang lalu beliau lah yang menjaga Cm .....Semoga Allah membalas kebaikan Pn Neo dengan pahala yang berlipat kali ganda..kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,....

Pisang emas dibawa belayar.
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar.
Hutang budi dibawa mati.


Gamat.

Pn.Neo membawa 2 keping paha ayam kampung dan 15 ekor gamat.Katanya gamat adalah kiriman dari anak perempuannya A untuk Cm.Terima kasih A...terharu sekali kerana "ingat" pada Cm.A seorang gadis yang sungguh cantik:).....katanya gamat baik untuk mengubati sakit lutut Cm ni.

Inilah rupa gamat kering,Pertama kali melihatnya rasa "ngeri" nak makan,Terbayangkan macam-macam tetapi mengenangkan ianya "ubat" maka kena gagahi juga:)


Untuk membersihkan gamat kering ini agak rumit juga tetapi Pn Neo telah  tunjukkan cara-caranya,


  • Rebus sekejap,
  • Apabila  airnya  hampir mendidih, padamkan api,
  • Angkat dan biarkan ianya sejuk,
  • Kemudian simpan didalam peti sejuk selama satu malam.


.Belah perutnya dan buangkan segala isi perutnya,Jika gamat masih keras,rendam lagi dengan air dan simpan didalam peti sejuk,Keluarkan dan cuci sehingga betul-betul bersih dan lembut seperti foto diatas.


Bahan-bahannya:





5 ekor gamat-dipotong dua,
1 ketul kecil halia-mayang halus,
3 ulas bawang putih-dipotong nipis.
4 ulas bawang merah-hiris nipis,
1 dahan daun ketumbur-dikerat-kerat,
4 ketul kecil isi ayam-potong kiub(Terpulang pada selera masing-masing)
Sedikit sos tiram,
sedikit minyak bijan.
Sedikit kicap pekat,
Sedikit kicap manis.
Sedikit serbuk lada hitam.






Cara-caranya:



  • Panaskan sedikit minyak jagung,
  • Tumis bahan-bahan yang dihiris hingga naik baunya,
  • Masukkan ayam dan gamat,Tumis 1/2 masak.
  • Masukkan sedikit air,sos tiram,kicap manis,kicap cair,serbuk lada hitam dan minyak bijan,
  • Masak sehingga ayam empuk,Jika sukakan kuahnya lebih boleh tambahkan sedikit air,
  • Akhir sekali masukkan keratan daun ketumbar,kacau rata.Siap untuk dihidangkan,




9 comments:

  1. Assalam CM, tak sihat ye? Bawa berehat dan jgn bnyk buat kerja2 lasak. Umur makin meningkat ni, mcm2 penyakit kita kan?
    Kalau CM sakit lutut, akak tengok gamat tu 'gigil' lutut dan jari ni. Apatah lagi kalau kena makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cm....rasanya rela sakit dari makan gamat tu hihihi...

      Delete
  2. did not know you not feeling well, i hope you can get well soon..ya, you should eat more sea cucumbers, good for you.

    ReplyDelete
  3. salam cm
    semoga diberi kesihatan yg baik..berzirah dan salam kenal dr sy yer sy x pernah nampak gamat..nie la pestime ..tq sudi sahare..:)

    ReplyDelete
  4. Salam makcik, semoga cepat sihat ya, bagus gamat ni kan, tp kalau kena mkn mcm tu kita tak leh makan kalau dah dibuat ubat kita boleh makan :D begitu juga dgn ikan haruan :D sanggup telan polleney yg bau mcm longkang tu dr kena makan daging2 ikan haruan ehehehe... ooo.. rasa kuih dangai tu ala2 sagun jugak tp dia liat2 sikit sbb guna tepung pulut, kalau suke garing2 boleh buat garing2 panjangkan tempoh bakar, pastu kalau nak lembap2 sikit tekak jgn padat2 sgt,pastu buat tebal sikit :-) itu ajer yg kita boleh xplain kan hihihi..

    ReplyDelete
  5. Salam akak...semoga cepat sembuh yer... jangan takut makan ubat...kang kena cocok montot... hehehe....

    minum air gamat la kak, tak sdap tp mujarab !! ataupun pati ikan haruan+gingseng.. elok utk kesihatan

    ReplyDelete
  6. assalam CM, tak sihat ke? harap cepat baik yer. saya pun 1st time tgk gamat tu...kalau memang bagus utk merawat bagus la makan tu kan.

    ReplyDelete
  7. Diana tak pernah lagi makan gamat.CM gamat tu dalam english ' timun laut'. Ingat sayur. Hopefully cepat sembuh.

    ReplyDelete
  8. Salam CM, saya baru dapat petua daripada tukang urut, kalau sakit lutut, tuam belakang lutut (di pelipatan) dengan hot water bottle atau pasir yang disangai dan diisi dalam punjut kain. Semoga dapat membantu!

    ReplyDelete