Salam dan selamat sejahtera.Setelah penat mengemas dan mendobi maka badan pun teramat penat.Tak habis habis mengemas...jadi hari ni sekali lagi dapur tak berasap.Suami Cm cakap tak payah lah masak hari ni kita makan kat luar....ok lah best juga sekali sekala makan kat luar hehe.
Sebenarnya selain menunggu kepulangan Atiqa dan suaminya pada hari selasa ni ,kami akan mengadakan majlis kenduri kecil kecilan kerana pertunangan Angah pada hari sabtu depan.Itulah sebabnya sibuk mengemas apa yang patut di dalam dan diluar rumah.Persiapan seadanya.Barang barang hantaran semuanya akan diuruskan sendiri oleh Angah.Jika kesuntukan masa katanya nak tempah je dengan Butik Puteris.Semasa majlis kahwin atiqa tempohari Cm guna khidmat Butik Puteris.Alhamdulillah sangat berpuas hati.
Ok lah nak cerita pasal makan pulak ni.Dah beberapa hari Along sibuk dok "promote' makanan laut yang sedap kat Bagan Lalang.Jadi petang tadi kami berempat bertolak dari Putrajaya ke Bagan Lalang kira kira jam 4 pm.Singgah solat asar di masjid pekan Sepang sebelum meneruskan ke tempat makan di Bagan Lalang.Ini lah antara makanan yang kami pesan.Menu dua jenis sayur sayuran tak sempat nak ambil gambarnya.
Ikan Pari bakar.
sos untuk ikan bakar.
Sotong goreng tepung.
Kepah & Mentaram Sweet and sour.
Komen:Makanannya sedap dan harga pun berpatutan tapi banyak lalat:( jika nak bagi markah hanya 60 markah je ...tolak markah sebab lalat..
sedappnya menu...tapi klu ada lalat memang potong selera sikit kan....
ReplyDeleteMas...salam mas..ya la kacau daun betul la:(jika ada lalat mmg potong selera tapi tadi kan..licin kihkih
ReplyDeletesalam makcik,
ReplyDeletewoo seronoknya makan seafood tepi pantai tu.. sambil lihat pemandangan indah ya.. hehe
deetha H..salam deetha...apa khabar?nanti bila datang ke Msia boleh lah kita makan makan di tepi pantai ya:)
ReplyDeletesalam cm..wow meriahlah rumah cm kerana yg jauh dah pulang n akan dapat menantu pula,kakyam bilalah yg jauh akan pulang,rindu juga..
ReplyDeletekakyam kalau kekl mesti gi makan dipantai bagan lalang..direstoran yg kami pergi tu memang sedap masakannya..
Salam CM,
ReplyDeleteCM apa khabar? sibuk2 mengemas pun harap2 CM sihat2 ye. Anak menantu nak balik tu mesti suke kan..pastu nak dapat meanntu baru lagi.wah tak sabar nk tengok gambar ni :)
Ijan
salam CM, wah bestnyer dpt jln2 mkn kat luar kan...rindu lak saya nk mkn kat luar mcm kat Msia tu...hehehe btw tahniah dh nak dpt menantu tu...:)
ReplyDeletetahniah kak krn bakal mendpt menatu ke 2.. tak lama lagi ilah pula kot..heheee kak long baru tahun akhir tanun ni..jgn berangan laa..masuk 22thn kalu mama dia 22 thn dah kawen hehehe gatalnyeee..
ReplyDeletewaaaa bestnyerrrr.... nape tk ajak darwish skaliii.. darwish pong dh pndai mkn macam2! kikikiki... eh kak.ngah nak tawen er? nnti jemput kami er.. kami da blk dah nnti ms tuh..leh pelok2 opah cayang! hihihi
ReplyDeletesalam mkcik. ni mkn kt kedai mane? sy klu pergi bagan lalang ni suke ke kedai HM SRI BAGAN. ;)
ReplyDeleteBestnya saya ni kaki seafood. Tahniah dapat ahli keluarga baru tak lama lagi, cucu dan menantu baru.
ReplyDeleteSalam CikManggis. Silakan ke blog Along amik award ya.... love ya.
ReplyDelete