Friday, January 14, 2011
Asam Rebus Ikan Tenggiri
Salam dan selamat sejahtera.Pertamanya Cm nak minta maaf pada kawan-kawan yg sudi singgah ke dapur Cm ni sb Cm tak sempat nak buat kunjungan balas kerana kesbukan yang teramat amat sangat.Insyallah selepas habis kerja kerja mengemas dan sesi membuang barang barang lama kat store rumah Cm ni baru lah lega dan dapat buat kunjungan ke blog kawan kawan yang Cm sayangi:)..Hari selasa ni anak dan menantu cm yang kat Uk akan kembali ke malaysia .Mereka akan menetap dan bekerja di malaysia.Jadi sebelum mereka mendapat rumah mereka berdua tinggal bersama sama kami buat sementara waktu.Jadi Cm terpaksa kosongkan satu bilik kat tingkat bawah rumah Cm ni untuk diisi dengan barang barang dan kotak kotak yang akan sampai tak lama lagi.
Rasa excited juga kerana Cm bakal menerima cucu pertama pada pertengahan tahun ni.Akan jadi nenek hehe.Nenek rock giteww:)...ok lah untuk lunch tadi cm masak asam rebus ikan tenggiri.Resepi yang Cm ambil dari bonda Cm kat kampung.Selalunya bila makan asam rebus ikan ni Cm suka bubuh kuah hingga banjir nasi tu..sedap sungguh:)
Inilah bahan bahannya.
Menu yang sangat senang dan lebih sihat jika dibandingkan dengan asam tumis.Blend bawang merah,bawang besar,belacan,kunyit hidup dan lengkuas hingga lumat.Masukkan kedalam periuk dan tuangkan air secukupnya.Didihkan kuah dan masukkan potongan ikan,asam keping,gula dan garam .Masak hingga kuah pekat.Akhir sekali campakkan cili api dan daun kesum kedalam periuk tadi.Didikan sekejap dan siap untuk dihidangkan.
Cm rasa bangga hingga kembang kempis hidung bila mengenangkan selain dari ikan& bawang semua bahan bahan yang Cm guna ni dari kebun kecik Cm hehe.
Selamat mencuba :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam CM,
ReplyDeleteKita dtg cop dulu lauk ini...dah bawa mangkuk kosong ni...hehe lauk cam gini sesuai untuk org sakit tekak mcm nur....cili padi tolak tepi takut meletup pulak mulut kita nanti.
Hmmm untungnya ada kebun sendiri..seronok bercucuk tanam,
amboiiiiiiiii...!!! sedap nampak lauk ni...tergoda tau!! kejam!
ReplyDeleteSudah lama tak makan asam rebus! Saya pula suka masak dengan ikan parang. Syiok-nya! Teringin pula saya nak makan sekarang, mesti tambah nasi!
ReplyDeleteSalam CM,
ReplyDeleteLauk mcm ni mmng kegemaran Yatie sekeluarga...kalau dpt hirup kuahnya....fulamakkkk sedapppp tullll...
beh nyer!!!!! nak plak time demam kannn...
ReplyDeletecepat jek kebah pas hirup kuah nie...
salam CM, saya dtng bawa kerabu nk mkn ngan lauk asam rebus ni....memang gabungan yg mantop ni boleh menambah nasi ni...hehe
ReplyDeleteLalalala....ada orang hatinya berbunga2...anak dan menantu nak balik... terus menetap pula jelesss... nak dapat cucu tak lama lagi.... 2 kali jelesss......
ReplyDeletenak lengkap dah bahan organik CM. Syoklah nnt dpt menimang cucu tak lama lagi. Agaknya kalau saya blk nnt pun mak sibuk kemas barang simpan semua kat tempat cucu tak sampai katanya askar berdua saya tu lasak sangat. Rasa nak tukar tomato saya dengan kunyit CM ;-). Semoga cik abang tangkap ikan besar esok nnt boleh ikut resipi ni.
ReplyDeletesalam kak cm yg manisss jom jempur amek award kat dapo ilah ya kak..hehe amboii masak rebuih asam...sedap hirup kuah ni kalu demam2..
ReplyDeleteNurindah..hehe sedapkan jika hirup kuah banyak banyak...puas:)
ReplyDeleteKebunyang seciput je:)
nuanza..hehe
ReplyDeletekitchen flavours..ya btol ikan parang lagi sedap jika masak asam rebus tapi banyak tulang:(
ReplyDeleteYatie..wassalam..masak rebus rebus ni lebih sihat:)
ReplyDeleteeliyaezlialias..terpeleok nak sebut nama elya ni hehe..kalu deme mmg suka masakan yang camni kan atau takmo makan terus:)
ReplyDeleteNieza..salam Nieza..jap lagi nak singgah kat dapur nieza..ada kat rumah tak?hehe
ReplyDeleteZaitun..salam zai..hehe jangan Jeles:)insyallah nnt anak dan menantu zai akan kembali menetap kat msia insyallah..marilah kita sama sama doakan:)
ReplyDeleteMalay-kadazan girl...kebun yang seciput.Kunyit tak sempat nak besar asyik korek isi dan potong daun nya.kesian:)
ReplyDeletebudak budak yang sedang membesar mmg lasak.jika tak lasak tu tak sah jadi budak hehe.Eh dah dapat ikan besar ke?
ilah..jap jap nnt akak g punggah ya..makasih sis..muaaah
ReplyDelete