Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Seorang teman Cm mengadu yang si polan si polan itu ada mengata atau memfitnah dibelakangnya dan telah sampai ke telinganya.Katanya geram betul apa yang harus dilakukan?Cm termenung dan memikir bagaimana hendak menenangkan hati seorang teman yang sedang panas membuak buak ini.Kena cari jalan bagaimana nak redakan keadaan......nak sejukkan hati yang sedang marah.......
Begini....nak dengar cerita tak?kawan Cm tu hanya mengangguk tawar..agaknya sedang berfikir apa lah ceritanya pulak makcik ni ..aku tengah marah ni ....Begini.. Cm baru baca satu kisah seorang sufi namanya Hassan Al Basri,seorang ulama besar zaman tabii......
Suatu hari seorang muridnya datang memberitahu yang seorang musuh telah mengata dan memfitnah Hassan Al Basri.Apa yang Hassan Al Basri jawab?..."Banyaknya pahala yang aku dapat kerana orang itu memfitnahnya dan bagaimana hendak membalas jasanya yang beri pahala tu?"Lalu Hassan AlBasri mengambil sebakul buah-buahan dan menyuruh muridnya menyampaikan kepada musuhnya itu.Tentu musuhnya itu amat terperanjat. Kata murid Hassan Al Basri "Tuan saya mengucapkan terima kasih banyak -banyak kerana dapat pahala yang banyak jadi buah ini sebagai balasannya"
Moral pada cerita ini adalah kita kena banyak-banyak bersabar.Orang yang sabar mendapat pahala yang berlipat ganda.Jangan kita umpat balik kerana pastinya kita akan dapat dosa pulak :)..hmmm orang seperti Hassan Al Basri ni jika kita baling batu dan baling emas padanya sama saja......Teman Cm ni diam sahaja, tak tahu lah diam kerana akur atau diam kerana malas nak layan Cm hehe.
Jom kita lihat resepi Kuih Peria yang Cm buat petang semalam atas permintaan suami.Inilah salah satu kuih kegemarannya.Kuih Peria ni adik beradik dengan kuih Ang Koo. dan kuih Koci
Bahan-bahannya:
250 gm tepung pulut.
200ml santan pekat.
25 gm minyak masak untuk sapu pada kuih dan daun pisang.
Pewarna merah dan hijau.
Intinya:
250 gm kacang hijau tanpa kulit.
200 gm gula pasir.
50 ml air
secubit garam.
1/2 tbsp tepung pulut.
1 helai daun pandan.
Cara-caranya:
- Rendam kacang hijau semalaman.Kukus hingga masak.kemudian lenyek hingga hancur ketika masih panas.Masukkan kedalam kuali bersama air ,tepung pulut dan gula serta daun pandan.Masak hingga sebati dan kering.bulat-bulatkan.
- Untuk dohnya:Uli tepung pulut dan santan hingga lembut.Bahagikan doh kepada dua bahagian.Satu bahagian diwarnakan merah dan satu lagi warnakan hijau.
- Ambil 15 gm doh dan isikan dengan inti.bentukkan seperti buah peria.Tekan-tekan dengan lidi agar dapat corak buah peria.
- Sapukan doh dengan sedikit minyak dan aturkan atas daun pisang.
- Kukus hingga masak tapi jangan terlebih kukus kerana kuih akan kembang dan tak cantik.
Komen:Sedap:) hampir sama rasanya dengan kuih Ang Koo dan kuih Koci....Terima kasih pada Kak Wan kerana Cm ambil resepi dari blognya.Makasih Kak1:)
wow.. very colorful. Tambah lagi satu warna boleh jadi stop look go hehe.
ReplyDeleteSebenarnya tak penah jumpa dan tak penah makan kue ni. Cm ni macam2 la..
cm, kalau orang kata kita memanglah hati tu berdetik marah tapi nak marah pun tak guna gak kan? Biar dan diam je lebih baik. Bagus citer cm tu..
Kak CM,
ReplyDeleteFirst time I tengok kuih peria ni..very unique kan.The colours are also very nice.Masuk list jugak ni...hehehehe...buatnya entah bila la.
kali pertama tengok kueh peria neh....xpernah jumpa lagi kt kedai...nak tumpang makan kt umah cik manggis bule? hehehe
ReplyDeleteWahhh peria cm merah menyala masak ranum hikk hikk.. mekasih ckp sedap kuih ni :)
ReplyDeletecm....dah lama cari resepi kuih ni...nanti nak cuba lah
ReplyDeleteso cute! betul cakap cm, kena bersabar tapi kadang2 pun susah juga..
ReplyDeleteTQ for sharing the story kak..
ReplyDeleteSaya suka kuih ni.. Liat2 gitu..
salam cm...
ReplyDeletesedap niii... sy suka! pernah sekali buat dulu.. best mkn kenyal2.. tp yg special inti kacang hijaunya tu... teringin nak buat angkoo.. tp takde acuannya.. so sy buat style peria gini.. hehe..
saya pernah buat kuih ni tuk niaga..dlm pemilihan tepung pulut...bukan semua brand tepung pulut sesuai...saya cuma guna tepung pulut cap 3 gajah n cap layang2...yg lain x sesuai..kuih jd keras semacam je...sekadar kongsi info..harap bermanfaaat..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete