Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini baru Cm goreng Tapai Ubi Kayu kerana petang ini anak-anak dah balik.Maryam akan sampai malam nanti.:)ada macam-macam komen kerana mereka tak pernah makan Tapai Ubi Goreng seumur hidup mereka.Ini merupakan kali pertama mereka merasainya.Cm beritahu mereka yang ini lah makanan kegemaran Cm masa kanak-kanak dulu.Tapai Ubi goreng di jual digerai-gerai goreng pisang di kampung Cm.
Bahan-bahannya:
Tapai ubi -(yang pejal sangat sesuai untuk di goreng.)
Tepung Goreng:
180 gm tepung gandum.
20 gm tepung kastad.
20 gm tepung ubi.
1 tsp baking powder
1/2 biji telur..
1 tbsp minyak masak.
300 ml air.
Sirap gula melaka-untuk cicah Tapai ubi goreng:)
Cara-caranya:
- Bancuh bahan-bahan batter di atas.Kacau hingga sebati.
- Panaskan minyak dalam kuali.Celup Tapai Ubi kedalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing.
Macam-macam komen....
Komen Angah selepas dua keping makan:alamak rasa macam racun dan toksik... hahaha.
Komen Along:Peliknya rasa(sambil makan kulit je ..sedap betul kulit dia :)....
Komen Abah: Eh abah rasa ok je..Nyam..nyam..apa nama kuih ni..kihkih
Adik..sedap tapi tak suka :)
Komen Cm:Sedapppp dah 30 tahun tak makan goreng tapai ubi ni...berbaloi baloi:)..
Terima kasih Cm nak ucapkan pada Along Roz sebab berkongsi resepi yang enak dan sungguh exotik ini.Thank you Along:)
Terima kasih juga pada Ayin kerana resepi tepung goreng pisangnya sungguh enak sekali.Sejak pertama kali guna resepi ini dah jatuh cinta.Cuba lah kawan-kawan ya.
sedappppnye!! memang terliur laaa...
ReplyDeletenyam nyam...enak skali...ayin jg kangen sama makanan ini dah lama tak makan...kangen sama tapai singkong,apalagi singkongnya...ngiler abis...ke manalah ayin mau cari nih bahan...
ReplyDeleteAssalam cm, wah memang exotik ni cm..
ReplyDeletetapai ubi digoreng..tak boleh nak bayangkan rasanya .tapi macam sedap ni cm..kalau jumpa tapai nanti nak cuba jugalah..
CM...saya sukaaa sgt tapai goreng neh...beberapa hari lepas ada sembang dgn kawan sal tapai goreng...memula makan masa bljar dan kerja di kelantan dl...selang sehari mesti p beli...sedapnyaaaa huhuhu....
ReplyDeleteSalam makcik...dah lama tak makan tapai ubi kayu goreng, namapak sedapnya sekali. Disini cuma boleh dapat ubi kayu yang frozen aje :(
ReplyDeleteBila makcik akan berpindah ke Negeri Sembilan?
Oh Diana pun tak pernah merasa makan ni. Maryam dah pandai apa sekarang?Dah mula bergolek-golek?
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Haji.
ReplyDeleteUniknya, saya pun tak pernah jumpa Tapai ubi goreng seumur hidup saya :) Selamat hari raya aidiladha.
ReplyDeleteThis is my favorite. I am so gonna try making this soon. Thanks for sharing the recipe. Hope you had a wonderful Hari Raya Haji.
ReplyDelete