LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, November 3, 2011

Karipap Pusing


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Akhir-akhir ini banyak cabaran dan dugaan dalam hidup Cm .Jika Allah uji bererti Allah amat menyayangi kita.Jika tak diuji kadang kadang kita leka dan alpa.Alhamdulillah.jika diberikan kekayaan pun itu adalah ujian agar bersyukur dan jangan leka.Jika ditimpa musibah juga ujian...apa yang terjadi Cm redha......

Setiap pagi apabila" on" je komputer Cm akan ke" dapur"  untuk melihat  komen-komen yang masuk.Mereka adalah sumber inspirasi Cm untuk meneruskan blog masakan ini.Kemudian akan ke blog Prof kamil.Setiap kali membaca entry terbaru setiap kali hati terasa sebak sayu dan adakalanya menusuk kalbu...insaf.....

Hari ini tersentuh tentang  bab rezeki dan doa.Doa adalah senjata bagi orang mukmin.....Minta lah apa saja (pastinya yang baik baik ) Jangan putus asa.......Jika kita selalu meminta minta pada manusia pastinya kita tidak akan di gemari itu lah bezanya......Minta lah dengan Yang Maha Esa....

4. bila Dia mahu makbulkan terpulanglah kepadaNya samada, serta-merta, sejam, sehari, sebulan, setahun atau berpuluh tahun  5. jika tidak dimakbulkan di dunia, Dia akan bagi kemuliaan di akhirat.
Cm tak putus asa....berdoa dan terus berdoa........apa yang Cm doakan biarlah rahsia hanya Allah saja yang tahu.....(minta Izin Prof Kamil  Cm link kan ni ya)




Berbalik pada resepi untuk hari ini.Karipap pusing.Permintaan dari  si adik.katanya karipap yang mama buat sedap:) Kebetulan Cm beli sebuah buku comel tentang kuih muih  tradisi kaum Cina...Apabila diteliti resepinya    ada kelainan pada bahan-bahannya. Tepung beras di masukkan bersama tepung gandum untuk adunan kulit karipap  Mesti ranggup ni :)

Bahan-bahannya:

Inti:
200 gm  bawang besar-cincang.
300 gm daging cincang.
25 gm serbuk kari.
sedikit daun kari.
garam dan gula secukup rasa.


Kulit: A (Water based)

2 tbsp tepung beras.
400 gm tepung gandum.
80 gm butter.
1/2 tsp garam.

 B (Oil based crust)

1 tbsp tepung beras.
200 gm tepung gandum.
100 gm butter.







Cara-caranya:

  1. Inti:Tumis bawang besar hingga wangi .Masukkan rempah kari yang di bancuh dengan sedikit air,Kacau rata dan wangi,Masukkan daun kari.Kemudian masukkan daging cincang dan kentang.Gaul rata dan masukkan sedikit air,,garam dan gula secukup rasa,masak hingga kering.
  2. Water based crust:Ayak tepung gandum bersama tepung beras.Campurkan butter dan240 mi air.Uli hingga sebati dan jadi doh yang licin.Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil.
  3. Oil Base Crust:Ayak tepung beras & gandum.masukkan butter dan uli hingga lembut.bahagikan kepada 15 bebola kecil.
  4. Balutkan doh A dengan doh B.Balut dengan kemas.Kemudian gelek hingga nipis dan gulung memanjang.Gelek sekali lagi dan gulung.Kemudian potong dua.Ambil satu bahagian gelekkan bentuk bulat.Letakkan bahagian di potong kebawah dan gelek nipis.Isikan inti dan klim dengan kemas agar intinya tidak terkeluar semasa menggorengnya.Lakukan proses yang sama hingga selesai.

 Teruk betul:..fikiran melyang layang entah kemana.Masa nak save n3 ni tertekan publish dengan gambar pun belum letak.

Semasa nak bancuh adunan oil  based  untuk kulit karipap tersalah baca resepi.Sepatutnya 100 gm butter tapi Cm nampak 200 gm butter.Jadi terpaksa buang sedikit doh butter tadi.......Astagfirullah...

Komen:..karipap ini sungguh ranggup seperti yang Cm agak.Masa makan kulitnya pecah pecah kerana terlalu ranggup.jika ada anak anak kecil pastinya bersepah kat lantai ketika memakannya.Insyallah akan cuba sekali lagi.

    15 comments:

    1. el menuntut ilmu karipap ni ngn MIL...alhamdulillah bule la buat makan anak beranak...

      ReplyDelete
    2. Salam ziarah,

      memang kelainan mesti cuba ni....

      ReplyDelete
    3. terkedu ilah baca coretan kak cm kali nie..
      semoga doa2 kita semua dimakbulkan..aminnn anka ilah spm tahun ni mula 14 nov nanti la ni dia demam anak ke 3 raihan...

      ReplyDelete
    4. kak cm.. terima kasih atas perkongsian tu.. tun pun tgh bersedih hati dan cuba redha dgn ujianNya. moga2 tun x putus asa dgn berdoa padaNya, semalam baru mama tun telefon ckp jgn putus asa pada Allah..

      tun x pandai buat karipap pusing. xpernah menjadi. huhu.. nnti nk usaha lagi lah.

      ReplyDelete
    5. my family love this spiral curry puff, your look good too.

      ReplyDelete
    6. nampak sedaplah karipap tu.. lama sungguh tak buat karipap.. sejak2 dah pencen dari buat karipap frozen (sbb masa tak mengizinkan) sampai le ni tak buat2 pun lg karipap... masa buat dulu tu sampai anak2 pun dah taknak pandang karipap ibunya.. hehehe..

      betul sangat tu CM.. apa yang kita inginkan.. kita mohonlah dari Allah S.W.T.. insyaAllah akan dikabulkan permintaan samada cepat atau lambat.. yang penting jangan pernah putus asa.. Dua kali doa saya yang bersungguh2 (dengan linangan air mata & tersedu sedan) telah Allah makbulkan.. syukur yang tak terhingga kerana Allah itu maha pemurah lagi maha mendengar.. moga apa yang CM doakan juga akan dimakbulkan Allah S.W.T.. amin..

      ReplyDelete
    7. Salam cm...tengok gambar dah tahu sedap, terliur betul dibuatnya.

      Banyakkan bersabar insyaAllah ada hikmahnya.

      ReplyDelete
    8. eliyaezlinalias...orang dulu dulu memang mahir buat kuih seperti ini.Beruntung el berguru pada yang mahir:)

      ReplyDelete
    9. Ros..memang lain sikit tapi sedap dimakan ketika panas panas,Bila sejuk kurang ranggupnya

      ReplyDelete
    10. ilahjy..Amin..amin..semoga doa doa kita dimakbulkanNya.Selamat menempuh peperiksaan Spm buat anakanda Raihan.Semoga cepat sembuh dari demam tu ya.

      ReplyDelete
    11. tun telani..pada Allah kita berserah.Doa dan doa jangan putus asa Tun.

      ReplyDelete
    12. Madiha..karipap pusing ni leceh sikit membuatnya.Anak-anak akak suka karipap biasa.

      Ya betul allah maha mendengar dan maha penyayang.jadi kita berdoalah kepadanya setiap masa...amin..amin..terima kasih madiha.

      ReplyDelete
    13. Diana teringin nak makan karipap tapi sekarang ni sibuk nak fikir menulis. Karipap sardin CM hari tu dah print tengah pujuk saudara Diana tolong buatkan...hehehe...

      ReplyDelete