LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, November 29, 2010

Nasi Goreng Belacan

Salam dan selamat sejahtera.Ini lah menu makan malam kami:)..tak sangka mendapat sambutan hangat terutama si kecik ku itu....bukan disebabkan aksesori dikeliling pinggan ni tapi disebabkan Ayam Masak Cendawan kegemarannya.Bertambah tambah sampai kena ingatkan ..jangan habiskan... tinggalkan untuk Angah sikit hehe..(.kesian Angah  on call semalam.. semalaman tak dapat tidur.)

Resepi asal Nasi Goreng Belacan Ni Cm ambik kat blog Tummy dan ubah suai sikit mengikut keperluan.Seperti kebiasaannya masakan Thai ni banyak menggunakan ulam seperti kacang panjang,timun dan ada mangga muda.Masam masam pedas memang menaikkan selera:).
Bahan-bahan untuk digaul dengan nasi goreng.
Bahan utama pembangkit selera anak udang goreng(udang geragau)

Bahan-bahan untuk hiasan:
1 biji mangga muda-shredded
3 biji telur-dadarkan dan hiris kecik kecik
4 ulas bawang merah-mayang
1/2 cawan udang geragau-goreng garing
1 biji limau nipis-potong
10 biji kacang panjang-potong kecik-kecik
1 biji timyn-potong nipis
1 biji cili masak-potong kecik kecik
4 biji cili api-potong kecik kecik

Nasi:
4 cawan nasi sejuk
3 ulas bawang  putih
Sedikit belacan-bakar-
Sedikit kicap manis
Sedikit garam dan gula
Cara-caranya:
  • Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang putih dan belacan hingga naik baunya.
  • Masukkan nasi dan gaul rata.
  • Masukkan sedikit garam ,gula dan kicap manis-biarkan ada rasa je jangan terlalu masin atau manis
  • Masukkan sedikit dari kacang panjang tadi dan gaul rata(si kecik tak makan kacang panjang mentah)
  • siap.

    Ayam Masak Kicap & Cendawan

    Bahan-bahannya:
    200 gm isi ayam-potong kecik-kecik
    3 ulas bawang merah
    1/2 labu bawang besar-dadu
    2 ulas bawang putih.
    2 tangkai cili kering-potong dua
    1 biji buah tomato-belah dua
    4 biji cendawan shitake(fresh)-potong kecik-kecik
    1 inci halia
    garam dan gula secukup rasa
    Sedikit kicap manis
    Sedikit sos tiram
    sedikit minyak bijan
    Sedikit air
    Cara-caranya:
    • Halia,bawang putih dan bawang merah ditumbuk kasar
    • Panaskan minyak tumiskan bawang besar,cili kering  dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi.
    • Masukkan isi ayam,cendawan,buah tomato  dan gaul hingga rata.Masukkan garam,gula,sos tiram,kicap manis dan minyak bijan.
    • Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih- hingga ayam masak.
    • Siap:)
    Terima kasih pada Tummy..arroy maakk:)

      8 comments:

      1. nak cuba ayam masak kicap... ermmmm chinese style

        ReplyDelete
      2. wah sedaptu... macam2 nyer.. rajinlah..

        ReplyDelete
      3. Hi,

        A nice and lovely dish...:)

        Dr.Sameena@

        htt://www.myeasytocookrecipes.blogspot.com

        ReplyDelete
      4. Waaaahhhh Love wanna join U kak!!! Looks sooooo yummy...haishhhh lapar! :D

        ReplyDelete
      5. Mai bpen rai karp makcik :) Terima kasih kerana sudi mencubai satu lagi resipi saya.

        ReplyDelete
      6. udang geragau wat cekodok pun sedappp nya.

        ReplyDelete
      7. nak cuba masak ayam kicap tuh. nampak best aje

        ReplyDelete
      8. Terima Kasih CM kerana sudi "join" kita sekali lagi untuk Muhibbah Monday. Sedapnya, teringin nasi goreng :)

        ReplyDelete