Kenapa tanam sayur lobak putih sampai 3 batas?takkan nak makan lobak ni hari hari.Sebenarnya pada bulan Disember yang lepas Cm masak Sup Lima Warna .Banyak khasiatnya jadi Cm nak cuba amalkan meminum sup lobak putih ni.Masalahnya agak sukar untuk dapatkan Lobak putih yang ada daunnya jadi Cm semaikan benih lobak putih dan semuanya tumbuh dengan subur.....
Besok pagi pagi terpaksa ke pasar untuk dapatkan satu lagi bahan iaitu Cendawan Shitake.Pertama kali Cm minum sup sayuran ini tiada apa apa kesan sampingan jadi bolehlah diamalkan selalu....ok jom kita lihat pula menu untuk malam ini.
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap -potong dua.
1 biji buah tomato.-belah empat.
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai-dipotong nipis memanjang.
3 biji cili api-ketuk
2 inci halia
3 tangkai daun ketumbar.
7 biji asam boi
1 tbsp sos ikan
2 tbsp kicap manis
1 tbsp sos tiram
1/2 tbsp tepung jagung-bancuh dgn sedikit air.
1 biji limau nipis.
sedikit garam dan gula.
sedikit minyak bijan.
Sedikit Bunga kobis,karot(tak bubuh),cili masak.
Cara-caranya:
- Bawang putih,bawang merah dan halia ditumbuk kasar.
- Ikan dibersih dan digaul dengan bahan-bahan yg ditumbuk tadi.
- Masukkan dalam bekas yang sesuai.Masukkan semua bahan bahan diatas kedalam bekas ikan kecuali limau nipis dan Kukus hingga masak.(tinggalkan 1/2 daripada daun ketumbar untuk hiasan)
- Bila dah masak perahkan asam limau dan taburkan dgn daun ketumbar dan cili potong.
- Sedap dimakan ketika ianya masih panas.
Isyk, jeles nengok org berkebun - best mkn tanam sendiri lebih fresh. Pokok2 along tgh sengsara skrg....hehe.
ReplyDeleteAlong Roz..hehe yang ni pokok yang bahagia..yang sengsara Cm tak cakap :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Cik Manggis Cayang...
ReplyDeleteBila Tgk Ikan Siakap Kukus Tu Cepat2 Kak Lin Datang Sini....Sedappppnya.... Tak Dapat Rasa Dapat Tgk Pun Jadilahhh....Huahuahua
Tak leh mkn daging - BP problem ke. Harap CM jaga kesihatan & sihat selalu....mmmuah2.
ReplyDeleteassalam makcik manggis...eh panggil mak cik lak...akak ke mak cik ni..hehe btw suka tgk hasil kebun CM ni...seronok kan bila dapat hasilnya tu...ikan siakap kukus tu pun sedap...saya buat semlm dh abis hari ni nk tumpang mkn umah cm lak..hehehe
ReplyDeletemakcik suka je ikan stim cam ni.pandai ko.CM ko buat stim ikan cam style cina je, family ada cina ke?kalau lobak putih makcik suka masak dalca.sedapkan.
ReplyDeleteLinRosly..wslm Lin..dah habis la Lin..licin da.Nnnt esok esok Cm masak lagi ya:)
ReplyDeleteAlong Roz..Bp problem la ni...Bp nak jaga tekak pun nak jaga jugak hehe.Tq Along:)
ReplyDeleteNieza..wslm..eh mmg makcik pun ni..agak agak sebaya dgn mak Nieza ni:)..sebab teringinkan ikan kukus kat rumah Nieza la ni:)
ReplyDeleteChik Ina...Boleh cuba ni ..selalunya Cm masak dalca taruk lobak merah.Lain kali nak masukkan lobak putih pulak.Stok masih banyak.
ReplyDeleteSaya tanam lobak putih masa musim bunga tak menjadi pokoknya bagi bunga tak bagi akarnya.Memang banyak khasiat lobak putih ni, orang jepun tak boleh hidup tanpa lobak putih. Tak pernah saya cuba masakan letak asam boi...terliur...
ReplyDeletesalam kak..waa...mmg green hand la akak ni..sume ditanam menjadi jer..saya tanam petola pun sekerat jalan jer..dh nak masuk ke kubur tanpa sempat kuarkan bunga/buah...
ReplyDeleteKak CM,
ReplyDeleteSaya tak kuasa nak tanam lobak putih or even carrots sebab I selalu terlupa nak cabut bila timenya.Bila cabut dah jadi kayu!!Lagipun kat NZ ni lobak putih teramatlah murahnya.3 biji sebesar raksasa kadang-kadang cuma NZ$1.50 saja.Kakak amalkan minum sup 5 warna tu setiap hari ke?Saya pun nak cuba tapi bila baca side effect dia dah jadi macam malas pula.Maybe Kak CM boleh buat special entry ceritakan pengalaman kakak semasa on this diet.Oh ya kak,the chinese believe that white radish ni terlalu sejuk untuk badan and also flushes out all the goodness of vitamins and minerals from our body.In a way memang bagus untuk buang toxin but bad sebab semua goodness pun dia buang sama.Sebab tu la Chinese seldom makan lobak ni especially orang tua-tua.Just to berkongsi,kak.Lagi satu soalan kak,lepas makan sup ni ada changes tak the berat badan?
huwaa..jeles tgk kegebuan lobak putih cm tuu..
ReplyDeletetunggu apa lag hasil dari kebun cm:)
tu dia....fresh from ladang... suke la tengok hasil dalam semangkuk lauk kan... very sihat n fresh..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteSIAKAP SENOHONG
SEDAP DI BUAT KARI
BERLUBANG TERPELOHONG
SAYA DATANG NAK MAKAN NI
he he..la la
cm, ikan itu nampak sangat menyelerakan , lena sukakan ikan kukus macam ini, pedas dan masam!
ReplyDelete