Salam dan selamat sejahtera.Apa khabar?dah tengahari dah tentu semuanya dah ready untuk makan tengahari.Hari ni Cm tak seronok,berserabut kat kepala ni.Hidup ni penuh dengan dugaan dan ujian.Selalu berdoa pada Illahi agar diberikan kekuatan untuk menghadapi segala cubaan dgn tabah.Jika kita selalu diuji menandakan Allah sayangkan kita..itulah kata kata seorang teman bila Cm mengadu padanya.....sabar...sabar itu separuh dari iman...maka bersabarlah.......tak cukup sabar ke aku ini.......
Semalam jumpa doktor dan doktor cakap jangan makan ni,jangan makan tu...elakkan ini..elakkan itu....buntu juga jika banyak kena pantang...hilang nikmat hidup ini.Tadi Cm buat kerabu betik muda.Versi sendiri main campur campur je segala benda dan rasanya boleh tahan juga.
Bahan-bahannya:
1/2 biji betik muda -parut.
1/2 kuntum bunga kantan.-mayang halus
4 tbsp kacang tanah masin.
1/2 labu bawang besar-mayang
1 batang serai-mayang halus
Sedikit taugeh
1 biji mangga muda -parut.
3 tbsp udang kering-rendam dan tumbuk halus.
4 tbsp kelapa parut-sangai sekejap dan tumbuk kasar.
4 biji cili api potong kecik
1/2 biji perahan jus limau nipis.
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-caranya:
Gaulkan semua bahan bahan di atas dan seimbangkan rasa masin,manis dan masamnya.Taburkan kacang tanah masin.Siap untuk dihidangkan.
alahai....kecur ayaq liuq....
ReplyDeletelapangkan fikiran ya CM, mak saya pun tengah serabut baru balik Malaysia hari ni sebab nak kejar medical appointment dia.
ReplyDeleteAlamak.. kerabu lagi... hu hu hu kak slalu erm apanggil SOM TAm he he eh.. aperpun sabar.. mungkin demi kesihatan... harap2 pulih sedia kala...jgn stres2 t lain lak jadinyer.. sayang CM...
ReplyDeleteRelax...jangan stress....InsyaAllah cm akan sihat semula.
ReplyDeleteSedapnya kerabu.
assalam CM..sedapnya kerabu ni..saya sukalah tapi mana nk pi cari betik muda ni...tapau sini lah dulu..hehe ya betul tu hidup kita tak boleh lari dgn ujian Allah...semua org diduga dgn pelbagai ujian hidup apapun yg datang kita kena kuat semangat dn tabah..insyaAllah saya doakan semoga CM diberikan kekuatan utk menghadapinya.
ReplyDeletesalam CM..
ReplyDeletebila sebut je kerabu.. awal2 dah kecur air liur.. saya tak memilih apa2 kerabu pun mesti saya suka punya...
jalan malam kak jengok kawan2.... tgh pikir nih sok nk suh darwish jolok buah betik! kat mana tanam pokok betik tuh yer???! huh!
ReplyDeletenampak sedap. mesti rasa pun sesedap rupa.
ReplyDeleteeliya..hehe
ReplyDeleteDiana..terima kasih:)
Erma..terima kasih:)
Zaitun..terima kasih Zai:)
Nieza..wslm..betul tu jika tak di uji kita akan lupa..terima kasih Nieza.
Madiha..kerabu ni pembuka selera.
Hana@ Darwis..opah beli kat pasar..pokok betik jiran dah mati:(
KakPah..boleh tahan:)