LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, February 10, 2011

Mee Kuning

Salam dan selamat petang.Pertamanya nak ucapkan jutaan terima kasih pada Along Roz kerana Sudi berkongsi resepi mee kuning ini.Seronok sangat kerana ini merupakan kali pertama Cm berjaya buat mee sendiri.Berbaloi baloi:).Banyak cerita tentang mee kuning yang ada kat pasaran tu..ada yang mengatakan tak selamat  untuk dimakan sebab banyak menggunakan bahan pengawit dan sebagainya.Sekarang Cm tak risau lagi sebab dah tahu nak buat mee kuning sendiri.:)

Memasak juga merupakan satu terapi.Jika hati tak berapa seronok,risau atau sedih cm akan masuk dapur dan fikir kan apa yang hendak direka atau cipta resepi .....atau jika memasak tak ada idea Cm akan ke kebun ditepi rumah dan siram pokok atau  membaja dan sebagainya.Jika berkebun pun tak "jalan" Cm akan ambik wuduk dan baca quraan....bila baca quraan banyak pulak godaan tu..mata pulak mengantuk......syaitan dan iblis ni memang tak senang duduk jika kita nak jadi baik hehe...ok lah jom kita lihat bagaimana nak buat mee kuning resepi Along Roz ni......
Mee yang sebelum dicelur.

Bahan-bahannya:
500 gm tepung gandum
1/2 tsp garam
1/2 tsp air abu
1/2 tsp air kapur
220ml air
Sedikit pewarna kuning.
Cara-caranya:
  • Satukan air kapur,garam dan pewarna kuning kedalam 110 ml air.
  • Campurkan air abu kedalam 110 ml air yang selebihnya.
  • Masukkan air kapur tadi kedalam tepung dan gaul rata  kemudian baru masukkan air abu yang dibancuh tadi.Dan uli hingga sebati.
  • Jangan risau jika didapati dohnya agak keras.Jangan tambah apa apa lagi.
  • Bahagikan doh kepada 4 bahagian agar senang nak di gelek dgn mesin pasta. seperti gambar diatas.
  • Last sekali gelek dgn mesin berbentuk mee dan celur dalam air panas selama 2 minit.
  •  Toskan hingga airnya kering baru di lumurkan dengan sedikit minyak agar kelihatan berkilat dan tidak melekat.Siap:)

    31 comments:

    1. Wah, CM kita dua memang rajin kan...kehkehekeh. Pada yg belum cuba, baik cuba cepat. Amacam puas hati kan.... sekejap dh siap tak lah susah sgt pun kan. Kalau kuar pi kedai pun silap2 lagi lama buang masa.

      ReplyDelete
    2. Amboi CM bukan main rajin buat mee sendiri...kalau ada lebih boleh lah tolak kat Nur sikit...hehe...kita buat muka 20 sen ni...hihi.

      ReplyDelete
    3. Wow, I want to learn this, sound so healthy! Thanks for sharing.

      ReplyDelete
    4. salam akak ku cyg.. masa ilah sekolah menengah dulu mee kuning mmg ilah bikin sendiri sbb mak saudara yg ajar..laksa dan kue toew juga ilah buat ..tapi sedih kak, kesemua buku resepi tu telah hanyut dlm sungai KEDAH..sebelha umah nenek ilah.. atok wan yg campak dlm sungai dia tak tahu itu resepi.. dia ingt buku lama. masa tu ilah dah kerja di KL..bila balik masa cuti cari2 dah tak de..huhu.. nenek mmg maree juga dgn tok wan..sbb nenek yg suruh ilah g belajar dgn mak saudara..semasa cuti SPM..
      bila tgok kak cm buat mee ini ilah teringat sejarah tuuu ilah mmg dibela oleh nenek...
      mas dah kawen belajar dgn BAKAT ISTERI ASKAR..
      mcm2 jenis cara buat dia rupanya.. ilah punya guna telur ayam. yg bakat pun sama..tapi tak guna air kapur.. cuma air abu shja.. apapun semua tetap jadi kan kak.... maaf lpjgnyeee hehe

      ReplyDelete
    5. assalam cm...memang tak susah nk buat kalau rajin nk buat...saya pun dh lama tak buat mee kuning ni..memang sejak dok merantau ni selalu buat mee sendiri tapi lately ni malas nk buat byk guna mee spagethi jer..senang dan cepat.

      ReplyDelete
    6. Hi, nampak mee kuning ni macam beli kat market aje.I akan cuba nanti. Thanks for sharing. Boleh I link blog CM ? Apa beza air abu dan air kapur ?

      ReplyDelete
    7. rajinnya cm buat mee sendiri...
      nmpk cantik mcm yg dijual.....he..he..

      ReplyDelete
    8. salam.. saya selalu juga buat..baru belajar2 buat sendiri..nak makan, terpaksala buatt..kalau beli lain betull rasanya disini.. tp, saya punya mcm selalu melekat2..kenapa yer.. ke terlebih air...tak juga..bila dah giling dlm mesin tu..sebelum hendak direbus,,mmg dia melekat2 takper ker? minat dgn blog ini..saya link juga yer.. :)

      ReplyDelete
    9. Kak CM,
      Pantas macam kilat kak CM ni la...I baru nak terhegeh-hegeh bookmark the recipe from Along Roz,tengok-tengok Kak CM dah buat dah.Skeptical jugak la masa mula-mula nampak the recipe..nampak payah nak buat but since Kak CM dah buktikan yang it's do-able,I pun nak buat nanti la.Thank you,kak.

      ReplyDelete
    10. Salam kak CM,
      Rajinnya kak CM. memang memasak juga satu terapi. Cantik mee kuning tu. Memang ada bakat !

      ReplyDelete
    11. Lepas ni kalau terasa nak masak mee,order aje kat cm bahan mee kuningnya.Pos laju dari Putrajaya...

      ReplyDelete
    12. ish ish ish, rajin buah manggis ni masak ye....makcik kena try jadi rajin jugak lah (mee tak pernah buat sendiri)

      ReplyDelete
    13. assalam cm..ras mi tu mcm yg jual ke? teringin nk cuba..*suka tgk sayur2 kat kebun cm..mejadi betul!:)

      ReplyDelete
    14. Along Roz..ya la..ingatkan sangat susah rupanya jap je dah siap tapi kan..sebahagian dari program nak kuatkan oto otot lengan hehe.Kena guna tenaga tangan yang sangat kuat untuk menguli doh yang agak keras tu:) apa apa pun sungguh berpuas hati.Terima kasih Along:)

      ReplyDelete
    15. Sonia..mmg sihat tau:)kita tahu apa bahan bahan yang ada dalam mee ni.Tapi kena rajin sikit :)

      ReplyDelete
    16. ilahjy..hahaha kenapa dihanyutkan kat sungai Kedah :)atok tak perasan tu...wah handalnya ilah.Nanti jika dapat resepi me yang ada telur share ya:)

      ReplyDelete
    17. Nieza..cm pun kena tengok angin jugak:)jika angin malas datang..apa pun tarak:)

      ReplyDelete
    18. may..selamat datang kedapur Cm dan selamat berkenalan:)

      ReplyDelete
    19. mas..hehe nak buka kilang mee ni:)

      ReplyDelete
    20. chedah..cuba try resepi yang ini.Insyallah tak melekat.Sedang elok je.Doh dia agak keras tapi jangan risau.Jangan tambah apa apa lagi ya.Selamat mencuba.

      ReplyDelete
    21. shereen..hehe masa tengah rajin ni..jika mood malas mmg maaf la takkan jadi mee hehe.Cuba lah buat resepi yang ini.Insyallah jadi.

      ReplyDelete
    22. makcikantin..hehe nanti cm bawa mee kat kantin makcikantin ya:)

      ReplyDelete
    23. deliah,s Deli....rasanya lain sikit.Agak lembut.Mee yg kat kedai tu lebih kenyal.Kena cuba lagi untuk dapatkan hasil yg lebih baik.

      Kebun sejemput je tu Del:)

      ReplyDelete
    24. Assalam CM,
      rajinnya buat mee kuning sendiri...yatie beli jek...cantiklah mee tu..dah boleh berniaga mee kuning ni..

      ReplyDelete
    25. Memang teringin nak buat mee kuning sendiri..lama dahhhh..
      CM, kalau tak taruk air abu boleh tak?? taktau la mana nak carikk

      ReplyDelete
    26. salam opah cayangggg... macamni kitaorg tumpang order jer la sbb opah ngan besan pandai wat mee kuning! hihihihi

      ReplyDelete
    27. Salam CM, wow, rajinnya buat Mee Kuning sendiri. Saya pun nak belajar. Air abu tu apa nama Ingerisnya kak? Rasanya susah nak cari kat sini (Australia), maybe kena cuba dengan bahan lain.

      ReplyDelete
    28. Salam,
      Wah... sy dh buat ...menjadi tp tak letak air kapur .

      ReplyDelete