LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, July 21, 2012

Cornish Pasties & Solat Terawih.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Terawih.

Alhamdulillah hari pertama, berpuasa semoga di permudahkan perjalanan untuk hari ini.Insyallah.Malam tadi kami sungguh teruja untuk menunaikan solat terawih  di masjid Putra tetapi sayangnya apabila sampai tiada tempat langsung untuk letak kereta. Seronok & teruja apabila  melihat  begitu  ramai  orang  yang berpusu pusu menuju ke masjid...alangkah bagusnya jika hari hari biasa pun jemaahnya ramai sebegini..Allah....

Kami sekeluarga terpaksa berpatah ke Masjid Besi.Alhamdulillah walaupun parking agak jauh tetapi banyak tempat  parking.Apabila memasuki ruang solat  rasa seronok kerana   nampak begitu ramai sekali jemaah.

Tertarik dengan pesanan imam sebelum solat isyak.Katanya marilah kita amalkan budaya "bola sepak" semasa bulan Ramadhan ni.........bila perlawanan akhir lagi ramai penonton.....maksudnya beliau berharap  di akhir Ramadhan nanti  makin ramai jemaah yang akan  datang ke masjid... ....kebiasaannya apabila tiba di penghujung Ramadhan jemaah makin berkurangan.:(


Cornish.

Beberapa hari yang lepas Cm cuba resipi Cornish dari buku Bukan Sekadar Resipi.walaupun rupanya tak cantik tetapi anak-anak dan suami menggemarinya.Habis licin:).Anak bongsu Cm cakap...ini karipap giant hehe.Cara membuatnya tak susah kerana intinya tak perlu dimasak terlebih dahulu seperti karipap.

Bahan-bahan untuk kulit:

110 gm tepung gandum.
55 gm butter-potong kiub.
2-3 tbsp air sejuk.
Secubit garam.

Bahan-bahan untuk Inti:

110 gm daging cincang.
1 labu bawang besar-cincang.
3 biji kentang-potong dadu.
1 batang lobak merah-potong dadu.
1 batang saderi-potong kecil.
Garam dan lada sulah secukupnya.

1 ulas bawang putih.
1 tsp rempah kari.
1 tangkai daun ketumbar.
1/2 tsp serbuk halia.

1 biji telur-untuk sapu.

Gaulkan  semua bahan-bahan untuk inti  hingga sekata.ketepikan.

Cara membuat kulit:

Masukkan tepung,garam dan butter ke dalam bekas yang sesuai.Gaul dan ramas dengan menggunakan hujung jari sehingga jadi seperti serbuk roti.
Masukkan air sedikit demi sedikit tetapi lakukan dengan pantas untuk mengelakkan doh jadi suam.
Masukkan doh kedalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais selama 15-20 minit.

Cara membuat Cornish.

Bahagikan doh kepada 4 bahagian dan gelek setiap satu menjadi kepingan sebesar piring teh.Masukkan inti dan lakukan seperti membuat karipap.Aturkan di atas dulang secara menegak.Sapukan dengan telur dan bakar hingga masak.




8 comments:

  1. oooo tak perlu masak rupanya itnti tu kak nah. bakar rupanya...patutlah..kat masjid mindef pun sesak parking atas bawah penuh kaum wanita...

    ReplyDelete
  2. hmmm sedapnye kak...inti takyah masak ye...senang kerja tu...

    Salam ramadhan dr kami sekeluarga

    ReplyDelete
  3. mnarik...xperlu masak yer inti tu...sng keje tu..hihi..bleh cuba nti...buat buka ptg ni ker...kalau smpt n rajin la...hehe...

    slmt bpuasa buat CM sekeluarga..

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan n selamat berpuasa kak..

    Cornish pasties tu nampak sedap..masuk list nih.

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan gak wat cikmanggis sekeluarga ye!

    ReplyDelete
  6. Syoknya akk tahu buat sendiri, lagi sedap dan puas ht dr beli kat luar kan.... Mas selalu mkn yg kt SR punya kekadang sedap kekadang tdk, rege pun boleh thn gak :-)

    Selamat menjalankn ibadah pose k.cm :-)

    ReplyDelete
  7. Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat CM sekeluarga.
    cornish pasties nampak sedap....

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadan & Salam Kenal ,

    Cantik cornish tu..

    ReplyDelete