LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, July 20, 2012

Nasi Arab.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan Cm ucapkan  kepada kawan-kawan muslimin dan muslimat semua.Semoga ibadah  puasa kita pada tahun ini akan bertambah baik daripada tahun-tahun sebelumnya.Insyallah.

Cm bukan penggemar masakan arab tetapi sungguh teruja apabila melihat foto nasi arab yang Prof Kamil letakkan didalam Blog beliau hari ini.Nampak sungguh menyelerakan sekali.Beberapa kali kami sekeluarga ke Saba kedai makan Arab di Cyberjaya tetapi belum benar benar  mencuri selera Cm.Hari ini Cm nak cuba masak Nasi Arab berpandukan resipi dari dapur Nor Ganu dan di sesuaikan dengan selera sendiri..selera orang tanah "Jawi" ..Terima kasih Nor.
Bahan-bahannya:

1 kg beras basmathi-cuci dan rendam sekejap dan toskan.
1.5 liter air.
500 gm ayam-potong kecil.
3 biji cili masak.
3 biji cili hijau.
1 pokok daun sadri-potong.
1 pokok daun ketumbar.Potong.
3 tbsp minyak masak.
5 tbsp minyak sapi.
2 tbsp serbuk jintan manis.
1/2 tbsp serbuk jintan putih.
Garam.
Gula.
1 ketul kiub ayam.

Hiasan:

Badam-goreng sekejap.
Kismis.-goreng sekejap.
Daun sup& daun bawang.
Bawang goreng.
Kacang peas.

Bahan-bahan Tumis.

5 ulas bawang merah.-cincang.
3 ulas bawang putih.-cincang.
1 labu bawang besar-cincang.
3 cm halia.-cincang
2 inci kulit kayu manis.
3 kuntum bunga lawang.
5 kuntum bunga cengkih.
3 biji buah pelaga.



Cara-caranya:

Panaskan minyak.Tumiskan bahan-bahan tumis.kemudian masukkan bahan0bahan cincang.Tumis sehingga naik baunya.Kemudian masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih yang dibancuh dengan sedikit air

.Masukkan cili masak,cili hijau,daun saderi,daun ketumbar,ayam,garam,gula dan kiub pati ayam.Masukkan air dan masak hingga mendidih.

Akhir sekali baru masukkan beras.masak seperti menanak  nasi biasa.Hias dengan badam,kismis,daun bawang,daun sup dan tabur sedikit dengan bawang goreng.
\




31 comments:

  1. salam ka nah.. minta s ikit nak buat raikan birthday anak buah kak nah hari ni..18thn dah dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ilah..selamat hari jadi buat anakanda Raihan:)..nasi arab dah habis Insyallah lain kali acik poskan hehe.

      Delete
  2. Sedapnyer... Salam Ramadan & Selamat Berpuase...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan jua dari kami seisi keluarga.

      Delete
  3. Senang masak nasi arab, tak perlu nak masak lauk lauk lain lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat masa dan tenaga .Yang pentingnya sedap:)

      Delete
  4. Salam Ramadhan Mama... sedapnya nasi arab tu, boleh buat berbuka esok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan buat anakanda Gee dan selamat berpuasa serta selamat berbuka.

      Delete
  5. Memang menyelerakan nasi arab tu kak! Huwaaa laparnya :)

    Selamat Berpuasa buat kak CM sekeluarga ye.

    ReplyDelete
  6. sukanya tengok nasi arab tu, cantik berderai, accessorinya tu tambah buat berseri2..

    selamat berpuasa dari saya, ya CM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa dan selamat berbuka ya:)

      Delete
  7. Selamat menyambut Ramadhan dan semoga segala amalan kita diberkati Allah..

    ReplyDelete
  8. slmt berpuasa cm sekeluarga.. sedapnya anmpak nasi tu. mememng mencuri jiwa n selera :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Izah:)Alhamdulillah nampak gayanya lain kali kena buat lagi..anak anak suka:)

      Delete
  9. Salam Ramadhan CM...selamat berpuasa....

    ReplyDelete
  10. salam kak CM. simple je resepi nasi arab nih. tun pernah buat nasi arab resepi kt myresepi, yg tu masak sekali ngan ayam dlm nasi. nmpk sgt sedap dh ni, masuk list utk menu iftar ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tun..mmg senang dan cepat memasaknya.Tak banyak bahan.Nasi dan ayam..selamat berpuasa dan selamat berbuka.

      Delete
  11. Selamat menyambut Ramadahan K CM..Maaf jika terdapat salah & silap kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yat.. Sama-sama..Cm pun memohon kemaafan di bulan yang penuh berkat ini.

      Delete
  12. Walaupun resepi nasi ini ringkas tapi nampak istimewa!
    Selamat berpuasa CM dan keluarga.

    ReplyDelete
  13. salam ramadhan dan selamat berpuasa kak..semoga bulan baik ni kita semua dirahmatiNya.

    ReplyDelete
  14. Lepas ni kena buat Nasi Goreng Hokkien atau Mee Hakka sebab ramai saudara cina muslim rindu kat masakan datuk nenek mereka dulu....

    ReplyDelete
  15. Salam kak cm..... Sedap betul nasi arab tu ye... Cuma nak tanya, berapa banyak ayam nak pakai?

    ReplyDelete
  16. wslm...masyallah..rupanya Cm tertinggal bab ayam tu..terima kasih..terima kasih Siti.jika Siti tak tanya ..cm tak perasan.Semalam kami makan nasi arab ni dengan kari ayam:)

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum makcik cm, kalau makcik nak try makan nasik arab yang bakal mencuit selera makcik, try la makan di Restoran Hadramawt di jalan ampang..berdekatan dengan bangunan socso..cuba la, mesti trpikat

    ReplyDelete