LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, March 6, 2011

Puding Mangga Lemak Manis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Beberapa hari ini cuaca agak panas tiba tiba teringin pulak nak makan puding yang berperisa buah buahan.Pagi pagi lagi sebelum bertolak ke masjid UIA Gombak untuk menghadiri majlis akad nikah anak lelaki kawan kami,cm telah ke dapur Ika nak cari jika ada resepi yang Cm maksudkan tu:)....memang tak mengecewakan.....terjumpa resepi puding mangga diatas:)..terima kasih Ika dan cepat cepat lah buka dapur Ika ni ya.....minta izin nak C & P ya...
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly "konnyaku">>kita gantikan dgn serbuk agar2
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
200 gram isi mangga masak*
125 ml air*(*dikisar halus)
2-3 titik pewarna kuning
Hirisan mangga untuk hiasan...tak letak sb mangga dah habis.
Daun pudina untuk hiasan
ARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih, masukkan 2-3 titik pewarna kuning, kacau rata.
  2. Alih periuk dari api. Tuang puree buang mangga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga rata. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga dan juga selitkan daun pudina sebagai hiasan...

 ***Semasa timbang serbuk agar agar tadi Cm terlebih sukatannya jadi puding mangga ni agak pejal :(...lain kali kena hati hati semasa sukat agar agar serbuk ni....

17 comments:

  1. salam..
    memang tak di sangkal lagi
    masakan anda memang "de bommm"..yum-yum
    menyelerakan saya yang dah kenyang nih..
    adehhh...naik la KG gini..he he

    ReplyDelete
  2. salam cikmanggis,
    Hanya mampu hantar senyum di sini (",), walau teringin hihihih........ Suka bilangan ganjil susunan atas sekali.

    ReplyDelete
  3. Dah terase kat tekak ni puding mangga yg sejuk tu cikmanggis!

    ReplyDelete
  4. sedapnya tgk puding CM ni...lama dh tak buat puding sejak cuaca sejuk ni.

    ReplyDelete
  5. dapat kat saya ni kejap je habisnya..

    ReplyDelete
  6. mmm sedap tu.. makan sejuk2 nyaman jek lalau kat anak tekak ni he he he

    ReplyDelete
  7. wow, this is best to serve in a hot sunny day!

    ReplyDelete
  8. Kena cari acuan. Susu sejat tu condense milk ke? Kegemaran saya puding ni.Tengok gambar puding ni ada selera sikit nak makan sebab badan letih sangat kut.

    ReplyDelete
  9. Zulkbo...hehe tak la dbom Zul..biasa biasa je..kg Cm dah melebihi tahap amaran ni:(

    ReplyDelete
  10. Zam..hehe nanti bila datang ke rumah makcik boleh lah makcik masakkan untuk Zam:)

    ReplyDelete
  11. Nieza..kena tunggu cuaca panas ni:)

    ReplyDelete
  12. adzriel AB..kena buat lebih ni:)

    ReplyDelete
  13. Halamanku..salam erma:)mmg kena simpan dalam peti ais dulu..biar sejuk baru sedap dimakan,

    ReplyDelete
  14. Sonia..ya mmg btol:)sangat sesuai dimakan ketika cuaca panas terik:)

    ReplyDelete
  15. kebun malay kadazan girl..salam Diana.Apa khabar Rayyan?semoga bertambah baik dan cepat cepat baik:).

    susu sejat tu susu cair bukan susu pekat manis:)

    ReplyDelete
  16. Kak CM,
    Tak boleh tahan tekak ni nak merasa puding yang kak CM buat ni.Saya suka puding-puding macam ni tapi kalau saya buat,saya seorang saja la yang tukang makannya sebab bapak budak and budak tu memnag tak minat puding or jelly.Yours look so delish,kak.

    ReplyDelete