Monday, June 15, 2009
Tak mahu makan nasi
Puding kastad peach
Kuey tiew udang
Bila ajak makan nasi anak lelaki bongsu cikmanggis mencebik mulut,dia cakap tak ada selera.Risau jugak sebab kat sekolah pun dia tak makan apa-apa,hanya minum air kotak.Agaknya cuaca panas ni membuatkan hilang selera.Jadi petang ni cikmanggis masak kuey tiew goreng dan buat puding kastad peach...harap-harap si kecik ni mau makan lah lepas mengaji quran sekejap lagi....Rasanya semua orang tahu buat puding ni tapi cikmanggis nak tempekkan jugak...hehe
Bahan-bahan untuk puding kastad peach
kuahnya;)
1 tin susu cair
1 tin buah peach yang slice
1 1/2 tin air (guna tin susu cair tadi)
4 tbsp tepung kastad
1 biji telur
1/2 cawan gula (ikut selera masing-masing,jika suka manis,lebihkan sukatan gula)
Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk( kecuali buah peach).Kacau sampai gula dan telur sebati baru naikkan keatas api.Kacau dengan api yang perlahan.Bila dah mendidih matikan api baru tuangkan satu tin buah peach kedalamnya.ketepikan.
Bahan-bahan untuk kastad:)
1 cawan tepung kastad
6 cawan air
Bancuh tepung kastad dengan air sampai sebati.Nyalakan api.Kacau bancuhan kastad tadi sampai pekat.Kecilkan api dan kacau lagi sampai kastad tu berkilat.Masukkan kedalam acuan yang anda suka.Bila telah sejuk bolehlah dihidangkan bersama kuahnya tadi...dalam kaeadaan cuaca yang panas sekarang ni,lebih sedap bila simpan dulu dalam peti sejuk;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
enaaaaaaaaaaaaaaaak buangettttt, boleh dong aku nyobain...........?
ReplyDeletedi man bis anemuin itu yaaa
jadi laper dah
selamat datang Mas...cuba jangan tak cuba :)
ReplyDeletemanje satu dua hari ni
ReplyDeletedok makan pau aje..tak mkn
nasi..panas-panas camni
selera pun kurang..
minta sikit puding tu~ hehehe
manje..dok mengepow je?hehe
ReplyDelete