LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, July 29, 2012

Udang Mentega Ringkas.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Masakan sendiri  lebih sedap jika dibandingkan dengan  masakan  yang dibeli dari  kedai.Selain kebersihan terjamin ,ianya lebih berkat.Insyallah.Kita memasak dengan penuh kasih sayang.Setiap bahan kita akan teliti samada sesuai untuk ahli keluarga kita makan....ada yang tak boleh makan pedas,ada yang tak boleh makan masin...semuanya kena diambil kira.Cm hanya mengguna sekali je minyak untuk menggoreng.Tiada istilah kitar semula untuk minyak masak.Ia lebih selamat.Insyallah.




Cm dah beberapa  kali mencuba masak  Udang Butter tetapi belum "menjadi" seperti  yang diharapkan.Walaupun rasanya hampir sama.Kemahiran "menjala"kuning telur belum mahir.Kepada yang ingin memasak menu ini sila ke dapur Nor Ganu.Cantik sungguh dia kirai kuning telur tu.Terima kasih sebab berkongsi petua  tu ya Nor.Akak kena cuba beberapa kali lagi ni.
Bahan-bahannya:


1/2 kg udang yang agak besar saiznya-perap dengan sedikit serbuk kunyit dan garam..
1 tangkai daun kari.
6 biji cili api .-belah dua.
3 tbsp butter.
1 cawan minyak masak.
4 biji kuning telur.
2 tbsp susu cair.


Cara-caranya:



  • Campur  dan panaskan minyak masak dan butter di dalam kuali . Goreng udang hingga masak dan kulit agak garing.Masukkan daun kari dan cili api.Angkat semuanya dan toskan minyaknya.
  • Bancuh telur dan susu cair.Pukul ringan dengan garfu.Masukkan kedalam botol yang mempunyai muncung 3 atau 2 lubang.
  • Cm guna minyak yang sama untuk menggoreng udang tadi (rasa telur lebih sedap tetapi rupa agak comot jika guna minyak yang sama).Picitkan botol yang mengandungi telur kedalam minyak panas   sambil dikacau menggunakan chopstick.Putarkan  perlahan lahan.Telur akan terkumpul pada hujung chopstick.
  • Toskan minyaknya dan  leraikan perlahan-lahan kuning telur yang bergumpal tadi.Gaulkan pada udang yang  telah di goreng tadi......Siap:)


5 comments:

  1. Salam Ramadhan cikmanggis, kalau tak kacau dgn chopstick, tak menjadi ye? Pernah buat dulu, mmg agak sukar nak jadi bersarang gitu.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan CM,
    betul la xkene carnya...memang xmenjadik n cantik kiraian telurnye

    ReplyDelete
  3. Salam CM, kak rose pernah buat tp jurai tu yg x dak rupa.... he he he. tq for the tips nak menjuraikan telo tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cm...saya belum pernah mencuba selalu kalau makan kat luar order saja hehehe...

      Delete
  4. Whoa this is no joke! A very delicious dish to serve during berbuka puasa. haha....
    Kristy

    ReplyDelete