Dah bersahur?Alhamdulillah.Jika tiada idea apa nak masak pagi ni ,jom kita bersahur cara cepat dan mudah.Kebetulan baki ikan salmon masih ada dalam freezer,sebelum tidur semalam Cm dah keluarkan dari peti ais.Pagi ini cuma pan fried sekejap je.Bawang besar Cm dah siap cincang sebelum masuk tidur.Senang kerja kita nanti.
Bahan-bahannya:
2 keping ikan salmon.
1 labu bawang besar.
4 keping tortillas
Daun salad secukupnya.
Garam.
Cheese keping scukupnya.
Timun.
Buah tomato.
Lada sulah.
Sedikit minyak.
Mayonis
Sos tomato.
Cara-caranya:
Pan fried salmon hingga masak.
Hancurkan ikan dengan menggunakan sudip.Masukkan bawang cincang .Kacau rata hingga bawang agak layu.
Panaskan tortillas.Carik-carikkan kepingan cheese dan .masak hingga cheese cair.
Sudukan salmon,aturkan daun salan,timun dan potongan buah tomato,mayonis dan sos tomato serta sedikit serbuk lada sulah.
Siap.....selamat bersahur.Gandingkan dengan secawan milo panas:)
Simple je sahur akk....sy setakat ni masih tak boleh ketinggalan nasi lg hehehe... Selamat berpuasa dan slmt berbuka kak cm :-)S
ReplyDeleteSalam makcik manissss, akak percaya tak kita tak mkn tortilla ni tauuu, dulu pernah mkn specis tortilla yg kfc punyer tuu apa ke namanya tu, twister ya? itu ajerrr kita pernah makan :D teringin nk makan jugak, nak kena buat kulit dia dulu ler baru boleh buat :D salmon pulak kita tak makan, teringin nk makan salmon sbb salmon antara makanan yg tersihat, tp tekak kita ni cerewet lerrr ehehe.
ReplyDeletesalam akak manggis .. mekaseh kongsi resepi ye. KC nk try buatlah pasni.
ReplyDeletehello kak, i love to have this for breakfast anytime!! i suka wraps !!
ReplyDeleteMenarik-menarik very healthy! Suka sangat salmon.
ReplyDelete