Showing posts sorted by relevance for query ayam kalasan. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query ayam kalasan. Sort by date Show all posts
Thursday, October 3, 2013
Ayam Goreng Kalasan Berseri / Tepung Oh Tepung...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kita dikejutkan dengan berita kematian 4 orang di Kedah akibat keracunan makanan di majlis kenduri kahwin.Ayam masak merah puncanya.Berita ini sungguh menakutkan Cm.Menyediakan makanan untuk 2000 tetamu bukan jumlah yang sedikit dan bukan kerja yang mudah.Tak tahu berapa ratus ekor ayam yang perlu di sediakan.Apabila memasak dalam jumlah yang begitu besar maka aspek kebersihan perlu di titik beratkan (Bila masak sedikit pun kebersihan di utamakan juga tetapi lebih senang di uruskan ).Tak tahu lah bagaimana silapnya sehingga berlaku perkara yang tidak siapa pun yang inginkan itu :(
Semasa anak menantu dan cucu balik bercuti minggu lepas Cm beli dua ekor ayam kampung untuk dimasak Ayam Goreng Kalasan Berseri .Alhamdulillah ayam kampung sangat sesuai dimasak begini kerana ayam perlu direbus terlebih dahulu dengan bumbunya sebelum di goreng.Ayam kampung isinya agak pejal dan jika direbus ianya tak cepat hancur..
Resipinya ada di Ayam Goreng Kalasan Berseri.Insyallah anak anak anda pasti menyukai ayam yang dimasak dengan cara ini.Serdak dari bumbu dan kelapa parut tu sedap dimakan ketika masih panas.Gaulkan dengan nasi panas memang "menyangkut" sekali :)
Tepung Gandum.
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2009/03/26/The-Little-Known-Secrets-about-Bleached-Flour.aspx
Jika ada masa silalah baca tulisan berkaitan dengan tepung gandum ini.Memang menakutkan.Mesti cari jalan atau pilih tepung gandum yang lebih sihat contohnya tepung gandum organik.Cm menggunakan tepung yang agak banyak setiap bulan kerana masak roti sendiri dirumah.
Friday, April 22, 2011
Ayam Kalasan Berseri
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Diam tak diam dah hari jumaat.Pantasnya masa berlalu.Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki ,keluarga yang baik dan jiran-jiran yang baik...bersyukur sangat-sangat...terima kasih Liza :) beri sokongan "Moral" pada Cm:)
Ayam goreng memang menjadi kegemaran semua anak anak.Kali ni Cm cuba "Try" resepi Ummi Kuantan yang femes itu:).......terima kasih Ummi.Memang sedap.Anak Cm makan bertambah-tambah.Serdak tu sungguh enak sekali apabila digaul dengan nasi panas..yum..yum..
Bahan-bahannya:
4 ketul paha ayam-Cm guna 1/2 ekor ayam dan potong sederhana saiznya.
Garam secukup rasa.
1 cawan kelapa parut.
1/3 cawan air.
Minyak untukm menggoreng secukupnya.
Bahan dikisar Kering
2 tbsp biji ketumbar.
2 tbsp lada putih.
Bahan Dikisar Basah
.
5 batang serai-ambil bahagian putihnya.
1 inci halia
1 inci kunyit hidup.
Sedikit air.
Cara-caranya:
- Campurkan semua bahan-bahan kisar yang basah dan yang kering dengan kelapa parut .Masukkan air dan gaul hingga rata.
- Kemudian masukkan potongan ayam dan masak ayam hingga air agak kering sambil itu sentiasa balik-balikkan agar ayam masak sekata dan mesra dengan bumbunya.
- Asingkan ayam dari adunan kelapa tadi,Jika masih ada air toskan dahulu sebelum menggoreng ayam.
- Panaskan minyak dan goreng ayam hingga perang.Ketepikan.
- Goreng kelapa dengan lebihan minyak menggoreng ayam tadi,Bila warnanya agak-agak perang(Cm terlebih perang)toskan minyak.
- Hidang ayam goreng dalam pinggan yang sesuai dan taburkan kelapa goreng keatasnya.Sedap dimakan ketika masih panas.
Subscribe to:
Posts (Atom)


