LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, April 22, 2011

Ayam Kalasan Berseri


Assalamualaikum  & Selamat Sejahtera.


Diam tak diam dah hari jumaat.Pantasnya masa berlalu.Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki ,keluarga yang baik dan jiran-jiran yang baik...bersyukur sangat-sangat...terima kasih Liza :) beri sokongan "Moral" pada Cm:)
Ayam goreng memang menjadi kegemaran semua anak anak.Kali ni Cm cuba "Try" resepi Ummi Kuantan yang femes itu:).......terima kasih Ummi.Memang sedap.Anak Cm makan bertambah-tambah.Serdak tu sungguh enak sekali apabila digaul dengan nasi panas..yum..yum..


Bahan-bahannya:

4 ketul paha ayam-Cm guna  1/2 ekor ayam dan  potong sederhana saiznya.
Garam secukup rasa.
1 cawan kelapa parut.
1/3 cawan air.
Minyak untukm menggoreng secukupnya.

Bahan dikisar Kering
2 tbsp biji ketumbar.
2 tbsp lada putih.

Bahan Dikisar Basah
.
5 batang serai-ambil bahagian putihnya.
1 inci halia
1 inci kunyit hidup.
Sedikit air.

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan-bahan kisar yang basah dan yang kering dengan kelapa parut .Masukkan air dan gaul hingga rata.
  2.  Kemudian masukkan potongan ayam dan masak  ayam hingga air agak kering sambil itu sentiasa balik-balikkan agar ayam masak sekata dan mesra dengan bumbunya.
  3. Asingkan ayam dari adunan kelapa tadi,Jika masih ada air toskan dahulu sebelum menggoreng ayam.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga perang.Ketepikan.
  5. Goreng kelapa dengan lebihan minyak menggoreng ayam tadi,Bila warnanya agak-agak perang(Cm terlebih perang)toskan minyak.
  6. Hidang ayam goreng dalam pinggan yang sesuai dan taburkan kelapa goreng keatasnya.Sedap dimakan ketika masih panas.
Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi tinggal komen kat blog Cm ni.maaf banyak banyak ya sb  tak sempat nak balas.Insyallah bila semuanya selesai akan Cm balas komen  dan buat lawatan balas:)...Salam Sayang dari Cm...Muaaahhhh...

10 comments:

  1. cantik jadinya ayam tu k nah,Along kat Penang kat mana kak?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum CM...waaaaahhh terharunya CM sudi try resepi tuh...terima kasih atas pujian dan suka hati bila dgr anak2 sume sukaaa...thanks sekali lg CM...muaahahh!

    ReplyDelete
  3. Cantiknya anak perempuan CM, gambar baru ya?

    ReplyDelete
  4. Assalam CM, sedap tgk ayam resepi kak Ummi ni dh simpan resepi tapi tak cuba lagi. btw semoga segala urusan akak dipermudahkan Allah selalu.

    ReplyDelete
  5. We love ayam goreng, this recipe sound so delicious, bookmarked immediately!

    ReplyDelete
  6. WOW! Making me soo hungry! Glad that I found this site! Will be following you for great recipes and would like to invite you to follow me too! Thanks for sharing!

    http://personalfoodjournal.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Terima Kasih Puan. Dah lama saya cari resipi ini! Alhamdulillah saya dapat akhir nya. Saya akan buat tak lama lagi. :))

    ReplyDelete
  8. Oh... Tahniah atas pernikahan anak parempuan Puan. Cantik and dan manis kedua dua penagantin.

    ReplyDelete
  9. Salam Kak CM,
    Along dah cuba lah respi ni tadi...marbeles...!! TQ sharing. Sori tak hantor kat CM sbb CM baru jer makan nasi minyak kan....hehe

    ReplyDelete
  10. nampak cam besh..kalo ada rezeki nak cuba la..bukan pe ayam mahal skrg jadik kena pilih menu yg btul2 sedap spya xmembazir~~~

    ReplyDelete