LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, January 17, 2013

Nam Dok Anchan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini  Cm nak perkenalkan satu minuman yang sungguh unik, namanya.Nam Dok Anchan.Minuman kegemaran masyarakat Thai..Oh ya sebelum tu, Cm nak ucapkan terima kasih pada Diana .Setelah membaca tulisan Diana tadi Cm terus masak sirap purple ni kerana simpanan bunga telang agak banyak dalam peti sejuk.Selalunya Cm guna bunga telang untuk masak nasi kerabu dan buat pulut tai tai....wah sungguh menarik warna sirap ni :)

Sejak kebelakangan ini kami ( Cm & Suami ) cuba elak dari mengambil makanan yang mengandungi pewarna tiruan dan bahan  pengawet.Kami banyak menanam sayuran herba sendiri di rumah.Walaupun kawasan untuk tanaman sangat terhad tetapi kami cuba sedaya yang boleh untuk menanam secara organik.Alhamdulillah walaupun tanaman tak banyak tetapi hasilnya berterusan.Bulan ini pokok timun yang kami tanam telah menghasilkan buah yang sungguh lumayan :).....jadi...apabila dapat tahu bunga telang boleh dijadikan bahan minuman ...seronok sekali.Tak perlu lagi guna sirap warna merah tu :)...pokok telang tumbuh merata rata di tepi rumah.

Bahan-bahannya:

6 kuntum bunga telang.
1 biji limau kasturi.
1 helai daun pandan.
Gula secukup rasa.
3 cawan air.
Kiub ais secukupnya.

Cara-caranya:


  • Masak air,bunga telang,gula dan daun pandan hingga mendidih.
  • Tapis dan sejukkan.
  • Tuangkan kedalam bekas yang sesuai.
  • Perahkan jus limau kasturi.
  • Masukkan kiub ais secukupnya.
  • Siap untuk dihidangkan.
Warna asal sirap ini adalah biru tetapi sebaik saja di campurkan dengan jus limau kasturi ianya bertukar menjadi warna ungu dengan serta merta.


24 comments:

  1. salam k.nah.. oo boleh dibuat air sirap rupanya ya.. nor ada petik 5 -6 kuntum bunga telang kat rumah jiran, tp tak tau nak buat apa.. nak buat nasi kerabu, kurang kerajinan, nak buat pulut tai tai.. rasa cam tak ada sambutan.. pastu nor rendam jer dlm air. dah lecur bunga tu, td baru nor buang.. kalau tau boleh buat sirap, rasanya dah jadi air sirap bunga telang nor tu.. hehe

    cantik la kak, kaler pepel gitu.. sbb biru campur oren limau kasturi jd pepel ya.. mmg cun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.selalunya jika byk bunga tu kaknah jemur dan simpan yg kering tahan lama.pulut tai tai tu tk boleh mkn selalu....maklumlah mknan yg bersantan jgn mkn selalu.

      Mmg menarik warnnya tetapi ada org tk berani minum sb dorang sangka pewarna tiruan ttp bila ckp pewarna dr bunga baru semua nk minum hehe.Bagus lah ramai yg mempunyai kesedaran utuk jaga kesihatan.

      Delete
  2. Sudah edit balik posting link ke resepi ni hehehe... dah lama nak buat tak terbuat. Nanti nak buat magic show kat Rayyan and Ilhan tukar warna air. Suburnya rosemary CM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih D ;)....geram tengok pokok bunga telang yg kt rumah D tu..boleh lah D petik dan jemur kering.Tahan lama.

      Ilhan dan Rayyan pasti suka air berkaler ni.

      Delete
  3. CM pokok telang tu camner ye... hahha org tak pernah tengok.. senang tanam dalam pasu tak...

    Cantik lah warna air purple tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok telang ni pokok jenis kekacang.jika tk buat para dia akan menjalar.Pokok telang sgt senang hidup
      Tanam kt pasu pun ok tetapi selalunys org tanam untuk hiasan kt pagar.

      Delete
  4. Cantiknya warna pepel tu! Macam warna kulit buah manggis hee..hee...Pasti menyegarkan nak-nak bila cuaca panas macam sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la PH...sesuai utk menghilangkan dahaga di musim panas.

      Delete
  5. salam CM, CM cubala buat kek dengan bunga telang pula..tertanya-tanya saya menjadi ke tak warna ungunya. nak buat sendiri malas. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu idea yg bagus.Terfikir jugak nk buat kek chiffon purple

      Delete
  6. salam singgah..xpernah tengok pokok telang tu..kalau tak boleh gak cuba buat n rasa..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Google bunga telang.byk info kt internet ttg bunga telang.

      Delete
  7. memang unik namanya..apatah lagi rasanya kan..mesti segar dan sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memeriahkan lg jenis jenis minuman ecotic lt Malaysia .;)

      Delete
  8. Hai la bertuah tol Cik Manggis ni... terus dahaga mama bila tengok gambar air sedap ni. Nak kena turun bawah ambil air le pulakkkkk....

    ReplyDelete
  9. wah nama pun dah membuat ilah tertarik.. pagi tadi nak komen tak boleh masuk dapo kak nah apa tak kena tak tau.. ilah pun tertarik dgn fb nor azmihah dia tanya pokok apa dibelakang air tuu tu pasal ilah pun nak tau..hehehe sbb kita punyai minat menanam yg sama... susah nak dipisahkan...ahakss..nak rasa sikit air tu boleh? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke?nape ek....hrp hrp ok la pasni.
      Oh ya...tu pokok rosemary ilah.Akak tanam dlm pasu ada 4 pasu.Tiga pasu tu mmg subur tp yg satu lg tu dah merah merH daunnya.
      Sama la kita.suka bercucuk tanam tp tak ckp tempat.

      Delete
    2. ala tak jumpalah bunga telang..kalau idak leh buat..minum panas-panas pun sedap

      Delete
    3. bunga ni tak di jual di kedai.Kena tanam sendiri baru dapat bunganya.

      Delete
  10. Assalamualaykum Cik Manggis, salam kenal ya...

    baru tau saya jika bunga telang bisa diolah menjadi minuman. Di rumah saya tanam pokok bunga telang juga, tapi sering dibuang begitu saja jika berbunga. Setelah baca resepi di atas, ingin mencuba juga...

    makasih tuk sharing ilmunya cik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.Terima kasih sebab sudi singgah ke dapur Cm ni.Selamat berkenalan Rina.

      Ya cm pun sama dgn Rina.Bunga terbuang begitu saja tetapi sejak tahu bunga telang mempunyai khasiat ,Cm jemur dan simpan kering.Dicampurkan ke dalam minuman.

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Salam kenal Cik Manggis. Apakah Anda menjual bunga telang? Saya perlu bunga telang untuk keperluan tugas sekolah.

    ReplyDelete