Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Setiap kali musim durian Cm pastikan akan tambah bekalan tempoyak dalam peti sejuk dan hanya menggunakan isi durian yang segar.Insyallah kebersihan pun terjamin.Anak-anak semuanya suka makan sambal tempoyak walau pun ada yang tak makan durian :)..(Tak termasuk Daddy Maryam..no to tempoyak and durian hehe) pstt jika paksa boleh pengsan tu hikhik.
Semasa Cm masuk dapur Tok Chik ternampak sambal tempoyak goreng.Pertama kali jumpa resipi ni.Mulanya rasa pelik jugak tetapi bila Tok Chik kata sangat sedap,Cm pun terus mencubanya dan memang sedap...betul Cm tak tipu...memang sedap terutamanya bila makan dengan "geng geng"nya seperti petai,kacang botor,pucuk tenggek burung,pucuk gajus dan pucuk ulam raja.Jika ikutkan selera memang bertambah tambah makan :)
Bahan-bahannya:
4 tbsp tempoyak.
10 biji cili api.
1 labu bawang besar.
Garam dan gula secukup rasa.
1/2 cawan ikan bilis.
Minyak untuk menumis.
Sedikit air.
Cara-caranya:
- Bawang besar dan cili api di kisar kasar-Cm guna chopper.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan ikan bilis dan kacau hingga masak.
- Kemudian masukkan tempoyak,garam dan sedikit gula.
- Masak sehingga tempoyak bertukar warna agak gelap sedikit.
- Akhir sekali masukkan sedikit air dan reneh dengan api yang perlahan.
Terima kasih Cm ucapkan pada Tok Chik kerana berkongsi resipi yang sungguh unik ini.Insyallah Cm akan guna resipi ini lagi dan lagi :)



Alamak.... kecur terus tengok sambal tempoyak goreng ni CM! Kat peti sejuk pun ada stok tempoyak, ikan bilis pun ada... bawang besar ada... tak sabar nak buat nih!
ReplyDeletebuat amie jangan tak buat.Pastikan ada geng gengnya terutama petai..lps makan terus pengsan hehe.
ReplyDeletesedap.. sedap. My feveret tempoyak ni. Penah makan campur dengan budu? haha.. sedap gak.
ReplyDeletecm.. kalau terserempak dengan cm lain kali memang gerenti kakpah takkan perasan punya.
kak pah makan budu?.....hehe saya pun rasa kakpah takkan cam punya :)..masa Cm remove class..kakpah dah form four..mana kenal budak budak kenit tu kihkih..dulu kenit dah bertukar jadi giant :)
Deletememang sodap.. che mid selalu buat macam tu tapi tambah dengan jering tua yang telah dipotong dan digoreng dulu. Kick ooo..
ReplyDeleteTambah jering tua yg cambah tu ke Che Mid..fuh power giler ..hihi
DeleteAslmkum CM
ReplyDeletesambal tempoyak kalau mkn cicah ulam pasti bertambah nasi.sy ada jugak bawa sikit stok tempoyak...mkn2 sikit2...jimat...
memang penambah selera makan tu mamasya..eh tempoyak sampai ke sana ke?camana boleh lepas naik pesawat hehe.
DeleteAmboi, Cik Manggis! Dah lama PH tak pekena tempoyak. Dah terliur pagi-pagi ni hah. Sekarang ni musim durian, mesti lah PH rajin-rajin buat tempoyak.
ReplyDeleteeh PH pun pandai makan tempoyak ke?selera satu malaysia hehe.Terima kasih sebab sudi singgah ke dapur usang Cm ni ..seronok sekali :)
DeleteSedap tuh CM.. nyum2..suka ngan sambal tempoyak. Lain sikit dari style wat sambal tempoyak perak.. :)
ReplyDeletekali ini versi goreng.Ubah selera :)
Deleteslm cm. 1st time comment. sblm ni silent follower je.. hehe. klu tambah serai, daun kunyit and petai lg terangkat. hehe... wasalam...
ReplyDeleteterima kasih..ooohhh itu lagi sedap.nanti tak sedar makan nasi sepiok hehe
Deletesedapnya tempoyak..
ReplyDeletesuka sangattt....
mas..sama le kita :)
DeleteSedapnys....suka sgt tau...sungguh menyelerakan. ..tetiba rasa lapaaa..hihi
ReplyDeleteSalam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot. com
Selamat dtg dan selamat berkenalan Ummi.
DeleteHi Cik Manggis, nak minta kebenaran nak pijam and guna gambar tempoyak ni untuk kegunaan sendiri. Harap boleh di beri kebenaran... terimah kasih... Jill Siantis
ReplyDelete