LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, January 7, 2013

Colek Ayam Berek 12.



Assalamualaikum dan selamat tengahari .

Rasanya ramai kawan-kawan yang pernah berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang kan...negeri kelahiran Cm tu :).....Walaupun 3/4 daripada usia Cm dihabiskan  di luar Kelantan  namun selera pastinya tetap selera orang kelantan.:)..tetap "make budu".....sedak weh.....

Pagi tadi Cm dapatkan resipi Colek Ayam dari kakak Cm di kampung...dah lama nak makan Colek Ayam tetapi tak kesampaian....hampir hampir nak masuk batu belah batu bertangkup hehe.....(Mana ada)...Resipinya sungguh simple tetapi kesedapan nya bergantung pada Pencicahnya atau homemade cili sos atau dalam sebutan lainnya "air lada".

Bahan-bahan untuk Ayam.

2 keping dada ayam.-ambil isinya saja.
Sos perisa ayam .
Garam secukup rasa.
Lidi pencucuk sate secukupnya.
Tepung gandum.
Serbuk roti.
1 biji telur.
Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara

  • Ayam di potong kecil-agak-agak sebesar 2 jari dan panjang pun lebih kurang jari jugak.(Jika jari besar besar lah ayam tu hikhik)
  • Perap ayam dengan sos perisa ayam dan garam sekejap.
  • Cucuk isi ayam dengan lidi sate seperti mencucuk sate.
  • Golekkan atas tepung gandum.(Resipi asal dicelup dengan bancuhan tepung  goreng pisang)
  • Kemudian celup dengan telur.
  • Akhirnya salutkan dengan serbuk roti dan goreng hingga masak.Goreng dengan lidinya sekali ya...
  • Toskan minyaknya.


Air Lada/sos cili.

10 biji cili kering.
5 biji cili masak.
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit tepung jagung-pemekat.
2 ulas bawang putih.
Sedikit cuka.

Cara-caranya:

  • Kisar cili dan bawang putih hingga lumat.Guna 1 - 1 1/2 cawan air.
  • Masukkan cuka,gula dan garam.Masak sehingga mendidih.
  • Seimbangkan rasa masam,masin dan manisnya.(Cm lebih suka jika sos ni agak manis sikit)
  • Masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan sosnya.
  • Biarkan diatas dapur sekejap agar sos cili betul-betul masak.
Selamat menjamu selera ya...oh ya Colek ayam ni sedap di ratah begitu  saja .

14 comments:

  1. pernah sampai beberapa kali di Kelantan tp tak pernah mkn lg collek aye ni... hehe... keadaan kita samalah kak.. sya pula lahir di t'ganu tp membesar/hidup byk dihabiskan di pahang & selangor.. tp selera t'ganu tetap sebati dlm diri... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting kita tak lupa asal usul kita kan Madiha :).Colek ayam ni terkenal terutama di bulan puasa.Jika Madiha ke sana lagi jangan lupa mencubanya.

      Delete
  2. Wah macam senang nak buat colek ayam ni.. boleh saya cuba ni CM ... terima kasih share resipi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je membuatnya tetapi kena pastikan sosnya sedap.ada rasa manis,masam dan pedas.Seimbangkan rasa nya.

      Delete
  3. Lama x singgah. Sedap colek aye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Kelate memang biasa dengan Colek ayam ni :)

      Delete
  4. saya baru gam gam masak awak punya easy nasi lemak recipe, love it! kalau saya nampak ayam ini dulu, saya tentu masak dan makan bersama nasi lemak...tapi sudah lambat..lain kali baru masak lar.hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sb sudi cuba resipi sambal nasi lemak simple tu .Cm gembira sb Sonia and anak anak sukakannya.
      hehe lain kali boleh cuba resipi Colek ayam pulak ya :)

      Delete
  5. Salam cm...saya pun dah pandai makan budu... cicih dengan ikan goreng dan ulam2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam zai.. dah pandai makan budu?hehe

      Delete
  6. salam.. lama sungguh tak ke sini... perfect meal untuk anak2 ni.. confirm secucuk tak cukup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya anak anak memang suka resipi ayam yang bergoreng begini :)

      Delete
  7. cm!!!!
    Yang lambai lambai kakpah dari luar lift kat warta tu you ke.
    Masih tertanya-tanya siapalah orang yang panggil nama kpah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha Ya,Cm yang lambai lambai kak Pah tu..tapi tak sempat nak masuk ke dalam lif sb pintunya dah tertutup :)

      Delete